Followers

Saturday, January 30, 2010

Andai kau tahu III

Jauh ku renung dan tenung gambar yang kupegang dari tadi. Tak berganjak walau seinci pun mataku dari gambar itu. Sesekali aku tersenyum seorang diri. Gambar oh gambar andainya mata yang ada di gambar ini muncul di depan mataku, akan ku tatap sepuas-puasnya, ulp! ye ke? Aku rasa korang pun tau gambar siapa yang aku maksudkan. Sudah tentu bukan gambar Paan mahupun Ecah. Atrisya? Walaupun minah ni terkenal dengan keseksian + gedik + perasan je lebih, tapi aku tak minat nak abadikan gambarnya di dalam kamera D90 kesayangan aku ini. Lebih baik aku tangkap muka yang sentiasa membuatkan aku di awang-awangan, Nur. Ya gambar minah ni la yang buat aku leka menatap sehinggakan tak sedar dah tengah malam. 

Gambar Nur yang aku ambil secara candid melalui lensa 70-200mm F2.8 tu memang menguntum jiwa. Sengaja aku buat 'bokeh' (fokus pada satu tempat, yang lain blur) supaya ada feel. Lebih-lebih lagi time tu Nur tengah leka bermain air bersama Ecah. Kegirangan wajah itu yang membuatkanku segera menembak kameraku ke arahnya. Mujurlah lensa tele zoom, dapat la ambil secara sembunyi-sembunyi. Kalau aku pakai 50mm F1.8 memang lawa juga, tapi maknanya aku kena pergi dengan Nur. Segan deh!!!

Satu petang, Nur mengajak aku datang ke sekolah. Dia kata ada hal nak bincang dengan aku. Dia nak kata dia suka juga dekat aku ke? Oh, bestnya!! Dalam mimpi je la kot nak dengar Nur cakap camtu. Time tu time riadah, dan macam biasa la kebanyakan budak-budak asrama akan pergi bersukan. Sampai je aku dekat dorm puteri, aku nampak Nur dah pun macam cacing kepanasan. Aku tengok jam, aisey lewat 10 minit. 

Tiba-tiba "Woi, kau ni kan janji melayu betul la. Janji jumpa pukul berapa? Ey ada yang kena debik ni kang." sambil mengepal buku limanya yang kecil tu. "Ala sori la weh, traffic jam tadi" aku cuba melawak. "Banyak la kau punya traffic jam, duduk bandar traffic jam ke benda" dengusnya lagi. "Heheh rileks la kau ni pun, dengan aku pun nak marah-marah ke? Karang aku balik karang" ugutku pada Nur. "Ala-ala kau ni pun, merajuk macam orang tua. Jom lepak dekat kerusi, aku nak cerita dekat kau satu benda" dan Nur pun berlalu pergi.

"Ada seorang senior ni dia minat dekat aku, aku serba salah la Bu" bicaranya jelas tetapi perlahan. "Kau rasa patut ke aku terima sebab aku takde pengalaman dalam hal-hal macamni. Kau pun tahukan aku ni dah la ganas, mulut censored habis, mustahil la ada lelaki sukakan aku, tapi..." katanya sambil memandang aku. 

Aku sebenarnya tak terkejut sangat, sebab memang aku dah pernah dengar ura-ura sebelum ni. Lebih-lebih lagi time dia dapat surat hari tu. Aku tak berapa kenal sangat Esham, cuma aku tahu dia senior atasan kami di tingkatan 5. Pasrah sebenarnya hati aku bila dengar Nur cakap macam tu, dan lagi pasrah bila bukan aku insan yang pertama meluahkan isi hati padanya. Tapi, aku pendamkan saja.

"Tapi untuk tidak menerimanya, hatiku semacam hendak. Lagipun dia sangat gentleman padaku walaupun aku ni kasar" jelasnya lagi. "Tapi kau tak kenal dia betul Nur, mana tahu dia nak permainkan kau saja" tegasku padanya. "Cinta itu buta kan?" aku hanya terdiam mendengar jawapannya. "Tak tahulah aku, tapi kau pikirlah masak-masak, pada aku mencintai seseorang mestilah dimulai dengan persahabatan, bila kau dah betul-betul serasi barulah kasih sayang itu akan mengembang" tambahku lagi. "Tapi Bu, saat terpandang wajahnya aku dah terasa sesuatu cuma aku segan nak tegurnya. Tak sangka dia pun ada perasaan yang sama. Lagipun mustahil aku akan jatuh cinta dengan seorang sahabat seperti kau Bu. Aku tak nak hilang sahabat kalau cinta itu tidak menjadi" katanya lagi.

Kata-katanya masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Nur, Nur begitu cepat kau menilai cinta hanya dari sebuah pandangan. Tanpa menyelami hati budinya, kau menerimanya bulat-bulat. Dan kau menolak untuk jatuh cinta dengan sahabat hanya kerana alasan itu? Sedikit kekesalan dan kekecewaan hadir di hatiku tapi apakan dayaku. Aku tak boleh nak membenci dia malah melupakannya walau ku tau hatinya dah dipunyai orang. Apakan daya, aku hanya mampu mengukir senyuman palsu setiap kali berjumpa dengannya.

Andainya kau tahu...cinta di hatiku makin hari makin berkembang walaupun kau dah dimiliki orang...

Complexity

Manusia memang complex,

Cepat sangat berubah, 

Kejap camtu kejap camni,

Dulu cakap lain sekarang cakap lain,

Wat keputusan jarang nak kekal...

aduhla pelik betol aku...

Friday, January 29, 2010

Andai kau tahu II


Hari ni kelas dirombak kedudukannya kerana guru kelas merasakan ada pelajar-pelajar yang perlu lebih diperhatikan dan ada sesetengah pelajar yang sudah 'ok' pada pandangan beliau.

So kedudukan meja yang dulunya 2-2 kini sudah menjadi grouping yakni meja disusun berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil seperti di sekolah rendah. Agak kelakar melihat kedudukan seperti itu tetapi kata guru kelas dengan cara itu, pelajar akan membantu sesama lain. 

Aku hanya mengikut arahan, dan bila grouping disebut namanya, aku hanya mendengar siapa lagi rakan-rakanku. Namaku, Paan, Ecah, Atrisya dan... tiba-tiba nama last tu membuatkan aku tersentak, Nur. Seperti orang tertelan biji durian, meja yang ku bawa tersungkur ke bumi, mujur juga tak kena kaki. 

   [3][4][5]
[1][2]

Dan oleh kerana kami berlima, so meja yang kelima dipersetujui adalah Paan. Aku berkedudukan di meja nombor satu, di sebelahku (nombor 2) Atrisya. Di depan Atrisya Ecah (4) dan di nombor 5 adalah Paan. Well teka la dekat mana meja Nur?

Bukanlah aku nak sangat duduk sebelah Atrisya tapi memandangkan Nur dan Ecah kamcing, so diorang nak duduk sebelah menyebelah. Paan pula kononnya kata biarlah aku di depan sebab dia lebih suka duduk di belakang. Padahal aku faham sangat perangai dia tu, saja je la tu, nak mengushar si Atrisya la tu. Habislah hidup aku dikelilingi oleh perempuan, dah la si Atrisya ni agak mengedik juga kadang-kadang, aduhai rimas betul.

Bila dah satu group ni, perbualan kami semakin rancak. Banyak yang aku tahu pasal Nur secara tidak langsung dari perbualan kami berempat. Atrisya jarang nak join kami berbual dan dia lebih banyak join group lain yang satu kepala dengannya. Lantaklah, bukan aku nak ambil tahu sangat pun pasal minah tu. Dan banyak yang aku belajar dari Nur yang lebih hebat dalam subjek Sejarah dan Geografi dan dia juga meminta aku mengajarnya Matematik. Aku pun dari seorang yang sangat pendiam dengan perempuan mula menunjukkan perubahan sedikit dengan berbual-bual (tapi ini pun dengan group aku je la). 

Minggu ni merupakan minggu yang paling seronok sebab Kelab Usahawan Muda telah mengedarkan borang pemberian gift sempena sambutan Hari Guru. Macam biasa, pelajar-pelajar lebih ramai bagi sesama sendiri, bagi kepada bf dan gf. Dan aku berhajat nak beri juga hadiah untuk Nur tetapi segan nak letak nama. So pada bahagian nama tu, aku just letak anonymous dan aku bagi juga hadiah pada Paan dan Ecah takut kalau rahsia terbongkar. Lagipun aku just bagi hadiah coklat je dekat Nur. 

