Followers

Saturday, March 13, 2010

Ini bukan drama, ini realiti

"Tapi ayah, saya nak jadi seorang pemuzik" kata Irshad kepada ayahnya. "Pemuzik? Kau jangan nak memandai, ayah nak kau jadi doktor, baru hidup kau senang, ada masa depan. Kau nak jadi pemuzik, ada masa depan? Kau fikir boleh berjaya?" nada ayahnya tinggi. "Tapi itu cita-cita Shad ayah... Shad minat dan Shad bersungguh untuk menjadi pemuzik" terang Irshad lagi. "Ah, cita-cita kau takde masa depan, kalau kau jadi doktor, kau akan harumkan nama keluarga macam abang-abang dan kakak-kakak kau. Semunya berjaya jadi lawyer, engineer, CEO, tiba-tiba kau nak jadi pemuzik. Kau nak malukan nama keluarga?" bentak ayahnya. "Jadi pemuzik pun kerja bagus yah, ianya kerja halal, Shad tak mencuri. Shad curah bakti melalui ilham dan bakat Shad" sedikit sugul di pengakhiran kata-katanya. "Ayah tetap takkan izinkan, kau akan ayah hantar ke universiti terbaik dalam bidang medical, muktamad" kata ayahnya sambil berlalu pergi.


Kini setelah 8 tahun berlalu dan Shad telah pun kembali ke tanah air untuk berkhidmat sebagai doktor. Dia terpaksa juga mengikut kata-kata ayahnya yang mahukan dia menjadi seorang doktor. Beberapa tahun berkhidmat sebagai doktor, dia sudah tidak dapat menerimanya lagi. Dia membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi doktor dan meneruskan cita-citanya sebagai seorang pemuzik. Dengan bakat terpendamnya dan ilham yang mencurah-curah Shad kini menempah nama di mata dunia dengan kejayaan beliau yang telah berjaya menghasilkan lagu-lagu yang diminati seluruh dunia. Dia tidak pernah menyesal untuk berhenti dari menjadi seorang doktor. Ayahnya? Kini sedar yang minat dan cita-cita seseorang itu tidak dapat dihapuskan begitu sahaja. Ia perlu dibimbing ke jalan yang betul supaya ianya dapat menghasilkan sesuatu yang bagus.

Hanya kerana cita-cita itu tidak setinggi orang lain, tidak bermakna mereka tidak boleh berjaya. Mereka boleh pergi lebih jauh dengan galakkan, bimbingan dan nasihat yang berterusan dicurahkan kepada insan-insan sebegini. Jangan sempitkan cita-cita anak anda kepada sesuatu yang terlalu biasa. Biarkan anak-anak anda bebas mencari cita-cita mereka dan kita hanya perlu membimbing dan melihat ianya berkembang dari satu masa ke satu masa.

Terjadi pada diri anda? Fikir-fikirkan...

No comments: