Followers

Tuesday, March 15, 2011

Kamera oh kamera Part 14 (Lens 1)


Buat yang dah ada DSLR, or yang dah mula menjinakkan diri dengan photoshoot modeling or nak ceburkan dalam job wedding, mesti akan tanya benda ni dekat otai-otai photog. Biasa aku tengok dalam forum-forum.

Well macam biasa, aku hanya photog amatur, hobbyist yang mengambil gambar untuk keriangan dan kenangan. So apa yang aku tulis dekat dalam blog ni hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada kebenaran dan mungkin juga salah. Buat yang merasakan ianya info yang salah, tolonglah betulkan. Buat yang rasa ianya membantu, sila lakukan ujikaji dan pemerhatian korang sendiri dan korang akan tahu kebenarannya di mana.

Persoalannya...

Lens apakah yang terbaik untuk portrait? Untuk wedding?

Dan harus diingatkan jawapan aku untuk mereka-mereka yang masih under bajet untuk memiliki lens-lens mahal. Memang mesin hanya mesin, apa yang penting adalah manusia di sebaliknya...namun dengan lens yang lebih hebat dan ilmu yang kita cari, ianya akan menjadi suatu benda yang lebih baik hasilnya. Tak percaya? Sila lakukan ujikaji sendiri.


Adakah standard kit lens itu mencukupi? Ya untuk mereka yang hanya punya body kamera dan sebiji lens (18-55). Tapi kenapa ramai orang dok racun pakai lens ini len itu?

Jawapannya satu je, untuk hasil yang lebih memuaskan penggunaan high end lens memang diperlukan. Tapi tak bermakna kit lens tu useless. Silap tu. Cuba explore betul-betul kenapa mostly kit lens diberi jarak 18-55?

18mm dijatuhkan pada kategori ultra wide angle. Satu kemestian yang perlu ada jika korang hendak memuatkan gambar subjek yang ramai tapi di dalam kawasan yang terhad ruangannya. Dan juga ianya mewujudkan sedikit impak distortion yang mana perlu berhati-hati kerana setiap wide angle lens punyai level distortion yang berbeza. 

Cuba berdiri di jalan yang lurus dan putarkan lens kepada 18mm dan snap gambar. Apa yang korang dapat? Satu benda yang tidak terhasil dengan mata biasa. Itu keistimewaan 18mm pada kit lens.

50mm adalah satu nilai di mana nisbah apa yang kita nampak dengan mata kasar sama dengan apa yang kita dapat di view finder kamera. Ianya dikatakan lebih sesuai untuk portrait sebab tiada distortion. Disebabkan itu, prime lens 50mm amat popular di kalangan peminat portraiture. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah jenis-jenis lens yang ada dalam 50mm. 50mm lens murah takkan sama hasilnya dengan 50mm lens mahal sebab mungkin bokehnya menarik cuma sharpness gambar berbeza pada nilai bukaan F yang sama. So hati-hati dalam invest untuk membeli lens prime. Sebab ramai yang jual balik lens seperti ni selepas mereka tidak faham hasil dan penggunaannya. 


Then ada yang menjawap, tele lens harus ada. Dan ada yang tak setuju, kenapa nak guna lens tele sedangkan kita nak ambil event wedding tu, so nanti gambar jadi mampat. Tapi itu mungkin satu jawapan buat yang tak pernah or jarang guna lens tele dalam mengambil portrait. So jangan terkejut kalau ada photog guna lens 70-200 or 70-300 dalam ambil gambar wedding. Even aku sendiri guna Sigma 70-300 dalam ambil gambar portrait yang pada aku untuk curi moment candid dan kegembiraan yang lebih natural dari senyuman yang dibuat-buat.


Ada lak yang akan menyampuk. Prime lens la yang terbaik. 35mm, 50mm dan 85mm antara yang menjadi pilihan. Dan 85mm bukanlah yang termurah, tapi hasilnya memang mengkagumkan. Cuma satu masalah dengan prime adalah tiada multi zoom yang menyukarkan kita, dan terpaksa bergerak ke depan ke belakang yang mana bukanlah satu pilihan yang terbaik dalam event wedding.

So persoalanya yang kedua timbul, lens yang mana satu? Mana satu yang terbaik?

Sila ikuti bahagian kedua...

7 comments:

Fendi said...

Ya bro...tertunggu entry seterusnyer!!

Shukjessa said...

hehe tungguuuu~~

cEro said...

terbaik arr shuk, banyak aku belajar sini...

Shukjessa said...

sekadar berkongsi apa yang aku tahu

Nem0 o0h Nem0 said...

dah bc tp pening..hehe
act sy pkai nikon d3000,ape lens yg sesuai ye?

Shukjessa said...

nemo: lens yang sesuai terletak pada bajet, dan kesesuaian kita sendiri sebenarnya.

contoh, ada orang hanya mampu untuk guna kit lens aje dulu. so fahami betol2 apa yang ada dalam kit lens tersebut.

or jika hendakkan lens zoom tele, tapi dalam mase yg same nakkan juga wide angle, boleh try kaji 18-105 VR or 18-200 VR. Cuma rege 18-200VR bukan dalam kategori bajet. New one cost around rm3k. Used one around RM2k. Lens sebegini adalah all rounder, sebab hanya sebiji lens tanpa perlu tukar.

prime, wide, tele masing-masing punyai kelebihan dan kekurangannya. so tanya diri lens yg mcmne yang kite nak? lens multi zoom? lens skodeng (tele)? or prime (focal length tetap). Yang bezanya adalah bukaan aperture, F itu.

Tapi percayalah, kalo ada formula tersendiri, kit lens pun boleh menghasilkan gambar yang lawa, cuma kena usaha sikit lah. Sila baca part 2 =)

Syamimi Azmi said...

assalamualaikum. tersangat agree pasal lens tele. saya pun suka guna lens tu rather than kit @ prime lens. cuma satu masalah yg jelas nyata pd pandangan saya mungkin shake lah kot. gmbar susah nak dpt yg betui2 sharrp. apa2 pon bukan lens @ kamera yg penting org di elakang kamera tu sendiri. (^_^)V