Followers

Thursday, March 10, 2011

Review: Hikayat Merong Mahawangsa (U)

"Sampai masa tibanya waktu, 
redup hati kaum berdua, 
bila dua jasad menjadi satu
hidup mati jadi bersama"




Ulasan pendek buat yang malas nak baca ulasan panjang aku. Filem ni menarik, best dan sila lah tengok kalau rasanya korang bukan peminat subjek Sejarah time zaman sekolah dulu. Mungkin ada sedikit perbezaan tapi hampir 80% adalah sama. Lagipun nama pun hikayat, yang diinterpretasi pada tahun 1100. Buat yang terlalu memandang hina filem melayu, silalah tengok. Walaupun ada kekurangan tapi ianya satu karya yang terhebat yang berjaya dilayarkan menjadi sebuah filem kebanggan anak melayu, orang Malaysia. Dan janganlah nak compare sangat dengan filem barat, sebab memang masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh untuk sehebat itu.  Tak rugi beli tiket tengok.


Yang ni part ulasan panjang. Buat yang masih membaca, tahniah. Korang masih ada sentimen untuk tahu kelebihan dan kekurangan filem ini. Tapi sebelum tu, aku nak menyatakan apa yang aku sampaikan dalam ulasan ni adalah dari apa yang aku nampak dan apa yang aku fikir. Mungkin betul mungkin salah, so jangan terlalu serius. Kritikan dan komen hanyalah sebagai pendapat membina untuk diperbaiki di masa hadapan. Sebarang pujian melangit tanpa melihat adalah bodek dan hanya membuta tuli aje. Percayalah dalam mana-mana filem takkan ada filem yang sempurna.


First sekali, sila tahu bajet filem ni dengar-dengarnya lebih kurang RM14 juta, satu nilai yang bukan sedikit. Dan kalau korang sendiri tengok filem ni, korang tahu di mana RM14 juta tu akan pergi. Bajet yang cukup besar untuk sebuah filem di Malaysia namun hanya secebis nilai jika di persada filem dunia. 


Jalan ceritanya menarik, tak bosan sebab ada diselitkan dengan unsur humor yang tidak melampau since ini adalah filem epik. Props, kostum dan para pelakon harus dipuji walau ada sesetengahnya nampak sangat berlakon dan tidak natural. Kostum memang real. Tapi apa yang aku kesalkan di sini adalah pelakon extra yang menjadi lanun dan pahlawan langkasuka agak tidak berisi. Kurus-kurus je semuanya. Patut boleh adakan satu training untuk mantapkan badan, paling tidak otot-otot sedikit kental tanpa perlu  over.


CGI boleh dipuji since ini bukan kali pertama KRU membuat filem menggunakan CGI. Cuma untuk certain babak, CGI ni nampak sedikit kartun dan macam tidak kena. Tapi aku faham dengan bajet yang agak restrain, CGI yang bagus agak mustahil.


Lakonan pelakon-pelakon utama hidup seperti Stephen Rahman, Khir Rahman, Embok (maaf aku lupa nama perempuan ni), dan beberapa pelakon lagi. Cuma ada ketikanya, lakonan Stephen agak kelihatan seperti lakonan theater yang sedikit over. Sebutan melayu Stephen boleh dipuji walau sedikit lambat, tetapi itu sudah memadai dengan ekspresi mukanya.


Babak pertarungan memang menarik, efek kena tikam dan efek berdarah memang nampak real. Cuma yang aku tak berapa berkenan bila babak Merong (Stephen) kena tetak dek kerumunan askar Garuda. Patut kalau kena parang ke pedang ke mesti meniggalkan luka, tapi yang ni macam tak berdarah pun. Tapi bila dah sedar lepas diselamatkan tiba-tiba luka tu jadi makin banyak.


Filem ni memang menarik untuk ditonton, sayangnya durasi masa pada aku agak pendek untuk menceritakan kisah epik sebegini. Mungkin filem akan datang KRU boleh panjangkan lagi, tu pun kalau ade extra bajet la kan? Apa pun tahniah filem ni aku bagi 4 bintang dari 5, walaupun aku banyak komen itu ini tapi pada aku filem ni still menarik untuk ditonton sebab ianya sejarah mengenai Langkasuka, or kerajaan Kedah Tua. Dekat akhir part, agak tersentuh hati aku melihat babak tu dengan kata-kata hikmat di atas. Nak tau part mana? Tengoklah sendiri, aku reveal semua tak best la kan, sekian.

p.s: sayangnya, keris tidak digunakan sebaik-baik namanya.

3 comments:

Puteri Farah said...

woooooooooo KENA tengok!!!

cEro said...

argghh!! geram bace review..aku nk tgk sendirik..tp takde masa sesuai lagik..hahah

~aYeeN & SuE~ said...

ikot citarasa msg2..tp mmg jalan crita x bpe kuat..tp membanggakan sebab ada perubahan dlm industri.

*share ur link in my blog..klu tak ske ckp yepp.