Followers

Monday, March 21, 2011

Anti public transport

Antara banyak-banyak public transport, paling aku tak suka naik:

1. Teksi

2. Komuter

3. Bas lompat-lompat.


Seperti yang sedia maklum, teksi ni susah sangat nak cari yang betul-betul jujur. Kalau dapat tu, sila ucapkan terima kasih kepada pemandunya, dan kalau boleh jadikan pemandu teksi yang kerap digunakan.

Tapi kalau dapat pemandu yang macam taik, suka menipu je lebih. Toksah la, better naik bas je. 

Dari pengalaman aku 90% pemandu teksi yang aku jumpa semua kaki kencing (tipu). Kaki haprak, samseng, baran dan juga segala macam perangai yang takde disiplin. Ini based one pengalaman aku lah, so aku tak kate semua pemandu teksi tu haprak tapi peratusan yang aku jumpa sangatlah tinggi yang membolehkan aku kata mostly pemandu teksi suka menipu.

Pengalaman aku  biasanya terkena pada tambang. Dulu pernah aku naik teksi kelisa (hanya di Shah Alam) sorang brader ni. Ex aku cakap tambang dia murah. So one day aku naik gi KLIA, sampai sane aku tanyalah berapa. Dia boleh tanya aku "kawan cakap berapa?". Aku cakaplah RM50, then dia kata RM50 lah, walhal aku tengok meter baru RM30+. Baru tersedar dia menipu, aku malas nak gaduh, aku cakap dalam hati "ko nak tipu aku? Silakan, ko makan duit anak yatim, carilah aku dekat akhirat nanti".

Yang ni apa malang tah aku dapat serumah lak dengan pemandu teksi. Memang kaki merapu, kaki kencing dan segala macam hal. Duit sewa lambat bayar, kerja malas, malam-malam buat hal sampai aku pernah sound dia. Last-last dia blah gitu je, suruh kitorang yang kemaskan bilik dia, WTF!!!!

Oklah, enough about taxi driver, kalo nak cerita lagi, memang akan jadi 2 episod nanti.

Beralih kepada komuter.

Ini aku rasa buat student UiTM Shah Alam memang satu nitemare la kalo balik dari cuti, balik lak hari Ahad petang. Memang maut la kalo naik komuter ni. Padat dia memang first class dalam Malaysia. Pelik tu, sejak dari zaman Pak Lah sampai lah ke Najib, yang aku nampak penambah baikan hanyalah coach wanita. Pulak tu, dia just ambil coach asal jadikan restriction zone. Walhal kadar penumpang yang makin tinggi akan menyesakkan keadaan komuter macam lubang kubur. Tambah lak dengan pelbagai jenis bau, jenis perangai dan jenis spesis. Memang trauma la, tapi sebab ni je transport yang paling panjang perjalanan dan paling senang, kebanyakan orang reda je la. Baik? Apa yang baik kalo senggat masanya bayi baru lahir dah boleh berlari. 

Nak kata rail banyak sangat guna dek keretapi, takdelah kerap mana pun. Habis tu kenapalah bongok sangat buat coachnya sikit, dah lak tu lambat. Of coz la kalo tempat macam KL Sentral tu dalam 5 minit je dah penuh orang. Nama pon centre of KL, ada akai kaa??? So bayangkan 30 minit, orang banyak mana. 

Then tolonglah upgradekan mesin kad tu. Ada tu aku tengok dah usang gila dah sampaikan touch & go pon dah tak boleh nak berfungsi. Apa sengkek benar KTM nih? Tak laku sangat ke komuter? Kalo berpuluh ribu orang dok guna sehari?

Yang ni kire ok la antara tiga. Tapi paling worst untuk sesetengah tempat terutama time-time kritikal. Matlamat pemandunya? Selagi boleh masuk, selagi tu boleh buat duit. Ko nak tersepit ke, ko nak terbungkang ke dekat belakang tu, aku tak masuk campur. 

Ni la realiti bas lompat-lompat.

Still kalo bebudak UiTM Shah Alam pasti tahu macamne hell nya naik bas dari KL nak balik ke Shah Alam. Aku rasa zaman aku belajar dulu lagi ok, sebab kalo berebut cane pon, still ada ruangan la. Sekarang ni aku rasa, selagi tak padat selagi tu bas tak jalan. Dengan beban beg yang berkilo-kilo, tambah-tambah lak kalo time lepas cuti ade test, so nota angkut. Then balik semula, dengan kiriman dari kampung lagi, hehehe memang hell gila. Tambah lagi dengan federal highway yang jam, membuatkan satu jam perjalanan yang cukup perit. Kalo duduk oklah, kalo berdiri?

Aku pernah naik bas lompat tapi time ni balik kampung cuti raya. Bas air cond rosak. Tingkap memang tak boleh buka la, sebab supposedly bas tu ber air cond tetibe rosak. So bayangkan dengan padat orang-orang yang berpuasa, dengan jalan yang agak jam, naik bukit, slow, angin pon tak masuk. Last-last buka shaft emergency dekat atas untuk bagi udara sejuk masuk. Time tu rasa kalo tak kuat iman memang buka pose dah.

So kalo orang tanye, public transport, carilah alternatif yang ada dekat malaysia nih. Sebab mentaliti orang Malaysia masih tak berubah. Ada yang terlalu mengejar untung je, ada yang ingat dia raja jalan so boleh bawa teksi ikut suka, ada yang memang tak makan saman. 


4 comments:

Anonymous said...

sy tk suka naik public transport.dr naik bas ke ktm ke lrt ke,sy lagi rela naik teksi..hee

AlifMimYaNun FaDhodLamAlifNun said...

Salam Ahad.

Bro, Terkejut Gak Aku Bro, Dengan Bro Punye % Estimation Figure Tu, Sampai 90%!

Kalo Ikut Aku Punye Estimation Figure, Actually Tak SeBanyak Tu, Takat 20% - 30% Je.

Kalo Yg Jenih Request Extra Fare Sket2 Tu, Takat Extra Average Biasanya +- Dalam RM5 - RM15 Tu Bagi Aku, Not A Big Issue, Biasa Je Bagi Aku.

Tak Semua Bro. Cam Aku, Kalo Aku Naik Cab, Lazimnya Aku Kan Bayau Extra Punye Dari Jumlah Meter Tu (Random, Kdg Aku Bayau Extra Pai Double/Triple Dari Meter Taxi Tu Pun Ada). Atau Kalo Sbl Naik Tu Diorang Dah Letak Fix Rate Yang Mmg Lebih Mahal, Atau Jauh Lebih Mahal (Kdg Pai Double Or Even Triple) Dari Ikut Meter Pun, Aku Jalan Naik Ja, No Problem Bro.

Bukannye Aku Ni Jenih Orang BerDuit, Kerja Biasa2 Je X Kaya Mana Pun, Dan Bukan Juga Aku Bagitau Ni Aku Nak 'Masyuk Bakul Angkat Sendri' (Puji Dri Sendri), Tapi, Kalo Bro Jenih Orang Yang BerPengeTahuan Ttg Flow Operasi PengAngkutan Awam (Khususnya Teksi) Di Lembah Klang Ni TerUtamanya, Dan Segala Macam PerMainan Politik Dan Aktiviti 'MemBuli', 'MengePau' Dan Menindas Golongan PeKerja Cab Driver Di Klang Valley Khususnya Oleh Pihak2 BerKuasa Yg BerKenaan, Nescaya Bro Takdelah Kisah Sgt Kalo Bro/Pak Supir Teksi Tu Request Extra Fare Charges.

Lain Lah..... Kalo Dah Mmg Resmi Diri, Jenih Genetik 'BerKira', Maka X Leh Buat Apa-Apa Lah.

Tapi Yg Anehnya, Selalu Bila Aku Naik Cab Yg Supirnye Sbl Tu Request Extra Fares, Dan Bila Aku Dh Tiba Ke Lokasi DiTuju, SeringKali Bro/Pak Supir Tu Cancel Blek Extra Charge Dia tu, Bahkan Kdg Tu Ada Yg Siap Kasi Less Lagi Dari Exact Total Fares Shown On Taxi Meter. SEBAB UTAMAnya 1 Je, Aku Kalo Naik Teksi X Pernah Duk Seat Belakang, [*Always Choose To Seat At Front Seat Sebelah Bro/Pak Supir]. Dan Aku Ni Jenih Layan Sembang Dgn Bro/Pak Supir, X Kisah La Sembang Pasai Apa2 Story Sekalipun. Lain Lah Kalo Bro/Pak Supir Tu Sendri Yg Tak Kasi Aku Duk Depan, Suruh Aku Duk Belakang.

Bro Kalo Nak Tau Segala Macam Unseen/Hidden PerMainan Politik Dan Segala Silence Oppresion Terhadap Supir Teksi Ni, Bro Bleh Gie Intvw Sama Brader Joy http://joyiman.blogspot.com/ .

Walloohu'alam...

Salam SePanjang Abad.

Admin said...

salam Bro,mungkin Bro kurang mengunakan perkhidmatan awam,sebab itu bro tidak mengatauhi tambang teksi ke KLIA.

Tambang yg di kenakan Memang berpatutan,cuma lebih rm2 sahaja dari yg sepatutnya.

Meter rm30 ditambah dengan tol,dan lain-lain exstra ke KLIA sebenarnya itulah harga tambangnya.

Dan pemandu bukan menipu kerana BRO sendiri yg meletakan harga tambangnya.

Shukjessa said...

tak menipu ke kalo gune meter tapi then tanye lak berapa harga yang kawan kita beritahu?

tu dah kire menipu la tu. aku paham kalo limo cas die sekian2, tu dah fix kita tak boleh nak cakap ape.

ni dah terbentang camtu, still nak tipu extra rm20? even kalo cas lebih rm2 pon untuk sebab2 yg tak masuk akal, benda tetap haram, cuma biasanya orang malaysia ni bermurah hati untuk tidak ambil pusing.

cuba fikirkan, kalolah orang tu tak halalkan rm2 tu... haramkan? berdosakan? sendiri mau ingatlah kalo mau cari rezeki yg halal. rezeki Allah yg bagi, kalo kufur dapat rm1000 sehari pon takkan pernah rasa cukup, kalo bersyukur, dapat rm10 pon alhamdulillah