Followers

Monday, November 8, 2010

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima


Pernah dengarkan ayat di atas?

"...tangan yang  memberi lebih baik dari yang menerima..." sebuah lagu klasik yang aku tak ingat nama penyanyinya.

Tapi itulah realitinya, walau nampak pahit nampak macam pelik, tapi itulah yang sebaik-baiknya.

Bagi aku, ayat tersebut ada macam-macam makna, tapi yang jelas maksudnya adalah satu, once kita membei sesuatu, jangan diungkit atau disesali atas pemberian itu. Tak kisahlah kita beri apa pun, wang ringgit? barang kesayangan? masa? tenaga? mahupun kasih sayang...

Konsep diri aku mudah je, aku jarang nak kedekut apa-apa yang aku miliki. Tapi dalam banyak-banyak benda, yang aku agak kedekut adalah makanan dan kekasih. 2 ni je yang pada aku, aku susah nak kongsi dengan orang ramai hatta member-member.

Makanan, tak suka kongsi dari segi, aku tak berapa berkenan sangat bila orang nak tumpang makan sekali dengan makanan aku. Kalau yang jenis paham bahasa tu mungkin lah setakat ambil rasa je, tapi buat yang shilake sikit memang akan makan lak bahagian orang lain. So,biasanya kalau aku beli makanan lepak rumah member, aku beli lebih. Dengan tu, takdelah istilah pau-pau orang lain sebab dapat makan dengan asyiknya.

Kekasih? Of coz la kan, siapa yang boleh kongsi-kongsi kasih tu agak tak normal la ikut dari segi apa yang dia kongsikan.

Sebut pasal kekasih ni, tiba-tiba terkenang dolu-dolu punya kisah. Bukan nak mengungkit, tapi sekadar bercerita. 

Aku ni jenis yang orang nak pinjam, "ok no hal je". Tak kisahla apa barang pun. So nak dijadikan cerita si X ni bukanlah tidak mampu, mampu cuma ada sedikit masalah dari satu segi. Aku faham keadaanya so bila-bila dia nak pinjam any barang, biasanya aku akan bagi pinjam. Sebab dah berkasih kan, kadang-kadang janji pinjam 3-4 hari je, tapi last-last 2-3 minggu. Takkan nak berkira ye tak?

Walaupun orang kata aku sombong dan nampak macam kedekut, tapi realitinya siapa yang jadi kekasih or rapat dengan aku memang akan merasa la pinjam barang-barang yang aku ada. Bukan nak berlagak tapi nature aku begitu. Tak salah bagi pinjam kalau orang tu pandai jaga barang. Dia dapat guna, aku dapat pahala. 

So by time, dari sekecik-kecik barang sampailah sebesar-besar barang yang aku ada hampir semuanya dia dah merasa pinjam. Kadang-kadang dia tak minta pun tapi aku yang offer sebab kesian. Sebut jelah apa benda yang korang ada, kadang-kadang aku bagi terus dan aku lupa nak minta balik. Menyesal? Tahlah, aku redha je. Kalau dia ingat dia nak pulang aku ambil, tapi nak minta tidaklah. Aku takdelah desperate sangat hanya kerana putus kasih semua barang aku, aku nak balik.

Kadang-kadang orang pelik gak sebab masa first aku guna, dengan aku lepas tu tiba-tiba benda tu takde dah.   Aku pun kadang-kadang tak tahu nak jawap apa. So aku harap, paling tidak dia tidaklah buang benda tu kalau barang tu masih elok. Kot ye pon dah ada teman tapi mesra yang baru, guna je lah barang tu selagi elok. Aku tak harap dapat balik, dan aku tak harap ianya dibuang hanya kerana pemilik asalnya adalah aku. Kalau rasa-rasa taknak, bagi la dekat insan yang lebih memerlukan.

Aku tahu barang aku bagi tu takdelah sehebat barang yang dia boleh miliki sekarang, sebab dia dah bekerja dah ada duit sendiri. Tapi paling tidak hargailah pemberian orang walaupun ianya hanya sebatang pengacau minuman je pun. Kenanglah ianya kerana jasanya paling tidak kalau tidak mahu kenang jasa tuannya. Sebab dulu-dulu barang tu jugalah yang membantu meringankan hidup dia sepanjang bergelut menghadapi zaman yang digelar 'mahasiswa/mahasiswi'.


Biarlah hati aku yang hancur tapi tidak barang-barang yang aku pernah beri itu. Kalau dah tiba masanya, buanglah tapi kalau masih berfungsi gunalah sebaik-baiknya.

Aku tak pernah mengharapkan apa-apa dah dari dia, tidak sekalipun balasan semula. Walaupun kadang-kadang aku berharap dapat terima sedikit sumbangan kasih seorang kawan, tapi aku tak rasa itu pun sampai, maka aku tak berharap apa-apa dah. Janji hanya janji manusia, manis dimulut dihati tidak.

Kadang-kadang aku naik segan nak meminta simpati begitu, terasa sangat teruk, tapi itulah realitinya suara lelaki bukanlah di mulut tapi di hati, rintihan mereka orang tak nak dengar pun. Kalau mereka merintih pun, orang meluat so lebih baik senyap. Dan hanya hati yang berbicara tapi tiada siapa yang mahu faham.

p.s: malam ni hati aku terasa seperti dicarik-carik bila layan kenangan yang lalu. hati mula membenci bila janji tidak ditepati...

2 comments:

Mat Sentap said...

babe..putus cinta kah???hik hik..

cEro said...

biasa laa tu shuk..
perempuan merungut semua nk dengar...
laki merungut katanya berkira...

dunia dunia, bila dh kering, pasti akan luruh..