Cuti sekolah telah bermula, jumaat petang lagi kebanyakan penghuni asrama sudah pun pulang ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanyalah beberapa orang pelajar termasuk mereka berlima. Mereka sudah bersepakat untuk pulang ke kampung Mat memandangkan tragedi yang berlaku tempoh hari. Dan mereka telah bersetuju untuk balik esok pagi memandangkan kampung Mat agak jauh ke dalam dari jalan besar. Ini bermakna mereka perlu tempuhi semalaman lagi di asrama dan environment sekeliling yang kini ibarat musuh bagi mereka.
Oleh kerana ramai pelajar yang dah balik, dewan makan memutuskan untuk tidak memasak pada malam itu dan itu berita buruk bagi mereka berlima. Jijoi awal-awal lagi sudah bersuara "Wei, jom ah beli makanan awal-awal, balik awal nanti senang ah". Oleh kerana risau perkara lama berulang kembali mereka keluar petang itu juga dari sekolah untuk ke kedai makan. Dan mereka sepakat untuk pergi ke sebuah kedai makan yang agak jauh dari sekolah tetapi tidak perlu melalui kawasan perkuburan. Tapi nasib tidak menyebelahi mereka, kedai yang mereka nak pergi tu tutup.
"Aisey, tutup lak kedai ni. So macamna ni?" tanye Ojet. "Camnilah, memandangkan hari dah nak maghrib, apa kata kita lepak surau dulu, solat pastu baru gerak semula, kita pergi kedai yang satu lagi tu" balas Mat. "Ala Mat, nak pergi juga ke kedai tu? Aku tak berani la..." Jijoi seram sejuk. "Kalau kau tak berani, ko tunggu je la dekat asrama sorang-sorang, nak?" Pet mencelah. "Woi janganlah buat macamtu, kesian la dekat aku" Jijoi bersuara lagi.
"Takpelah, korang pergi aku teman Jijoi, tapi jangan balik lambat sangat" Rambo pula bersuara.
Dan selepas solat maghrib, mereka pun berjalan pulang, Jijoi dan Rambo ke asrama manakala Mat, Pet dan Ojet pergi ke kedai yang mereka tidak jadi pergi dulu. Masing-masing dilanda kebimbangan tetapi bagi Pet, dia tidak risau sangat kalau Mat ada bersama kerana Mat lebih arif dalam hal-hal begini. Sebelum bertolak menempuhi jalan kampung dan kawasan perkuburan Mat berpesan kepada rakan-rakannya untuk membaca surah-surah 4 Qul supaya dilindungi oleh Allah dari gangguan jin dan syaitan.
Perjalanan mereka alhamdulillah pergi dan balik tanpa sebarang gangguan. Pet yang pernah ternampak kelibat sebelum ini tenang dan bersyukur dia tidak dapat melihatnya ketika pergi dan balik untuk membeli makanan. Cuma ketika balik di kawasan perkuburan yang sama, mereka terserempak dengan seorang kawan asrama mereka. Namun bila ditegur, dia hanya diam membisu dan berjalan seolah-olah mereka tiada di situ. Mat menyuruh mereka diam dan berjalan sahaja tanpa pandang ke belakang. Tapi oleh kerana si Ojet ni curiga dengan kawannya itu, dia berhenti berjalan dan terus membongkok dan melihat di celah kangkangnya secara terbalik. Dia masih teringat kata orang tua-tua jikalau nak tengok ianya hantu atau tidak, tengok dari celah kangkang secara terbalik. Jika kaki jejak tanah maknanya itu manusia tetapi jika kakinya tidak jejak tanah, maka ianya sebaliknya. Hampir pucat lesi muka Ojet bila melihat orang yg disangka kawannya itu kakinya terapung-apung. Belum sempat dia hendak menjerit, awal-awal lagi Mat dah tarik Ojet dan menyuruhnya berjalan pantas "Aku dah pesankan tadi, yang kau menggatal gak nak tengok buat apa?". Dan mereka berlalu pergi sambil kedengaran dari jauh suara perempuan mengilai.
Ingatkan masalah mereka dah selesai, rupa-rupanya di asrama pun ada ceritanya sendiri. Dari jauh mereka dah dengar suara Jijoi menjerit-jerit "Rambo! Rambo!". "Apahal lak ni Jijoi? Rambo mana?" Pet bertanya. "Tak tahu, tadi aku beritahu dia aku nak basuh kain kejap, lepas aku keluar je dari bilik air tengok dia dah takde dekat katil dan kawasan ASPURA. "Mr. Potato ada tak?" Ojet bertanya. "Mana ada, kan dia dah keluar petang tadi nak jumpa kawan dia. Dia pesan balik lewat sikit" terang Jijoi lagi. "Camnilah, Pet kau pergi cari dekat belakang. Ojet kau pergi cari dekat dengan kawasan dewan makan, Rambo kau duduk sini, tolong aku" Mat mengarahkan rakan-rakannya. "Kalau jumpa apa-apa jangan lari, baca ayat yang aku fotostetkan ni" tambahnya lagi.