Hari yang dinanti-nantikan, kelas agak hingar bingar dengan bunyi budak kelas yang gembira dapat hadiah dari kawan-kawan dan teman istimewa. Aku just dapat sebiji epal, Choclair dan keropok Mamee. Epal dan keropok dari Paan, Choclair dari Ecah. Aku pandang ahli-ahli group aku, macam biasa Atrisya paling banyak dapat hadiah. Dari bebudak kelas, kelas sebelah, kelas bawah, kelas atas, semua orang bagi. Dan aku tengok Nur, agak terkejut sebab banyaknya lebih kurang macam Atrisya cuma hadiahnya lebih berbentuk sentimental. Dan coklat bar aku tak terkecuali. 

Di sebalik hadiah tu, tiba-tiba Nur dapat sekuntum bunga ros merah, dan Ecah mula la bising, "Wah gila la kau Nur, ganas-ganas pun dapat bunga. Ros merah lak tu. Kau tau tak ros merah tu maknanya I LOVE U?". "Ala kecoh la kau Ecah, aku pun dapat bunga rilek je", sampuk Paan. "Bunga apa kau dapat, tak nampak pun?", tanya Ecah. "Bunga taik ayam hahaha", dan Paan terus berlari keluar sambil dikejar oleh Ecah. "Bongok kau, meh sini aku tonyoh dengan taik ayam betul", jerit Ecah. Aku mengendahkan mereka dan lebih tertarik dengan bunga ros merah yang Nur dapat.

Serentak dengan itu, wujud satu perasaan luar biasa yang aku tak pernah alami sebelum ni. Terasa nak marah, terasa sakit hati, rasa tak selesa dan paling tak best bila aku terasa nak tanya Nur siapa yang bagi bunga ros tu. Tapi disebabkan nature aku yang slow dan pemalu, benda-benda macam ni hanya wujud di hati, tapi tidak di mulut dan perilaku aku. Oh tidak, sifat cemburu sudah berada dalam diri aku dan sekarang baru aku tahu Nur ramai peminat. Rupa-rupanya ramai juga yang minat perempuan seperti Nur. 

Sedar tidak sedar, kebanyakan hadiah yang berupa makanan yang tidak diketahui namanya diberikan kepada Ecah termasuklah juga coklat aku sebab aku letak anonymous (tidak dikenali). Macam nak menjerit je hati ini menyuruh agar Nur tidak memberikannya kepada Ecah. Habis duit aku buang macam tu je tapi last-last bagi dekat orang lain. Kata Nur, orang yang tidak menulis namanya adalah orang yang penakut. Aku tak nafikan cuma aku tak nak orang tahu yang aku berikan Nur hadiah sebab sebelum ni aku memang tak pernah beri hadiah kepada perempuan kecuali Ecah sorang je sebab kamceng.

Hari berlalu, dan aku seakan-akan merajuk dengan Nur ke atas sikapnya sebegitu rupa. Mungkin dia perasan lantas menegur aku "Kau ni kenapa, macam nak mengelak dari aku je Bu? Aku pandang kau, kau langsung tak pandang balik. Kau bercakap macam aku takde depan mata kau, lepas tu sepatah aku tanya, sepatah tu la kau jawap. Kadang-kadang langsung kau tak nak join kitorang borak-borak. Kau ada masalah ke? Kalau ada kongsi la dengan aku, mana tahu aku boleh tolong kau". "Takde apa-apa lah, aku ok je. Perasaan kau je kot", kataku sambil meneruskan menulis. "Kau tau Bu, dalam banyak-banyak kawan, kau la antara yang paling aku sayang", katanya lagi. Aku tersentak dengar, emm tapi macam tak percaya. Dia sayang aku? Dan otak aku mula bermain fantasi, seperti berada di awang-awangan, dan ibarat... "Nur! Nur! Ni ada surat dari abang Esham. Dia suruh bagi dekat kau", Ecah tiba-tiba menjengah masuk dan mematikan segala nikmat aku untuk bermimpi. Bagaikan kaset rosak, tiba-tiba aku nampak cermin yang retak dan pecah, aduhai...

Aku hanya mampu menjeling melihat Nur dan Ecah berlari keluar dan hilang dari pandanganku... Aku ternampak Nur sedikit tersenyum girang apabila Ecah menghulurkan surat itu. Aku? Entahla, macam mamat hopeless aku hanya mampu tertunduk mengenangkan alangkah baiknya kalau surat tu adalah dari aku...

Andai kau tahu...

Thursday, January 28, 2010

Andai kau tahu

Andai kau tahu...


Itulah ungkapan yang sering dan acapkali bermain-main di mindaku ketika setiap kali aku memandangmu. Berat mulut ini bagaikan menanggung beban bertan-tan. Ketat mulutku ini bagaikan telah di seal oleh gam super gajah. Alangkah bagusnya andai mulutku ringan berkata-kata, pasti hasrat di hati ini telah ku sampaikan kepadamu.


Oh Nur, kenapalah kau yang bertahta di hati? Kenapa bukan Atrisya yang seksi itu? Kenapa bukan si Salmi yang bersopan-santun tu? Pelik betul aku boleh jatuh hati pada minah rock seperti kau. "Hoi Bu, ko buat apa tu? Skodeng awek ke? Skodeng tak ajak aku, apa la kau ni. Jom ah pergi makan, ni tengah waktu rehat ni" kata kawanku, Paan. 


"Aku tak lapar la, kau pergilah dengan budak-budak lain. Aku nak lepak dekat kelas je", kataku. "Hai selalu tak pernah-pernah kau kenyang, tiba-tiba hari ni lak kau tak lapar? Ni mesti ada udang sebalik batu ni", katanya kepadaku. Aku hanya senyum, dan Paan berlalu pergi faham dengan perangaiku yang tidak suka dipaksa-paksa.


Aku kembali ke mejaku. Ku lihat keliling, semua rakan-rakan kelas telah turun ke kantin untuk makan termasuklah Nur. 


Nur, ya namanya berputar-putar lagi di segenap ruang kepala. Bagaikan hollowgram yang memancar keluar dari mataku dan membentuk raut wajahnya. Dan bagaikan mesin waktu memutar kembali kenangan bagaimana aku mengenali Nur, bukan di dalam kelas ini. Tapi ketika dia baru bertukar sekolah dari sekolah lamanya.


"Tumpang tanya brader, dekat mana pejabat Pengetua?". Suaranya manis tapi lagaknya seperti jantan. "Jalan terus, belok kiri, turun tangga lepas tu terus belok kanan. Pejabat dia dekat tepi tu je. Kalau sesat boleh roger saya balik hehe", kataku. Dia hanya senyum sambil menjelirkan lidahnya padaku.


Aku ingat itulah kali pertama dan terakhir jumpa dia, tapi entah takdir atau kebetulan kami rupanya di kelas yang sama. Agak terlopong juga la mulut aku tengok dia. Dia pun macam terkejut tapi masing-masing kontrol kehenseman masing-masing.


Dan dari situ la permulaan perkenalan kami. Tapi aku je kot yang syok dekat dia. Dia aku tengok kawan je dengan semua budak lelaki kelas aku. Yelah ganas, so jenis yang tak kisah sangat berkawan. Cuma aku jela tah macamne boleh lekat lak dekat si minah ni.


Nur ni jenis friendly, aku ni jenis yg pemalu nak berkawan dengan perempuan. So kebanyakan masa aku di sekolah banyak dihabiskan dengan member-member seperjuanganku. Habis sekolah, aku balik, makan, tidur, buat kerja sekolah, petang pulak padang joging. Kalau tidak aku ajak Paan pergi waterfall dekat belakang sekolah aku. Bukan nak skodeng orang mandi atau buat projek, kami selalu ambil gambar dekat situ sebab pemandangan yang agak menarik.


Satu petang tu, aku ajak Paan pergi waterfall nak ambil gambar air terjun dengan low shutter speed. Sampai dekat dengan area sekolah tu tiba-tiba aku terdengar ada suara ganas tapi manja memanggil nama kami. 
"Bu! Paan! Weh korang nak pergi mana? Nak ikut boleh tak?", Nur menjerit-jerit. Membontotinya di belakang adalah Ecah yang juga sekepala dengannya. "Korang nak ikut? Bahaya la wei, korang kan perempuan..." belum sempat Paan habiskan kata-kata Ecah mencelah "Kalau perempuan kenapa? Ala kitorang tak susahkan korang la, ingat kitorang lembik sangat ke?". "Ikut suka korang la", balas Paan dan kami berempat berlalu menuju ke air terjun yang jaraknya lebih kurang sekilometer lebih saja dari sekolah.


