Followers

Sunday, March 14, 2010

14 March 2010

Salam,

Hari ni merupakan hari yang sangat penat buat aku. Tapi dalam penat tu gembira sebab dapat ambil gambar. Asah mata, asah tangan, asah stamina, asah skill mengambil gambar. Buat yang tak tahu, aku hanya pergi seorang diri ke bukit cerakah memandangkan tiada yang mahu mengikut setelah aku membuat announcement di FB. Takpelah, mungkin masing-masing ada hal. Ada sorang member tawarkan diri nak teman, hehe aku tak kisah pun. Sesiapa nak ikut, boleh join. Untung dapat bergambar, tak untung penat je la berjalan hehe.

Benda ni dah lama aku rancang pun sebelum aku sampai s.alam lagi. So nak tak nak benda ni aku nak jadikan aktiviti rutin at least pada hari minggu. Dapat improve ilmu photography sambil mengeluarkan peluh. 

Pagi lagi dah bangun tapi sebab seluar track koyak so kena jahit dulu, kalau tak karang koyak tengah berjalan lagi haru. Lepas breakfast, dalam pukul 9 pagi aku pun gerak ke bukit cerakah. Lama tak pergi sini. Sampai je sana, wah orang dah ramai. Beratur orang beli tiket, ada yang bawak bekal makanan, bawak beg, bawak pancing, bawak kamera macam aku, bawak pelampung (hek?!). 

Dah lepas masuk, meraban sana sini tengok orang beratur panjang nak naik bas. Tak jadi naik bas, pergi ke kedai basikal, lagi ramai yang naik. For sure basikal yang tinggal yang tak berapa elok. Last-last aku join satu family ni jalan kaki je la. Tapi aku join tak lama, lepas tu aku start ambil gambar.

Masuk kawasan tanaman padi, nampak satu titian merentasi sawah padi. Tengok kedudukan dan tunggu orang habis lalu, pusing ke 18mm dan satu gambar lagi diambil. Sedikit gelap, tapi takpe boleh edit dekat photoscape atau elements. Aku bergerak lagi sampai ke satu longkang besar tapi nampak view lawa, so ambil lagi.



Bergerak lagi sampai jumpa empangan yang pertama, lensa aku ni pendek so tak boleh nak close up, ambil je la mana yang boleh nanti crop. Jalan lagi sampai jumpa satu sign, tertarik dengan tulisan dan aku cari angle yang baik, klik... nanti edit lagi haha.

Jalan-jalan dan encounter group of aweks yang pertama. Diorang tengah posing ambil gambar depan pintu gerbang alam haiwan ke hapa tah. Nak ambil gambar candid diorang tapi kamera macam aku ni obvious sangat. Segan lak sebab tak kenal, kang diorang ingat aku ni pervert lak. Takpelah abaikan walaupun group diorang ni agak interesting haha (dasar lelaki memang begitu). Berlalu sambil kontrol hensem dan penuh gaya. Aku dah start berpeluh dan mujur aku siap sedia dengan towel nak kesat peluh sebab takut kena kamera.

Berhenti di alam haiwan, takde benda yang menarik sangat pun. Aku pusing kanan dan kiri cari apa-apa yang menarik, haiwan ada la 3-4 jenis je, so aku berlalu turun ke bawah sikit dan nampak ada satu group chinese ni tengah ambil gambar. Aku teruskan perjalanan menuju ke sebuah tasik terbiar. Pelik dengan management tempat ni, kenapa tak pulihara balik tempat ni, ada kayak tapi ada yang karam ada yang tinggal macam tu je. Dan ada tempat flying fox tapi pun takde orang jaga. Aku just ikut group chinese ni ambil gambar bunga teratai, tapi diorang spot lain. Aku cari spot lain, dan nampak ada la kumbang 2-3 ekor tengah hinggap dekat bunga teratai ni. Acu kamera dan terus klik, dapat yang berkumbang. Datang one chinese gurl ni dia pergi halau kumbang tu hahah, ok la maybe dia just nak gambar bunga sahaja, aku nak bunga dan kumbang baru ade feel.



Teruskan perjalanan sehingga di persimpangan satu menuju ke tasik yang kitorang pergi BBQ Diploma Mikrobiologi dulu. Jumpa lagi group aweks tadi, tengah posing depan signboard lukisan. Aku sengih and berlalu pergi, haluan aku adalah rumah empat musim. Sebab jalan kaki, so ada pathway yang dipendekkan berbanding jalan raya. Tengah ambil gambar tasik, ada chinese guy tanya rumah empat musim dekat mana. Aku tunjuk jalan terusssss!!

Jalan lagi dan sampai ke rumah empat musim. Musim kali ni adalah musim bunga. Oklah, aku mengharapkan musim salji, best sikit haha. Masuk dekat dalam, dah ramai dah rupanya. Satu group besar budak-budak India tengah ambil gambar dekat seksyen boleh masuk tu. Aku tunggu diorang blah lepastu baru masuk. Cari angle, cari kompo, klik klik. Baru nak blah, ada one group chinese ni mintak tolong ambilkan gambar diorang. So ambil la (diorang ramai so compo tak menarik sangat, tapi tak kesahlah janji gamba diorang tak blur sudah).

