Followers

Thursday, November 11, 2010

Cherating oh! part 2

Makan malam, yeahh~! Perut dah berbunyi-bunyi dah.


Lepas maghrib kitorang keluar dari hotel. Kelihatan lobi hotel cerah dilimpahi lampu pelbagai bentuk dan warna nak nampakkan keglamourannya. Tatkala ni orang masih di dalam bilik sebab hujan masih renyai-renyai.


Nak keluar pun sikit punya masalah sebab jalan tu kira highway gak, so kenderaan laju-laju termasuklah lori. Dengan lampu jalan yang hidup segan mati tak mahu, tak membantu sangat pun. Dan sebab kitorang tak pernah makan dekat mana-mana kedai, so main bantai je la berhenti. Kebetulan ternampak sebuah kedai ni. Hijau dari jauh, pandai gak diorang guna strategi lampu. Sebab selang beberapa minit lepas kitorang sampai, berduyun-duyun orang mari.

Then, benda yang tak best berlaku.


Si gadis cantik bertudung, berbaju polo ketat dan seluar jeans ketat datang menyapa kami. Sayangnya muka dia masam. Tanya nak order apa pun macam nak tak nak je. Bila tanya pasal ikan bakar pun sama. Macam tak rela kerja jadi pelayan kedai makan. Mak aku dah tak berkenan dah. Dia agak pantang sikit kalau servis muka masam mencuka seolah-olah kami datang nak makan free.


Secara overall, kedai makan tu 'boleh lah' pada aku. Tapi kalau ikut tafsiran akak aku, bila aku kata boleh lah maknanya tak best. Tak nak la cakap tak best, boleh la tu ok la juga. Bolehlah telan dan tak muntah balik cuma takde la best sangat pun. Tomyamnya sangat kedekut isi, banyak bawang dengan serai je. Untuk makan bertiga pun takde gaya. Rasa? Akak aku masak lagi sedap. Masak cendawan pun sama. Cendawannya satu jenis je, sikit dan begitu-begitu je la. So abaikan je la pasal masakan. The only picture aku ambil malam tu, hanyalah lai chee kang abang ipar aku. Ikan bakar pun tak sempat ambil sebab dalam semuanya, ikan bakar je la penyelamat tekak. Sayangnya, tukang bakar hanya sorang. So bayangkan la orang yang datang lepas kitorang pukul berapa entah siapnya.

Balik dari makan, aku ingat nak ambil gambar pantai malam hari. Tapi keadaan terlalu gelap dan hujan makin lebat. So batalkan je la niat tu. Naik atas katil sambung edit gambar. Sedar-sedar dah tengah malam, time to sleep.


Esok pagi-pagi aku bangun. Lepas solat subuh, aku jenguk sliding door. Gelap, hari hujan lagi. Menambahkan lagi kekecewaan aku untuk ambil gambar matahari naik. Mak aku dah menyindir, tidur lagi baik. Tapi aku tak patah semangat. Jalan jauh-jauh kalau nak tidur je, baik duduk rumah kan?


So bila dah terang sikit, aku nekad juga keluar ambil gambar. Apa yang ada ambil je, paling tidak pergi Cherating aku sempat ambil gambar dan merasa main air laut. Hujan masih renyai-renyai. Orang ada la beberapa ketul je yang berjalan-jalan ambil udara pagi. 


Pandang sana, pandang sini, snap kamera. Tah apa-apa aku ambil pun tak tahu la. Nak ambil candid, lensa aku pendek. Nak ambil landscape, takde apa yang menarik, dengan cuaca kusam. Last-last aku ambil je la gambar ombak mana yang ada. Main pasir, korek-korek. Teringat lak kalau buat sandcastle mesti lawa. Tapi sebab aku keluar dengan kamera je, so celah mana pun nak main sandcastle.


Sedar-sedar akak aku call, panggil breakfast. So pagi tu kitorang sekali lagi breakfast tepi pantai. Best gila, dengan angin yang mendayu-dayu, cuaca lak mendung, makan dengan aman sekali. Siap makan, aktiviti pantai. Anak sedara aku bukan main hepi dapat berlari-lari atas pasir pantai. Nak main air takut, sebab ada ombak.


Habis aktiviti pantai, balik ke bilik, bersiap-siap untuk check out lak. Sebab destinasi lepas ni ke Kemaman. Sebelum check out aku pulangkan balik borang soal selidik dengan komen yang power. Dan destinasi diteruskan dengan aku masih lagi lead jalan walaupun aku dah tak berapa nak ingat.


Tapi sebab kenangan manis manusia susah nak lupa, aku masih ingat la tempat nak dituju tu ada landmarknya. So dengan magiknya aku dapat jumpa balik kedai keropok yang aku pernah singgah suatu masa dulu 10 tahun yang sudah. 


Kalau dah singgah kedai keropok, apa lagi borong la kan. Tapi sebab tak jumpa orang jual sata, kena la meronda lak kampung situ. Ada orang jual cuma disebabkan kitorang keluar awal sangat, orang baru nak hidupkan bara pun.

Siap beli keropok, sos, dengan kuih, kitorang bertolak balik ke bentong. Banyak gak la aku stop sebab mengantuk, kes breakfast tu heavy sangat (2 nasi lemak campo 2 roti canai). Penat memang penat drive, sebab aku jarang drive destinasi jauh-jauh ni, tapi kenangan manis tu yang seronoknya. Wish could go there again~!



5 comments:

Aliesya♥Amani said...

gmbr pantai tue cantik...



cewah!!!!
dah pandai bt love2 plak hah kt pasir...kahkahah

Shukjessa said...

semua gambar kene edit sebab kalo ikut warna asal, langit tu warna pucat gila. tak mnarik

tulisan love tu nak amek yg kene washed up dgn air laut tapi tuils jauh sgt, so tak kena air pun haha

SyafiQ Bleszynski said...

huiii..dasat la artwork ko..haha
cantek sume gambar.. sangat style laa bro!!! KEMAS!!! LIKE!!!

Shukjessa said...

biase je, aku masih newbie haha

SyafiQ Bleszynski said...

elehh..memalu kuching plak..haha!