Rupa-rupanya Nur berminat dengan kamera dan alam fotografi. Memandangkan aku bawak D90 aku, aku ajar la dia sedikit sebanyak tentang kamera dan cara-cara mengambil gambar landscape dan air terjun. Macam biasa la dia punya celoteh memang tak ingat. Keletah mereka bertiga dah cukup menggamatkan suasana. Aku hanya diam dan sesekali tersenyum melihat keriuhan mereka berlawak dan bercerita. Memang gamat suasana.


Dan lamunan aku dihentikan dengan soalan dari Nur "Kau ok ke Bu? Kenapa aku tengok kau ni diam aje? Sepatah aku cakap, sepatah tu juga la kau cakap". "Dia tu pemalu cik Nur oi, mana reti nak bercakap dengan perempuan, lain la aku ni ha haha", kata Paan. "La pemalu, mengalahkan perempuan la kau ni Bu, malu je lah. Apa la kau nak malukan dengan kami, kami kan kawan kau jugak. Kadang-kadang tengok kau diam buat aku susah hati kau tau tak?" tambah Nur lagi. "Haah la Bu, Nur ni kalau dekat dorm asyik-asyik mengigau nama kau je, asek sebut nama kau je sampai nak muntah aku dengar kau tau tak!" kata Ecah pula. "Dengarla sangat cakap Ecah tu, memang mati hidup-hidup je la kau kene tipu" balas Nur. Ye aku memang kenal Ecah, dia memang suka berlawak. Dari 10 kata-katanya mungkin hanya 3 je yang boleh pakai. Tapi terdetik juga di hati, kalau betul la apa yang Ecah cakap, alangkah bertuahnya aku. Petang tu sebelum balik, sempat la juga aku menjeling sebelum Nur hilang dari pandanganku...


Hatiku dah semakin rancak dan berbunga-bunga selepas aktiviti petang tadi. Nur, Nur andainya kau tahu...cinta monyetku dah berevolusi heeee~~


...to be continue...

Aku dan noktah (ini cerpen) IV

...continue...


Aku mula di sekolah ni darjah 1, aku pindah ke jerantut darjah 1. Sekolah dekat sane sampai darjah 3, aku pindah Bentong semula tapi sekolah di Sek. Keb. Kg. Sertik. Sampai la aku darjah 5 aku pindah semula ke Sek. Ren. Keb. Sulaiman. Satu benda yang aku tak suka bila pindah sekolah. Hari pertama yang sangat janggal. Kena mula balik mengenal kawan baru. Kena membiasakan diri dengan persekitaran baru. Dan paling aku menyampah, buku rekod aku sentiasa tak sama. And dalam masa yang sama setiap kali nak bertukar aku akan mengalami proses ponteng sekolah yang sangat lama. Nak buat macamne, memang tak dapat nak pergi sekolah. So aku senang lost di pertengahan jalan.


Tapi bila dah balik semula ke sekolah asal ni, banyak kena berdikari sendiri. Mak sibuk nak jaga abah. Angah dah start sekolah menengah, so memang lain tempat dengan aku. Dan bermulalah kehidupan aku di sekolah di kawasan bandar Bentong dengan tiap-tiap hari naik van. Naik van macam biasa 6.40 dah gerak. Tung tang tung tang sampai sekolah dalam pukul 7.10+. Ada la masa kalau tak siap lagi kerja sekolah hehe.


Di sekolah ni, aku cuba mengingat balik rupa kawan-kawan sekolah lama seperti yang aku masih ingat Saiful, Aizuddin, Saufi, Rafez, Atiqah, dan oh ya aku mencari Jerald; teman lamaku sejak di bangku taski lagi. And baru aku tahu Jerald dah pindah sekolah. Aku bermula di kelas 5 Wira kelas yang mana aku duduk satu group dengan mendiang Jason, Alimin, Choi, Atiqah dengan Ros kalau tak silap aku. Yang lain-lain macam biasa, cuma satu je yang tak biasa, teacher English sangat garang, sangat speaking, bila dia lalu semua senyap tak bunyi apa-apa suara. Cuma yang membuatkan teacher ni popular adalah pemakaian beliau yang agak seksi walaupun dah berusia. Kira up to date juga la beliau ni. Tahun itu padaku tiada apa-apa yang special sangat dan menginjak ke Tahun 6, dan kami berpindah kelas ke satu kelas baru iaitu 6 Tiara. 


6 Tiara merupakan kelas harapan untuk pelajar-pelajarnya mendapat keputusan cemerlang, walaupun aku jarang nak cemerlang sangat haha. Hari yang dinanti-nantikan tiba bila seorang guru lelaki masuk, dan Ya Allah, guru yang paling ditakuti oleh mostly student dekat sekolah tu iaitu Cikgu Salim. Kumisnya tebal, orangnya tinggi, kurus, suaranya memang stok-stok suara tentera, Tapi tulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Siapa tahu guru yang berpawatakan bengis ini rupanya seorang guru yang baik hati sebenarnya. Garangnya bertempat dan bukanlah selalu nak marah-marah saja. Kadang-kadang sebelum memulakan kelas beliau akan bercerita macam-macam dan yang paling best adalah trip akhir tahun. Trip ni suppose pergi lepas UPSR tapi tak tahu kenapa trip tu dibatalkan. Aku punyalah gumbira, 1st time beb nak pergi trip satu kelas naik keretapi.


Keseronokan di sini di tambah lagi dengan adanya kem motivasi peringkat daerah. 3 buah sekolah rendah di bandar Bentong digabungkan di sekolahku. Bila ada kem motivasi macam biasa la, budak lelaki nak memikat si perempuan. Aku? Aku masih lagi jejaka pemalu, hahahah haktuihh! Sungguh, aku masih lagi takut nak tegur dan kawan dengan perempuan. Setakat tengok, dan lihat saja la. Dekat kem ni, aku kenal ramai kawan-kawan baru antaranya Samlisman yang dah jadi besfren aku di sekolah menengah sampai sekarang. Macam-macam aktiviti berlangsung dan ada di antaranya pergi melawat kem tentera. Dekat sana aku berjumpa pula geng sekolah lama aku di Sertik. Kenangan paling tak boleh nak lupa bila ada satu sesi penginsafan yang rata-rata pelajar semua menangis termasuk la aku haha.


Dan jangan tak tahu aku pun pernah pergi mewakili daerah ke pertandingan kuiz. Hahahaha tapi kuiz kesihatan je. Pertandingan ni kitorang tak tahu pun macamne diorang pilih. Tahu-tahu nama dah naik, kena pergi Cameron Highlands wakil daerah. Aku pun seronok la, mana pernah pergi Cameron lagi. Ni la timenya nak pergi melancong hahaha. 


Dah nama pun pertandingan mestilah sibuk study kan? Tapi kitorang sibuk gelak-gelak sebab ada brochure pasal penyakit kelamin, AIDS dan macam-macam lagi la. Yang kitorang gelakkan tu, dekat brochure tu ada la kartun tentang cara-cara pemakaian kondom dengan betul. Mau tak tergelak??? 


Hari pertandingan dah tiba, kami naik bas dari Bentong dan terus pergi ke Cameron. Jalan agak ganas dan aku sebab 1st time pergi sana, tak boleh nak tidur. Tengok kiri kanan apa yang menarik. Last-last tau kitorang dah sampai dekat sekolah rendah tanah rata. Dekat sini lah pertandingan tu berkampung dengan kami-kami sekali tidur sana. Sebab dah sampai malam, kitorang makan, mandi dan tidur. Takde maknanya nak study-study hahah. Esoknya, macam biasala hero kalah hahaha (actually aku yang sumbangkan 0 markah, sebab aku jawap semua salah, nak tau kenapa?).


Sebab time pertandingan tu la aku terkesima sebenarnya tengok ada seorang budak pompuan ni lawa sangat di mata aku, wakil dari daerah Temerloh. Hahaha dan aktiviti kami pun bermula lepas tu, dah kalah wat cara kalah la. So kitorang just lepak-lepak dekat dorm sambil tunggu waktu pemberian hadiah. Dapat saguhati jadi lah, hahaha jiwa bersemangat nak melancong ni. Habis dapat hadiah, aktiviti bebas, so aku dengan member-member pergilah jalan-jalan kejap dekat-dekat situ. OTW balik, singgah kantin kejap beli strawberi sebungkus 6 hengget je, manis gileee~~!


