Followers

Tuesday, November 9, 2010

Filem melayu coming soon

Hari ni layan filem Takers. Tak sehebat yang aku sangkakan, dan agak dramatik sedikit la jalan ceritanya. Ada part yang agak bosan sampai aku tertido. So overall hanya lepas 3/5 je la. Kalau tahu, baik aku tengok Unstoppable je tadi.  Tengok trailer macam menarik.

Well apa pun, hari ni rabak rm60 beli tali gitar baru. Tapi takpelah, sebab jenama baik, so aku rasa bertahan la lagi setahun baru aku tukar baru kot. Aku ambil yang paling keras pun. Sayangnya gitar tuner yang aku nak beli tu dah habis stock lak. Haish, nak beli capo over bajet lak. Straps pun kena tunda pembeliannya.

Tapi yang pasti, tadi aku dah bayar duit baju yang aku order online. 2 helai bersama 3 keping sticker RIB (Reign In Black). Nanti dah dapat, aku postkan dekat blog kasi korang jeles dan teruja nak beli (wahahah macam la korang nak pun).

Dan hari ni macam baru lepas setahun puasa sebab dapat beli Cinnabon. Peh, lazat sungguh! Last time aku makan masa aku diploma. Mula-mula bau macam tak best. Tapi bila dah makan best la pulak. Tapi sebab awek yang beli, segan nak minta banyak-banyak.

18 November tak lama je lagi. Tapi yang pasti 18 November tu insyaAllah aku akan berada di kampung beraya sana. Kesian la pula mak aku, dah pesan lemang 2 batang, siap nak masak rendang, aku tak balik macam sadis la plak. Takpelah, berkorban lah demi keluarga. Cerita Harry Potter tu nanti boleh tengok, apa susah.

Sebut pasal filem lak, nanti ada banyak lagi filem melayu nak keluar. Kebanyakkannya based on horror movie. Ada yang horror + comedy, ada kisah hidup dan ada horror semata-mata. Semalam aku dok layan trailer filem Hantu Kak Limah balik ke rumah arahan Mamat Khalid. Lawak gak sebab cerita ni sambungan dari kisah Zombie Kampung Pisang dulu. Lepas tu ada filem Ngangkung, still horror + comedy under Metrowealth.





Ada gak filem Aku masih Dara, Aku tak bodoh, dan filem seram pertama Syamsul Yusof Khurafat, Perjanjian Syaitan.






Dan yang ni filem pendek yang orang suka-suka je olah dia punya suara, macam gampang, tapi lawak. Tak caya sila tengok dan dengar...Namanya Santan, Jangan sampai basi.





4 comments:

cEro said...

DUA ALAM mana??
DUA ALAM????

hahahaha

Shukjessa said...

haha 2 alam dah nearby sgt, malas nak promote dah. rase2 nak tengok sila. aku nak tengok bila dah tengok harry potter

BLADE EDGE said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

sblm ni baru berangan nk tgk filem Takers..ye ke xbest??

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

Shukjessa said...

salam, trimas sbb blogwalking.

dia cenggini la, dari segi aksi mmg best cuma dari segi jalan cerita ada part yang best, dan ada yg tak best.

dan endingnya dramatik sedikit, so tidak seperti kisah2 aksi seperti sebelum ni.

overall hanya 3/5. apa pun ini hanya pandangan peribadi aje. esok dah start cerita baru, so kalo nak tengok, sila tengok. kalo tak, baik tengok unstoppable je hehe