Mulut Mat terkumat-kamit membacakan surah-surah dan ayat-ayat al-Quran. Tiba-tiba terlihat satu lembaga di atas pokok jelutong di depan ASPURA. "Tu Rambo!" jerit Jijoi. "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku memohon kepadamu Ya Allah, lindungilah kami dari segala macam gangguan jin dan syaitan yang ingin menyesatkan hambamu ini Ya Allah. Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi masalah seperti ini" Mat berdoa dan ditambah dengan ayat Bismillah enam. Serentak dengan itu, Rambo yang tergantung di pokok jelutong itu pun rebah ke bumi, Jijoi berlari ke tubuh yang longlai itu. "Jijoi, pergi bawak Rambo masuk, dan panggilkan Ojet dengan Pet, kata dah jumpa Rambo" arah Mat.
"Apa yang Mat buat lagi dekat bawah pokok tu?" Pet bertanya Jijoi. "Entah, tadi dia suruh aku bawak masuk Rambo dan panggil korang tu je" Jijoi menerangkan. Lebih kurang 15 minit kemudian Mat kembali ke dalam asrama. Dia mengambil segelas cawan berisi air kosong lalu dibacakan ayat Bismillah enam beserta dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. "Bagi Rambo minum" arah Mat.
Keluar cecair hitam dari mulut Rambo dan Pet menghulurkan baldi untuk sahabatnya itu muntah. Lebih menghairankan dan mengejutkan lagi, keluar gumpalan rambut dari mulut Rambo. Semuanya terkejut. "Ya Allah, ram..rambut???" Ojet terasa mual. Setelah Rambo selesai memuntahkan segala-galanya, Mat mengambil baldi tersebut dan menyuruh Pet menggali tanah. Selesai Pet menggali, Mat mencurah segala-galanya dari baldi itu ke dalam lubang dan terus dikambus oleh Pet.
"Ini baru permulaan, 'dia' hendak menduga aku dengan cuba menyakiti korang sekali" Mat tiba-tiba bersuara. "Dia? Siapa tu?" Jijoi bertanya. "Aku tak tahu tapi aku rasa nenek aku tahu siapa punya kerja. Tadi 'dia' just hantar khadamnya untuk menakut-nakutkan dan memberi perutusannya" Mat menambah lagi. "Oh, yang tadi kau berdiri 15 minit bawah pokok tu la eh?" tanya Pet. "Haah, mujurlah Rambo tak kena sampuk or kena rasuk." tambah Mat lagi. "Tapi Mat, camne lak Rambo boleh muntah benda-benda macamtu? Siap ada gumpalan rambut lagi. Takkan Rambo makan rambut, tak logik!" Ojet bersuara. "Selalu kalau orang hantar ilmu tuju ni memang macamtu, dia akan guna benda-benda kotor dan perantaranya adalah jin yang dibawa oleh angin. Aku pun tak tahu dan tak sedar bila masa lak 'dia' hantar ilmu tuju tu. Cuma aku dapat mimpi supaya menambat perahu kerana air akan pasang dan begelora" ujar Mat.
Malam itu mereka berlima tidur bersepah kerana Mat pesan tidur jangan selari, sebab takut atau risau ada musuh yang datang tak sedar. Ada di antara mereka risau jika ada makhluk halus yang mengganggu mereka lagi malam itu.
Pukul 2 pagi, Jijoi tersedar dari tidur. Dia cuba untuk beralih kedudukan tidurnya. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk perlahan, makin lama makin kuat. Jijoi cuba untuk mengabaikan dan berpura-pura tidur namun ketukan itu cukup membuatkan mata dan otaknya berfungsi. Dari kedudukan mengiring dia tukar ke kedudukan terlentang.
Bagai ingin terkeluar biji matanya apabila apa yang dinampaknya adalah pocong, berada seinci dari mukanya. Dia kini hampir menangis kerana terlalu takut melihatkan ada sebuah mayat berbungkus dengan kain kapas berada di atasnya. Namun belum sempat pun dia menjerit terdengar suara "Joi, Joi apa kau meracau pagi-pagi buta ni?" "Aku nampak pocong Mat!" tuturnya. "Dah, dah mainan fikiran kau tu je, tu la tidur tak nak baca doa, dah tidur esok perjalanan jauh ni" tegur Mat. Dan Jijoi cuba melelapkan mata sambil mengiring kerana gusar akan terlihat lagi wajah pocong itu.
kelip-kelip ku sangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya...dan suara itu perlahan-lahan berbunyi...
to be continued...
2 comments:
Bile nak sambung? X sabar ni...
hehe nak sambung cerita kena ada feel N, takde feel nak sambung cerita memang tabley, buat satu ayat, ayat lepas tu jadi hanging dan akan jadi scrap. untungnya sbb tulis dlm komputer, kalo tulis atas kertas mmg dah bnyk jadi bebola kertas je siat
Post a Comment