Petang tu kitorang ada aktiviti ramai-ramai. Semua wakil daerah akan pergi melawat sekitar Tanah Rata dan Berinchang. Dapatla masuk ladang strawberi, tengok ladang teh, pergi pasar sayur dan buah-buahan, dapat pergi pasar malam dekat Berinchang. Habis tour, kitorang balik semula tapi cikgu-cikgu pengiring kitorang lak ajak pergi jalan-jalan dekat bandar Tanah Rata lepas maghrib. So jalan-jalan la, nak beli duit pun ada la 30 hengget je. Last tempat kitorang dok noda adalah taman awam. Memang cantik waktu malam, kalau pagi lagi best aku rasa. Sedar tak sedar kitorang je yang paling lewat balik ke dorm. Kitorang balik dah nak dekat tengah malam.


Sooooooo bersambung la plak next post, aku nak pergi makan nasi. Dah lapauuuuuuuu~~!!!!

Wednesday, January 27, 2010

Aku dan noktah (ini cerpen) III

Salam,


Ok sebab semalam aku dah skip sambung cerita cerpen ni, so ni la sambungannya. Minta maaf banyak-banyak yang tunggu walaupun aku tahu cerpen aku bukanlah hebat sangat atau menarik untuk dibaca sebagai novel sepertimana novel yang paling aku suka "Lagenda Budak Setan" karya Ahadiat Akasyah tapi cukuplah untuk berkongsi cerita dan membuang masa korang yang setimbun tu.


...continue...


Duit dalam tabung aku tak pernah cukup atau aku jarang sangat dapat transfer duit dari tabung ke bank. Ini kerana segala duit yang aku kumpul tu lah juga aku gunakan untuk beli barang mainan aku. Membazir? Di sini aku ingin bertanya, dalam seumur hidup korang berapa kali korang sambut birthday yang datangnya dengan kek, hadiah dan kawan-kawan? Simply said, birthday party? Dan sepanjang hidup korang yang pernah menjadi seorang budak, terutama budak lelaki, berapa kerap dan berapa banyak simpanan permainan korang ada?


Kalau soalan ini diajukan pada aku, mungkin aku hanya boleh jawap, birthday party? NIL. Hadiah setiap kali birthday, dari 24 kali yang telah dilalui, mungkin hanya 7 paling max.  Dan sepanjang zaman kanak-kanakku, aku dibesarkan dengan tidak meminta hadiah hari jadi, sebaliknya apa yang dapat terima ajelah. Walaupun time tu kalau korang pergi rumah jiran, kawan anda sambut birthday dengan gemilang dengan kek, hadiah la macam-macam lagi, untuk gelaran anak bongsu macam aku ni, kadang-kadang hadiah birthday aku hanyalah makan di kedai dan hanya di situ saja lah. Hadiah birthday termahal aku sebuah hp SE W810i yang sangat aku sayangi. Hadiah yang aku minta dibelikan hanyalah 2 ketul dumb bell dan juga sebilah pisau lipat (kerana aku minat kumpul pisau rambo). Yang lain-lain kadang-kadang dapat duit, hadiah beli sendiri, dapat tabung, dapat sandle Crocs. And satu hadiah yang buat aku keliru sebenarnya. Aku dapat hadiah patung Garfield. Aku termenung dapat hadiah tu sebab aku tahu hadiah macamni bukanlah untuk insan bergelar anak lelaki tetapi mahu tak mahu aku terpaksa terima dari orang tersayang.


Kalau anda masih ingat kegilaan kereta mini Tamiya pada zaman sekolah rendah sekitar tahun 1996, duit tabung aku semua habis beli kelengkapan kereta mini tu je. Sebab kalau nak suruh mak atau abah belikan, memang tak akan dapat pun. Jadi aku dah terbiasa, kalau nak sesuatu barang aku kumpul duit sendirian melainkan kalau tak mampu betul baru aku minta tolong parents. Dan mungkin sebab dah terbiasa jarang mintakan belikan something, aku jenis tak kisah sangat pakaianku, selagi mana pakaian tu tak koyak aku akan pakai sampai lusuh dan hancur kainnya. Kadang-kadang mak dengan abah pula yang offer "Tak nak beli baju? seluar?".


Tinggalkan pula pasal belanja, sambung kisah hidup kami di Jerantut. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku sebenarnya tak pernah kisah pasal pergaduhan mak dan ayah sampailah ianya berlaku di dalam keluarga kami. Sesuatu yang cukup aku kesali kenapa lah manusia saling berantakan sedangkan pucuk muda yang baru tumbuh dihujani dengan hujan asid.


Kisah ini untuk pedoman buat kita yang semakin dewasa dan bakal menjadi keluarga kepada anak-anak. Parents ku selalu bergaduh, mak banyak makan hati kerana sikap tok (mak abah) yang tak accept dirinya sebagai menantu kerana mak bukan orang jawa. Macam-macam lagilah hal nya yang mak tak puas hati yang pada mulanya mereka bergaduh jauh dari pandangan aku dan angah. Tapi lama kelamaan pergaduhan itu semakin nyata di depan mata kami sehingga satu saat abah ingin tinggalkan kami. Aku cukup terpana waktu itu walaupun aku tak tahu apa masalahnya tapi yang pasti aku menangis teresak-esak apabila abah hendakkan tinggalkan kami.


Pernah suatu ketika, aku dan angah cukup tidak serasi dulu. Pantang berjumpa pasti ada yang hendak digaduhkan. Sehinggalah pada suatu malam, kami bergaduh dan mak sudah tak boleh bersabar, terus berkata pada kami "Ambil parang sorang satu, lepastu tetak sesama sendiri baru aman". Dan dengan tidak semena-mena mak terus ambil kunci kereta dan cakap "Kalau macamni baik mak tinggalkan korang, korang pun dah tak sayangkan mak lagi". Time tu lah aku dan angah nangis teresak-esak sambil pujuk mak jangan tinggalkan kami sebab time tu abah takde dekat rumah.


Mungkin ada yang nampak keluarga kami macam normal, tapi time tu tak sebenarnya. Aku paling pantang kalau hujung tahun dan paling pantang dengar abah nak balik Johor. Kadang-kadang aku rasa sangat sedih bila abah dah siap-siap beg nak balik. Kami? Hanya mangsa keadaan sebab? Sebab mak tak ikut balik... Kami jadi keluarga yang tak sempurna. Cuti? Cuti yang takde makna pun bagi aku, seronok balik kampung tapi mengenangkan keluarga yang seperti kehilangan seorang ibu, ada bawa makna apa-apa? Paling aku sayu time raya kalau time tu balik Johor dulu dan mak takde, huhuhu... Tengok kazen-kazen semua ada ibu dan ayah, kami? Keadaan ni berterusan sampai la abah meninggal...


Darjah 3, aku dah seronok sekolah di Jerantut dan tiba-tiba abah kata kami kena pindah Bentong balik semula sebab abah kene tukar ke Sertik. Sertik? tempat apa tu? Sebuah kampung felda, ohh...Habis mak macamne? Mak tak dapat tukar lagi... Oh tidak... Suatu perkara yang aku tak suka dah jadi balik.
Since aku tak rapat dengan abah, agak sukar hidupku tanpa mak. Setahun kemudian barulah mak dapat tukar ke Bentong tapi kene berkhidmat dekat Klinik Batu Satu. Oklah cuma mak bz office hour. Dan kehidupan aku sebagai anak felda bakal bermula.


Siapa pernah menyangka, aku pun tak pernah menyangka budak bandar macam aku akhirnya akan masuk sekolah felda. Aku bersekolah di tempat abah jadi guru besar. So nak tak nak kena jaga perilaku. Aku dimasukkan ke kelas 3Kuning dan di sini lah aku merasai menjadi anak felda. Memang lain, seronok, pengalaman lain cukup menghiburkan. Dekat sini, kawan pertama yang aku kenal adalah Redzuan Mee, Sebabnya aku takde buku lagi masa 1st day so dia yang pinjamkan buku dia dulu. Dan jika dulu paling tinggi aku dapat no 10 sekarang dah naik jadi no 3. So merasa la buat pertama kali pergi ke penyampaian hadiah  dan dapat buka akaun bank BSN rm10. Jadilah, merasa juga la aku naik pentas.


Dekat sekolah ni, aku dilantik menjadi pengawas, tukang baca doa, bendahari kelas,  join pengakap dan yang paling bes join group nasyid sekolah. Heheh tu semua bukanlah aku yang nak tapi orang yang letakkan. Seumur hidup aku, aku tak pernah masuk dan hidup dalam masyarakat felda so aku agak teruja sebenarnya bersekolah di sana. Sesekali kami akan tidur di rumah felda yang disediakan dan sekali lagi merasa la juga life dekat sana. Bila kawan dah ramai, petang-petang pun merayau la sana sini.