Keluar dari rumah empat musim, menuju ke menara tinjauan. On the way, nampak dua buah kerusi ni, macam menarik, ambil gambar. Jalan lagi haha semangat betul nak naik menara tinjauan. Tapi dan naik 2 tingkat je, kaki dah semacam je (aku gayat tempat tinggi) so tak jadi turun balik. Azab betul, sapalah yang bina tangga tu (orang yang dah pernah naik sure tahu maksud aku).

Blah dari situ, dan ini merupakan perjalanan paling jauh dari one stop ke destinasi terakhir iaitu empangan air kuning (ye kot). Hahah orang tengok je aku berjalan kaki sorang-sorang. Yang lain naik basikal dan paling best naik bas. Lebih kurang 20 minit macam tu baru aku sampai dekat empangan ni. Di sini diorang ternak ikan air tawar, dari yang aku nampak macam ikan talapia tapi tak tahu la ada ikan lain. Kelihatan beberapa orang memancing ikan. Lepak sini lama juga sebab tunggu bas lambat gila. Tengok keletah beberapa chinese ni bagi beruk makan keropok hahaha. So sempat la aku ambil gambar time beruk ni dekat jugalah. Bas dah sampai, naik jugalah walaupun padat macam tin sardin haha.


Dalam bas, kena berdiri. Pandang kiri nampak sorang awek ni tengah jaga adik dia. Manis je aku tengok, hahah kalau photog lain aku rasa dah ambil gambar tapi memandangkan aku ni malu-malu kucen, so just menjeling-menjeling ku terlentang haha. Tapi serius manis dan lawa, kot tak mengenang badan aku yang berbau hamis peluh ni, mau juga ngurat hahah. Tapi sayang sebab dekat stop rumah empat musim dia turun. Dan aku lak dapat tempat duduk dia, jadi lah haha.

Tengah duduk-duduk, konon-konon nak buat panning orang tengah kayuh basikal. Tapi lupa pulak nak panning kena ikut subjek, aku lak pergi main tala je lensa ke luar, so tak dapat la imej yang aku nak. Tiba-tiba sorg uncle chinese ni tegur aku kamera aku berapa megapixel. Aku cakaplah sepuluh je, tapi dia pun bila dengar sepuluh "Aiya sepuluh ka? ish ish ish manyak tinggi woo". Aku nak cakap yang DSLR ada sampai 24 megapixel, kang takut die terkejut beruk lak. Lepas tu macam-macam la dia tanya, ada masuk contest ke, harga berapa, sampai la ke kamera yang boleh ambil video. 

Dah sampai, turun bas tengok orang lagi ramai. Cakap dalam hati, diorang ni gila ke tengahari pun nak pergi sini, panas siot. Aku pun blah dari situ dan di pintu gate 3 pakcik jual aiskrim promote aiskrim tapi aku tak larat dah nak makan aiskrim, ingat air je. Pandang belakang balik, eh group aweks tadi hahaha, dan kuucapkan babai kepada kenangan aku di situ. Uhh penat~!!

*Untuk lihat lebih gambar sila ke FB aku ye =)

6 comments:

cEro said...

shuk, nk gi lg bile2 ajak arr aku skali...
hahaha

Shukjessa said...

haha ble je, selagi aku tak bz (kalo dah keje nanti) aku akan jadikan ni aktiviti mingguan. Tp takdela gi bukit cerakah je, gi tempat-tempat lain yg senang pergi, murah or free dan settle jalan2 ble balik on that day gak.

so kalo ade sesape yg bace blog aku ni nak join, calling2 or smsing la aku yeh

Anonymous said...

Perghh jalan kaki ker...mesti byk kalori terbakar..huhuuu

G pagi2 syiok r sejuukkk jek. Kalau tengahari...hmmm sekse weyh

Akupun pelik gak. Asal management situ cam sambil lewa je..nak kate xde org dtg aku tgk ramai je esp. weekend n cuti skolah. Sayang la kayak tu terbiar camtu je..

Shukjessa said...

hahah bukan kalori je terbakar, aku pun hati terbakar, nak naik bas penuh, nak sewa basikal pun habis. kes paksa rela la ni haha.

syok mmg bes, tp kejap je. dlm kol 11 camtu dah hangat terbakar dah.

tu ah,tasik pun penuh dengan bunga teratai, xde orang nak jage tasik tu, seram je aku tgk. kalo ada buaya tak pun naga tasik chini hahaha

Anonymous said...

Uish scary r ko ni. Tp air die mmg seram r cam gelap je. Sx betul r ade buaye kat celah2 teratai tu..huhuuu

Shukjessa said...

aku tengok pon takut je kalo ade buaye sesat ke ikan keli gergasi ke hahah, dah la tak bergerak. walaupun aku ni water phobia sikit tapi sebab nak mengambil gambo, beranikan diri juga la haha