"Dia seperti sebuah kapal perang laut yang terdampar dan sesat di lautan yang luas. Tidak tahu ke mana arah tujuannya samada ingin berlabuh atau meneruskan pelayaran. Dia tampak garang dan bengis namun di dalamnya tersimpan suatu kelembutan, tenang dan pelbagai pengalaman yang telah dilalui. Tapi bagaimana perahu kecil seperti aku ingin mendekati sebuah kapal perang laut ini? Ombak di sekelilingnya cukup deras untuk aku dekat. Semboyannya cukup menggegarkan jiwa tatkala musuh menghampiri. Namun pabila ia tenang, sesiapa jua boleh mendekatinya, namun layakkah aku si perahu kecil?" pen itu terhenti di situ, si penulisnya buntu.
Ayu dilanda gelora jiwa yang kini menghimpit perasaannya. Dia kini sudah jatuh cinta kepada Mie yang juga bossnya. Dia malu dan takut untuk meluahkan rasanya kerana dia sedar dia hanyalah pekerja di kedai itu. Apatah lagi dia risau jika cintanya ditolak, masakan dia dapat menanggungnya sekali lagi. Tapi untuk menyimpannya ibarat empangan yang penuh berisi air yang ingin dicurahkan suapaya dapat melegakan tekanan. Buntu dia memikirkannya apatah lagi susah untuk membaca fikiran bossnya itu. Jika ada pakar tilik sekalipun pasti susah kerana seolah-olah disekeliling fikirannya sudah dipagari dengan satu lapisan penghalang yang tidak membenarkan sesiapa untuk membacanya, sekalipun kak Sya.
Seperti kebiasaan, setiap hujung tahun, Mie pasti akan membuat family day atau pergi bercuti bersama-sama rakan-rakan dan juga pekerjanya. Ini untuk merehatkan diri seketika dan menghargai sesiapa sahaja yang ada di lingkungan persabahatannya. "Kali ini kita akan pergi Genting Highlands, 2 hari 1 malam aje, nak lama-lama bankrupt aku" kata Mie sambil tersengih. "So diharapkan hari Sabtu ni, korang dapat turun awal-awal tau. Kita pergi naik kereta dulu, stop dekat kawasan kereta kabel, kita terus naik kereta kabel sampai ke atas" sambungnya lagi. "Kak Sya join ke boss? Ita bertanya. "Joinla, dia mana pernah takde kalau kita pergi bercuti ni, ada je la nak menempel dekat aku, macam parasit betul" dengus Mie. "Siapa parasit? Ni mulut ni kalau tak bau belacan tak boleh ke?" sampuk Farisya sambil mencubit lengan Mie. "Adoi! Sakit la bengong! Kau memang parasit pun, parasit keding hahaha!" sakat Mie sambil cuba mengelak kasut yang Farisya baling. Sedar tidak sedar, sepasang anak mata hazel memerhatikan kemesraan mereka berdua dari jauh. "Saya tak jadi pergi la bos...saya...emm...saya ada hal hujung minggu ni?" sedikit beremosi nada Ayu. Mie dan Farisya berhenti mengusik sesama sendiri. "Laaa ye ke? Akak baru nak belanja Ayu dekat Genting nanti. Sure tak boleh cancelkan? Ni aktiviti tahunan ni, tak seronoklah kurang ahli, kan Ita?" pujuk Farisya. "Haahla Yu, bukan selalu pun dapat macamni, boss belanja tu" sampuk Ita.
"Saya tak kira apa pun alasan awak kecuali ada faktor kesihatan atau kematian, awak kena pergi selaku pekerja di kedai saya ni. Saya dah tempah bilik semua tau?" terang Mie. "Tapi boss...saya...". "No excuses, kecuali awak nak berhenti ye saya tak akan paksa" mata Mie cuba mencari anak mata si hazel ini. "Ok, awak boleh sambung kerja" kata Mie apabila Ayu hanya tertunduk diam.
Hari Sabtu yang dinanti-nantikan telah tiba. Masing-masing ceria dan teruja hendak pergi bercuti memandangkan sudah sekian lama mereka tidak bercuti bersama. Cuma Ayu sahaja yang kelihatan sedikit sugul dan hanya melihat ke luar tingkap melayan dunianya tersendiri. Keriuhan di dalam MPV itu tidak dirasai sama sekali oleh dia yang lebih mengenangkan apa yang terjadi tempoh hari di kedai. "Pipit sama pipit takkan sama dengan enggang. Aku ibarat pipit, kak Sya ibarat enggang. Jauh tarafnya aku dengan dia, adakah patut aku hapuskan sahaja perasaan ini?" getus hatinya.
No comments:
Post a Comment