Kenangan paling bes bila ada perkemahan sekolah. Aku yang memang 1st time attend sangat teruja. So bila dah dapat group, masing-masing kena cari buluh dan bahan-bahan lain sendiri untuk dirikan khemah. So dapatla bawak beskal keliling felda tu dan cari buluh. Semua 1st time, 1st time tebang buluh, 1st time rasa miang buluh, 1st time seret buluh dengan beskal. Lepas tu 1st time jatuh dalam parit, haha memang lawak. Dan hari perkhemahan yang ditunggu-tunggu dah tiba....


1st day of camping, khemah dah siap bina, just berlatih kawad dlm group dan lain-lain macam biasela, masak, mandi semua tu. Dan malam tu ada sentry, yang juga pada aku 1st time jadi jaga. Haha, orang sentry ikut turn. Tapi aku ni jenis baik sangat jadi sentry sepanjang malam. So bila dah subuh, mata mula la ngantuk. 2nd day of camping, aku sepatutnya jadi tukang baca doa utk perasmian camping, tapi sebab malam tu tak tidur langsung, last-last aku collapse dan tidur dengan masyuknya. Sedar-sedar hari dah petang, aku gosok-gosok mata tengok orang tengah sibuk borak-borak tepi aku. Aku buat muka selamba ayam terus balik ke khemah, kena kutuk dengan member-member angkat tuala terus chow mandi. Malam tu lak malam persembahan so kena la jadi extra (sebab kes tidur). Tak menang pun group kitorang sebab show tak cukup umphh!


Hari ketiga and last day hari paling best. Ada satu game di mana setiap group kena jaga telur jangan bagi pecah. Kami dibawa berjalan menuju ke sungai Sertik. Dari atas jambatan setiap pelajar dimestikn turun dengan menggunakan tali (tali orang main tarik tali tu) sendiri. Aku yg 1st time (haha) mula-mula takut ye lah takde harness semua jadah tu, just lilit kaki dengan tali, pastu pegang tali kuat-kuat dan turun perlahan-lahan. Bila dah sampai bawah, baru lega tapi lepastu kene rendam lak dalam air sungai. Dah habis rendam, kitorg kena patah balik ke padang sekolah untuk sesi kerja dalam pasukan. Sepanjang perjalanan cikgu-cikgu jadi tukang kacau nak curi telur or nak pecahkan telur. Event tu habis dekat nak petang, and aku balik dengan senyuman yang besar dan seronok.


Dan sekali lagi, Allah nak uji kami. Waktu aku darjah 5, abah kena serangan jantung. Waktu tu aku masih ingat kami baru balik dari sekolah dan abah tiba-tiba mengadu sakit dada. Kelihatan waktu tu peluh abah keluar besar-besar bak kata orang peluh jantan. And mak membawa abah ke hospital dan kami terus mendapat berita bahawa abah dimasukkan ke ICU di Hospital Mentakab. So habislah jadual persekolahan kami. Kami banyak berada di rumah Uwan di sana. Orang yang paling sedih siapa lagi kalau bukan mak, dan orang yang paling keliru tentulah aku.


Lebih kurang sebulan lebih abah di hospital mentakab, akhirnya abah dibenarkan balik. Tapi doktor mengatakan bahawa abah perlu dibedah untuk buat by pass kerana salur darah dah tersumbat. So sekali lagi sekolah aku ditukarkan ke sekolah rendah asalku Sek. Ren. Keb. Sulaiman. Aku mulanya tak nak tapi sebab tiada siapa yang boleh bawa aku ke sekolah sertik, so aku ucapkan selamat tinggal lagi kepada kawan-kawanku di sana.


Dan bermulalah kehidupanku di sekolah rendah asalku. Perjalanan masih jauh, cerpen ni panjang lagi, tapi aku stop dulu untuk kali ini, jumpa lagi esok insyaAllah aku sambung. Dekat Sulaiman rendah pun macam-macam kisah yang menarik aku nak kongsi dengan korang semua, nak tau? Tunggu!!!!

Tuesday, January 26, 2010

Aku dan noktah (ini cerpen) II

Salam,


Dukacita dimaklumkan untuk malam ini aku tak larat nak tulis sambungan. Hehe so mungkin esok atau lusa baru sambung, maaf buat yang menanti, tahniah buat yang mengeji hehe...


Penat mengemas bilik bacaan, hohoh dapat almari baru hehe, salam jumpa lagi.

Monday, January 25, 2010

Aku dan noktah (ini cerpen)


Salam,

Bertemu lagi dalam post kali ini. Untuk post kali ini aku akan ceritakan serba sedikit tentang diri aku. Apa yang korang tak tahu tentang aku, apa yang korang tak pernah terpikir pun aku begitu begini dan sedikit sebanyak pengajaran buat korang yang belum pernah melaluinya dan yang pernah diharap dapat mengambil ikhtibar bersama-sama.

(AMARAN: Posting kali ini adalah berbentuk cerpen true story bout my life, so buat yang tak nak buang masa baca posting kali ini, diminta untuk tidak meneruskan pembacaan, so your journey ends here. Buat yang rela dan rajin membaca terima kasih, sama-samalah kita mempelajari sesuatu dari cerpen ini. Oh ya cerpen ini aku ceritakan bukan untuk mendapat publisiti sebab benda tu aku dah tak perlukan, apa yang aku ingin sampaikan adalah pengajaran di sebalik cerpen ini, sekian dari si penulis).

Cerpen ini bermula dengan lahirnya seorang insan yang diberi nama Mohd Shukran Sahli Bin Saman. Seorang anak lelaki tunggal di dalam family dan yang paling bongsu antara ketiga-tiga adik beradik. Seperti mana nama yang diberi, shukran = terima kasih, dan sahli = kesenanganku. So digabungkan menjadi berterima kasih ke atas kesenangan yang diberikan. Namanya panjang, itupun mohd telah disingkatkan jikalau mahu tulis yang penuh akan menjadi Muhammad Shukran Sahli Bin Saman. Mungkin akan menyukarkan dewasa kelak untuk mengisi borang.

Aku dilahirkan di Hospital Bentong, Pahang pada 10 November 1985 pada jam aku tak ingat. Mak kata aku over due yakni terlebih hari daripada tarikh waktu bersalin. Dan mak kata masa aku lahir, aku tersangatlah kecil berbanding adik beradikku yang lain, tapi sekarang akulah yang terbesar. Aku sangat tidak menyukai menjadi anak bongsu yang lahir pada hujung tahun. Dahla bongsu, hujung tahun. Kesemua ahli keluargaku semuanya lahir awal tahun dari bulan Jan hingga bulan Mac. Aku sedih kenapa aku dilahirkan lewat. Tapi selepas aku mengetahui orang yang lahir hujung tahun adalah insan yang hebat-hebat dan bercirikan pemimpin baru aku sedar, aku hebat juga rupanya (kes tengok dokumentari pasal Tun Mahathir).

Jangan disangka hanya kerana aku anak bongsu aku akan dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. Jangan sangka anak bongsu macam aku tak pernah kena sebat dan rotan tali pinggang ayah aku dulu. Jangan sangka anak bongsu macam aku, kerja rumah boleh dikecualikan. Orang lain mungkin tapi tidak bagi keluargaku. Dalam keluargaku, kerja rumah sama rata sama rasa. Apa yang orang lain kena buat, kita kena buat. Aku mungkin manja dengan mak hanya kerana aku suka dibelai dan duduk di riba mak. Tapi yang lain-lain tidak.

Arwah abah lebih senang menganggap aku sebagai anak sulung lelaki nya memandangkan hanya aku anak lelaki dalam keluarga. Aku diperturunkan segala ilmu yang beliau tahu tapi beberapa ilmu yang tidak diajar seperti bahasa jawa, silat sendeng dan lain-lain. Dan aku juga tidak rapat sangat dengan abah kerana abah hidupnya sangat berdedikasi menjadi seorang guru yang sangat sayangkan anak muridnya. Bayangkan dalam sekolah, orang yang pertama membuka pintu pagar adalah beliau. Jadi masa beliau sangat sibuk di sekolah, mesyuarat, aktiviti-aktiviti di sekolah, menguruskan itu dan ini dan jarang dapat masa bersama dengannya. 

Lupakan seketika, kembali kepada ceritaku. Semasa aku masih bayi, aku tidak boleh minum susu lembu kerana sakit perut. So susu yang aku boleh minum adalah susu kacang soya. Sampailah aku masuk tadika yang hanya time tu aku ingat aku dah start minum milo dan air sirap. Dan dari situlah permulaan milo dalam hidup aku sehinggalah usia aku kini 24 tahun. 

Aku dihantar ke Taski yakni tadika islam. Di sana kebanyakan diajar adalah mengenai alif, ba, ta dan ayat-ayat hafazan dan aku tak pernah belajar A, B, C sampailah aku masuk darjah 1. Taski banyak kenangan yang indah. Belajar makan dalam talam ramai-ramai, belajar naik bas sekolah, berak dalam seluar, main akrobatik dan jatuh terlentang, main daun terup dan macam-macam. Bila dah sampai masa ke darjah 1, aku ke Sekolah Rendah Kebangsaan Sulaiman. Di sana berjumpa semula rakan-rakan taski yang sama. Tapi...

Satu tragedi melanda keluarga kami apabila Along pergi meninggalkan kami kerana ketumbuhan otak. Maaf ku katakan kerna aku tak mengerti akan maksud kematian. So pemergian Along bagaikan hanya satu tragedi biasa buatku, tidak buat mak... Kerna mak sangat menyayangi Along. Along adalah anak perempuan pertama beliau yang kerap kali menjuarai pertandingan, johan di dalam kelas, dan pelbagai lagi. Ibu mana yang tak bangga? Tapi apabila kebanggaan itu direntap, bagai melepaskan nyawa mak berendam air mata mengenangkan perginya anak sulung beliau ke rahmatullah. Aku masih ingat, mak pengsan ketika di kuburan selepas selesai dibacakan talkin sedangkan aku hanya diam membisu tidak mengerti apa-apa.

Keluarga kami diuji lagi dengan abah mendapat tawaran menjadi guru besar di jerantut. Di saat kami kehilangan seorang ahlinya, tiba-tiba kami terpaksa berpindah ke sebuah daerah yang agak jauh dari Bentong. Aku? hanya keliru kenapa perlu berpindah sedangkan aku mempunyai ramai kawan di sini. Di Jerantut, adakah akan ada kawan seperti di sini?

Di sana, kami menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan Hospital yang mana mak bekerja. Pada aku Jerantut seperti Bentong sebuah pekan kecil tapi jumlah penduduk yang agak ramai. Dan di sini hidupku diteruskan bersama teman-teman baru yang semakin kuterima baik. Rumah di sini kecil berbanding Bentong tapi aku tidak peduli sangat sebab padaku, hidupku hanya satu ketika ini, berkawan. Di sini juga aku terpaksa mengulang balik muqadam setelah agak lama ditinggalkan. 

Hidup di sini seronok cuma apa yang tak seronok, mak kerja shift. Abah kerja waktu pejabat, balik lewat petang. Kalaupun balik awal, abah pasti stay di sana untuk selesaikan kerjanya. So aku dan angah pergi dan balik hanya naik bas sekolah. Kadang-kadang aku jalan kaki saja dan kadang-kadang abah ambil aku. Dan aku paling tak suka sekolah sesi petang. Sebab angah sekolah sesi pagi, aku pergi sekolah, dia balik sekolah. Jumpa bila dah petang dan malam saja. Pagi-pagi kalau mak tak kerja, adalah teman. Tapi kalau mak kerja pagi, aku seorang diri lah walaupun time tu aku darjah 1. Semuanya kena berdikari sendiri. So apa nak buat pagi-pagi? Pergi mengaji, balik mengaji tengok tv pendidikan sampai lebam. Lepastu siap-siap nak pergi sekolah. 

Aku tak pernah mengaku pandai, cuma aku akui aku banyak guna sense of logic. Tapi malangnya aku jenis lambat pikap sikit, so akan take time. Dan time ni jugalah aku menggunakan cermin mata yang pertama. Cikgu selalu marah, aku selalu kena berdiri atas kerusi. Bukan sebab aku tak tahu tapi sebab aku tak nampak. Yelah, aku duduk di belakang sekali sebab kedudukan di dalam kelas ikut nombor yang kita dapat. Dapat no 1, duduk paling depan. Aku paling tinggi pun dapat no 10 dalam kelas. Tapi macam nature aku yang pendiam, aku hanya senyap tak beritahu yang aku sebenarnya rabun jauh. Manalah nak tahu pun kan time darjah 3 tu.

Dan ini ingin aku kongsikan bersama buat teman-teman yang masih dibangku sekolah. Berapa belanja harian kamu sekarang dan apa yang kamu belanjakan dengan duit yang diberi? Kebanyakan remaja yang aku temui rata-rata sekarang makan fast food, beli itu beli ini, boleh pergi main dekat Cyber Cafe, main dekat game box. Andainya korang tahu bahawa zaman aku dulu, belanja harian ke sekolah hanyalah 60 sen, diulangi 60 sen sahaja. Bukan 6 hengget, 60 hegget mahupun seratus hengget. Dengan 60 sen tu la ko kena beli mee, beli air dan belen tu simpan. Bukan aku nak bandingkan harga makanan sebab aku tahu mana dapat dah mee goreng 20 sen macam dulu-dulu. Tapi apa yang disampaikan di sini adalah dengan 60 sen tu la kena survive dan siap ada belen 20 sen untuk menabung. So duit belanja korang ada belen untuk masuk tabung? Aku mewah sedikit belanja sekolah time sekolah menengah atas (form 4-5). Time tu dapat la rm2 sehari. Duit tu la duit makan, minum dengan tambang bas. Dan belen sudah pasti masuk tabung. Korang pikir mesti duit aku banyak sebab dari tadi aku asyik kata masuk tabung, masuk tabung. Tak pun. Sebab apa? Sebabnya korang kena tunggu next post, aku sambung ceritanya...hehe so tunggu...

Sunday, January 24, 2010

Re union

Salam,


Nampak gaya aku kena kensel kan dulu post pasal kiraan bajet memandangkan cerita ni yang paling fresh dan sempena aku masih nak ingat. Haha, hepi aku memang hepi ini malam/pagi. Hepi sebab aku dapat jumpa member sekolah dan macam biasa mengimbau kembali kenangan lampau.


Dan ayat wajib, "Eh, si polan si polan buat ape aa? dah kahwin?". Disusuli pula dengan ayat "Eh cikgu si polan si polan ada  lagi?". Dan setiap bait ayat-ayat tersebut diakhiri dengan hilai tawa yang memecahkan suasana di TMK, the only mamak restaurant yang bukak sampai lewat pagi.




Aku suka mengimbau-imbau ni, bukan apa jumpanya jarang-jarang. Rata-rata semuanya dah kerja, melainkan aku haha. Dan yang paling best, masing-masing dah nak sampai seru. Bukan seru pergi haji tapi seru kahwin. Macam-macam cerita dan aku hanya mendengar penuh ralit je la, seronok bila kawan-kawan nak kahwin. Terasa di dimensi yang berbeza. Dulu kenal time masih hingusan, sekarang bercerita bak orang tua yang selalu lepak main dam haji di kedai-kedai kopi.


Dan seronok sebab walaupun masing-masing dok cerita pasal nak kahwin, awek la, apa la, aku dapat lupa status aku yang juga menduda buat seketika. Perit bila status duda/janda tu Tuhan je la tau. Orang mungkin nampak hanya luaran, di dalam siapa yang tahu? Tapi abaikanlah, sebab aku dah biasa pun. Paling tidak aku akan kahwin juga suatu hari nanti cuma mungkin bukan seawal usia ini.


Tujuan kami lepak-lepak pun sebenarnya saja nak berjumpa since sorang member kami yang belajar di Australia tengah cuti. So time camni la yang kitorang dapat lepak-lepak pun. Dan sedar tak sedar last time aku jumpa dia time ambil result SPM which is dekat 6 tahun. Cepat masa berlalu, macam-macam boleh jadi.



Thanx to Din on which u r not forgotten your friends. And thanx for the gift from there, walaupun pada hemat ko tak seberapa tapi pada kami sudah memadai ada juga kawan yang ingat lagi dekat aku. Lepas ni lagi setahun la nak jumpa ko, aduhai. Cepat-cepat la habis sambung PhD. ko dekat sana, and rajin-rajin la balik bentong. Haha, aku masih mengharapkan gathering julung-julung kali beramai-ramai ex 5RKS dan 5SK. Tapi aku tau korang kerja semua jauh-jauh so time ada kelapangan ni je la yang boleh berjumpa pun.




And to Kirien, kahwin jangan lupa jemput haha. To Hadi, Erwan, Pijul, Din jangan lewat sangat kahwin. Aku takpe la hehe, korang kahwin dulu la biar aku jadi penutup kahwin. Time tu boleh korang bawak anak-anak dah. Hehe, kelakar memang kelakar. Baru 4-5 orang je berkumpul. Macam mane la kalau 2 kelas berkumpul semula. Aku rasa mau pecah bentong dengar kita gelak je.



Sebut pasal re union, alumni Bios ade wat society baru dekat Facebook, hoho tu pun dah macam-macam rancang. Harap-harap jadilah, paling tidak pun buat la baju society. Yang lain-lain kalau susah sangat buat makan-makan je la nanti. Harap keep in touch dengan korang semua.



p.s: Aku tak sedar rupanya nama beliau aku tak tukar lagi dari hp aku...perlu ke tukar?

Friday, January 22, 2010

Bajet

Salam,



Aku ingin bertanya, apakah itu bajet? Selalu kita dengar orang cakap, bajet-bajet ah nak cakap pun! Atau aku bajet bulan ni mesti dia tidur luar punya. So dari pemahaman di atas dapatlah dirumuskan bahawa bajet ni kiranya macam mengagak, menghitung dan menilai. Betul ke?


TETTTT!!!!


Salah tu sebenarnya. Mari aku definisikan maksud sebenar bajet. Bajet adalah suatu perkara yang memeningkan kepala, menyusahkan otak dan benda yang selalu melanda orang miskin dan bukan suatu perkara yang perlu diambil pusing oleh orang kaya

Salah? TETTT!!!


Definisi yang aku bagi tu adalah realiti kehidupan. Bajet yang selalu berkaitan dengan duit, harta dan yang sewaktu dengannya. Pernah korang terpikir cara terbaik nak uruskan bajet bulanan korang? Pernah terpikir mengapa aku kerja sekian-sekian tapi duit tak pernah cukup?



Sebab kita selalu keluar belanja lebih dari apa yang kita mampu. TEETT!! of coz la kan. Tapi apa yang membuatkan kita selalu overspent adalah kita tidak mengira perbelanjaan kita setiap hari dan kita tidak membuat congakan purata perbelanjaan harian kita untuk mendapatkan baki bulanan duit gaji yang boleh disimpan untuk kahwin! 


Atau kita terlalu overspent kepada insan lain sedangkan kita lebih memerlukan duit tu (unless korang CEO TNB or Petronas). Bukan tak boleh belanja orang lain tapi prihatin dengan diri kita dulu sebelum prihatin dengan orang lain. Ingatlah manusia hanya dekat bila kita berduit, kawan baik je yang dekat time kita susah.


So calculate bajet korang betul-betul dari gaji sebulan korang. Berapa yang nak simpan, berapa nak makan, berapa boleh guna untuk seronok-seronok dan pastikan korang amalkan menabung. Cara paling senang nak menabung masuk dalam Tabung Haji yang pakai sistem potong dari gaji tu. At least korang ada satu tempat saving.


Dan cara nak save duit ni banyak cara. Ada cara yang agak ekstrem, ada yang sederhana dan yang sedikit sangat. So ikut badan lah mana yang korang sanggup. And lastly tengok mana sumber kerja korang tu. Pastikan yang HALAL sebab yang tak berapa nak pasti ni kurang keberkatannya dan harta yang kurang berkat akan membuatkan kita sentiasa tidak puas hati dengan apa yang ada. Next post aku sambung cara nak calculate bajet buat yang agak boros berbelanja.

Thursday, January 21, 2010

Jangan pandang belakang

Salam,


Sebenarnya post nih patutnya dikarang dan dipublish malam tadi, tapi entah kenapa aku merasakan aku lupakan niat tu dan menganjakkan ke pagi ni.


Post kali ni bukan lah cerita seram tapi perasaan seram tu tetap ada sebab aku bukan jumpa hantu atau apa-apa makhluk halus pun malam tadi. Hanya sekadar ingin berkongsi cerita perihal benda-benda yang boleh menaikkan bulu-bulu roma kita setiap kali dengar atau alaminya sendiri.


So tak payah la nak rase seram sejuk baca post kali ni unless korang baca tengah malam jumaat dan duduk seorang diri. 


Kisahnya bermula bila aku nak pergi beli keropok dekat kedai. Aku bawak la motor tapi sebab malas nak pakai helmet, so aku pun ikut jalan dalam je lah. Jalan dalam macam biasa la jalan kampung-kampung yang agak kelam dan sempit.


Jalan ni memang biasa orang lalu sebab kalau nak elak kesesakan selalunya orang ikut jalan dalam. Tapi kalau malam-malam jarang sikit lah sebab pemandangan agak seram sikit untuk yang berjalan kaki, naik basikal ataupun motor. Kereta lak sebab jalan ni sempit so muat-muat satu kereta untuk sekali lalu.


Aku tak ingat sangat keseraman jalan ni sampailah aku sendiri lalu sebab time tu takde sapa pun yang guna. Tepi belah kiri sungai kecik, tepi kanan semak samun. Rumah orang pun ada yang kelam-kelam je lampu, ada yang gelap langsung. Korang pernah tengok cerita momok? Yang part orang naik motor lepas tu dia terlanggar something and then kebabom ada hantu dok bertenggek belakang seat motor tu?


Lawak memang lawak cerita tu, tapi kalau kena dekat kita, kena dekat aku malam tadi mahu jugak la kena sampuk. Tapi alhamdulillah semalam punya konsentret bawak motor tak nak langgar apa-apa pun. Dan tengah-tengah dok seram tu, aku belek-belek side mirror kot-kot la ada benda dekat belakang aku.


Balik dari kedai, aku ikut jalan yang sama. Terasa menyesal pulak tak bawak helmet. Nak ikut jalan besar, lagi seram. Kalau eksiden memang sah-sah mati pecah kepala. So, nak tak nak kena jugak la lalu balik jalan yang agak seram tadi. On the way balik, dalam gelap-gelap tu aku ternampak la satu lembaga goyang-goyang. Sebab tengah gelap, aku tak nampak sangat dari jauh. Dalam hati pikir ish takkan hantu awal lagi dah muncul?


Beranikan diri bawak dekat sikit dan terus aku nampak laaa, budak perempuan tengah bergayut dengan hp dia bawah pokok. Hantu betul la, buat apa la bergayut dalam gelap bawah pokok macam tu. Sampai la dekat rumah, aku dok belek-belek lagi dekat motor aku tu, ada apa-apa ke?


Hehe kelakar pun ada, aku bukanlah nak takut sangat dengan makhluk halus tu cuma bila keadaan agak menyeramkan, segala kepercayaan tu hilang tiba-tiba. Tapi lain pulak kalau dekat fakulti. Aku pernah pergi fakulti malam-malam seorang diri nak periksa jadual kalau tak silap. Tapi takde lah nak rasa seram sangat walaupun senior aku dulu termasuk penjaga makmal beritahu malam-malam jangan berkeliaran dekat fakulti takut terserempak Green Lady. Tapi entahlah, 6 tahun aku dekat fakulti, satu pun tak pernah jumpa.


Tu je la post aku kali ni, hehe tak seram pun. Tapi kalau korang ada cerita yang lebih seram, silalah kongsi. Next time aku cerita kisah seram zaman-zaman sekolah, korang pun mesti ada kan??? Jangan pandang belakang, tengok side mirror je hehe

Monday, January 18, 2010

Jangan baca kalau tak sudi

Salam,


Post kali ni aku blur sikit nak tulis. So mana-mana yang aku terlebih feeling tu la akan jadi bahan cerita untuk hari ini. Oh ya, lupakan saja tajuk di atas tu, saja je provokasi kehkehkeh.


Ada juga aku tanya member-member di facebook, tapi takde topik bes la. Nak review game macam saranan sorang member, bukan aku tak nak tapi aku pun takde game baru. Borderland pun yang paling baru aku main. Aku just nak tunggu Dante's inferno release this February on PSP. Tengok gameplay macam God of War. Nak tunggu beli PS3 or Xbox 360, lambat lagi, kerja pun belum.


Okeh aku teringat satu topik. Kalau ex korang jemput ke majlis kahwin adakah korang akan pergi?


Pada aku bergantung kepada keadaan hati. Kalau dah mempunyai kekasih lain, aku rasa oklah. Tapi kalau korang still single dan takde pengganti lagi, kemungkinan untuk tak pergi tu lebih tinggi. Yelah, lebih teruk kalau korang masih sayangkan ex korang, mana mungkin korang akan dapat tengok ex korang dengan orang lain kahwin.


Tapi kalau anda hati kering, so maybe tak terasa. Or kalau anda hipokrit, mungkin korang akan fake kan muka dan pergi je la sebab nak jaga hati ex korang tu. So tepuk dada, tanya hati. Masih terluka dan berbekas? Atau sudah sembuh? Atau korang tak pernah kisah.


Aku? Entahla, tengok masa dan keadaan. Tapi untuk perhubungan yang profesional mungkin aku akan pergi kalaupun hati masih berbekas.


Tu je la post malam ni, tiba-tiba jadi blur pulak nak cerita hape. Hohoho, jumpa lagi next post.

Sunday, January 17, 2010

Adnan sempit - more than comedy

Salam,


Fuh, hari ni penat merempit. Pagi merempit ke OU (One Utama), lepas tu balik semula ke bentong on the same day. Malas nak lepak rumah akak aku dekat shah alam. Tapi aku macam biasa la, pergi mana-mana dekat sekitar KL atau Selangor mesti tak boleh lama-lama. Almaklumlah fesyen wanita-wanita di sini agak menonjol dan terjojol, benjol-benjol dan tergedik-gedik. Uish nak runtuh iman, mujurlah aku ni kira baik, sekali pandang je terus ke hadapan tanpa menoleh kembali, haha.


Abaikan fesyen-fesyen penggugat iman lelaki. Sebut pasal merempit, aku pergi OU pun sebab nak tengok movie. Cerita yang aku target adalah Adnan sempit dan Sherlock Holmes asalnya, tapi memandangkan Sherlock Holmes hanya buka 2 panggung je dan waktunya cukup lambat, so tiket yang paling awal dah pun penuh walaupun time aku beli tiket baru pukul 10 pagi. Waaaaa, takpelah aku beli dvd je la nanti.


Ok, cerita pasal Adnan sempit. Aku tengok dekat Tgv sebab start awal sikit dari Gsc. Tu yang menariknya pergi ke OU sebab ada 2 cinema, so kalau yang satu tu crowded sangat or lambat ke boleh la pergi yang satu lagi. Tapi macam biasa la Gsc penuh macam nak muntah walaupun tiketnya lagi mahal dari Tgv.


Bagi yang dah tengok Adnan sempit mungkin ada yang akan bagi 3 bintang, 4 bintang. Dan aku 4 bintang la kot max. Sebab awal cite agak slow la kelakar dia. Tapi bila lebih kurang 15 minit, jalan cerita dah best. Lawak Sam dah keluar kaw-kaw yang memang femes dgn lawak selamber badak je. Overall memang pecah panggung dengan ketawa, nak tau lebih korang tengok sendiri ok.





Tujuan post kali ni nak sentuh mesej disebalik cerita Adnan sempit dari kaca mat aku sebagai penonton. Buat yang tak pernah bawak motor, yang selalu pandang selebet dengan mat-mat motor macam aku, buat yang tak pernah nak kisah dengan hal-hal manusia bernama mat rempit ni sila la tengok. Moga-moga terbuka hati dan jangan 'sempitkan' minda korang dengan stigma masyarakat mat-mat yang bawak motor ni semua haprak, bawak influence negatif dan macam-macam lagi la label yang boleh ditepek.


Antara adegan yang menarik perhatian apabila si gadis yang kaya ini menganggap semua mat rempit adalah sama. Dan dihujahi oleh si Adnan bukan semua mat rempit adalah sama. Ini diteruskan lagi dengan lawak Along yang menerangkan mat rempit banyak class (ni slot lawak tapi mesejnya orang yang bawak motor bukan semuanya nak merempit).


Dan ada la lagi beberapa adegan yang best pada mata aku yang masyarakat perlu faham dan jangan terlalu prejudis atau terlalu judge the book by its cover. Yang paling best bila si gadis mengatakan Adnan sampah masyarakat dan dibalas Adnan pada suatu hari dengan ayat tajam "Kalau kau dah takde apa-apa nak cakap lagi, aku nak blah. Banyak lagi beg tangan yang aku nak cilok lepas ni".


So tolong la masyarakat di luar sana, tolong la hormat kami si penunggang motosikal kerna kami pun bayar cukai jalan, dan kami pun ada hak di jalan raya. Jangan la kerana motor kami kecil so kamu anggap kami hanya layak di bahu jalan je. Dan tolong la buang stigma lelaki bawak motor ni suka merempit. Aku suka juga bawak laju tapi dekat highway yang lengang ok la. Tapi bukan nak berlumba tapi nak cepat sampai. Yang lain-lain korang fikir la sendiri. Bak kata Along "Kerana nila setitik, rosak susu mat rempit sebelenga".




Old story

Salam,


Untuk post kali ni, aku tulis semula sebuah kisah lama yang pernah aku baca dan pada aku berjaya menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Bagi yang pernah membacanya, silalah baca sekali lagi, dan bagi yang tak pernah baca silalah baca dan buatnya sebagai pengajaran hidup.


Kisah ini bermula dengan sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga. Pada hari tersebut merupakan hari ulangtahun perkahwinan mereka berdua dan mereka merancang untuk melakukan sesuatu yang penuh makna dan berbeza seperti tahun-tahun yang sudah.


Si suami mencadangkan agar mereka berdua menyenaraikan 100 sikap pasangan yang tidak mereka gemari dan akan dibacakan selepas makan malam hari istimewa itu sebagai tanda ingin lebih memahami dan memperbaiki kelemahan diri.


Maka bertungkus lumus la pasangan ini memikirkan apa yang tidak senangi dan tidak suka akan sikap pasangan masing-masing.


Dan pada malam yang dinanti-nantikan,


Selepas mereka menikmati makan malam yang paling romantik mereka pernah alami, si isteri bersuara "Bang, I mulakan dulu ye apa yang kita dah janjikan hari itu?". Dengan sehelai kertas di tangan si isteri terus memulakan karangan nya yang bertajuk "Sikap-sikap abang yang saya tak senangi".


 Si suami hanya tertunduk diam mendengar catatan isteri mengenai sikapnya yang tak disenangi itu. Lebih kurang 10 minit, si suami bertanyakan tak habis lagi ke? Si isteri menjawab "Belum bang, ade lagi 20 nak habis, kejap ye. Lepas ni turn abang pula", sambil tersenyum.


Dekat 30 minit berlalu, si isteri duduk semula menandakan telah habis dibacakan karangan nya. Dia pun berkata "Ok, turn abang". Dan sang suami pun mengeluarkan sekeping kertas dari kocek bajunya dan...


dia hanya terdiam kaku. Si isteri mula pelik melihatkan suaminya yang hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Dia pun bertanya "Bang? Kenapa abang tak mulakan? Adakah ayat-ayat saya tadi terlalu menyinggung perasaan abang?"


Si suami hanya tersenyum dan seraya berkata "Isteriku, di atas kertas putih ini abang lakarkan tanda cinta kita selama ini, seperti mana putih dan bersihnya kertas ini begitulah jua cinta abang kepadamu isteriku"


Tersentak si isteri melihatkan kertas putih itu tidak mengandungi apa-apa tulisan hatta sebuah tajuk yang patut dikarang dan dibacakan pada malam itu. Dan si suami berkata lagi "Abang tidak tahu dan tidak sanggup untuk mencoretkan apa-apa kekuranganmu wahai isteriku, kerana bagiku kamu sudah MELENGKAPI apa yang aku TIADA".


Berjuraian air mata si isteri apabila mengetahui perkara sebenar. Dia tidak menyangka bahawa tujuan suaminya berbuat begitu hanyalah sekadar ingin menguji kasih sayang antara mereka berdua. Sebak di dada makin menjadi-jadi apabila mengenangkan satu ayat pun suaminya tidak menulis inikan pula 100 ayat sambil memandang kertasnya yang berpenamat dengan angka 100.


Sang suami menenangkan isterinya, "Tidak mengapalah sayang, abang tak marah cuma ada sedikit terguris hati mendengarkan ayat-ayatmu yang menusuk kalbu dan tajam bak mata pedang itu. Andainya kamu tahu bahawa cinta lahir dari sepasang hati. Dan ketahuilah cinta kami si lelaki bukan zahirnya di mulut tetapi lebih dari hati kami (perbuatan)".


Dan kepekatan malam itu pun berlalu dengan iringan muzik Kris Dayanti "Mencintaimu" sambil pasangan itu saling memaafkan kertelanjuran sikap masing-masing dan diiringi dengan dansa dan senyuman terukir di wajah mereka.


p.s: Terima pasangan anda seadanya. kita kena ingat, tiada orang yang perfect dan kita hidup saling melengkapi. Tidak ada pasangan yang tak sesuai, hanya kita yang menentukan keserasian itu atau tidak.