Followers

Monday, November 22, 2010

Review; 2 Alam



First of all, ingin aku katakan "ini filem pengajaran ke filem muzikal?". 


Then, ingin aku katakan "Filem ni tak cukup roll ke? Banyak sangat ulang babak yang sama (kes nak rewind la konon-kononnya).


Dan inilah review aku tentang filem 2 alam ni.


Beep~~ Beep~~ Mesej-mesej dari member-member tatkala aku menulis status di FB aku tentang melihat filem ni. "Oi, takyah tengok la membazir je". Ye aku tahu memang agak membazir bila dah terang-terang member dok sumpah seranah filem ni. Tapi apa yang membuatkan aku ingin teruskan jua melihat kerana penerbitnya dah canang satu Malaysia, filemnya layak mendapat RM40 juta. Is it?


Permulaan cerita, "Wah, cantik cinematografi, pandai dia ambil angle suma bagai. Lagu pun sedap. Menarik-menarik. Tapi dan la 5 minit, tiba-tiba jadi kelam, dan keluarlah tulisan-tulisan yang silih berganti sedikit demi sedikit selama lebih kurang 10 minit, bunyi ayat-ayat mengingatkan dalam terjemahan Islamik. Dan muzik mengiringi babak pertama. Best!


Then setiap apa yang berlaku di masa nyata akan diselang seli dengan rewind ke zaman lampau. Muzik masih dimainkan sepanjang babak. Tanda-tanda bosan sudah datang, "eh muzik tu tak boleh tutup ke?".


Oklah straight to the point, malas nak ceritakan ceritanya, korang nak tahu sila tengok sendiri. Apa yang aku nak highlightkan di sini adalah kekuatan dan kelemahan filem ni. Yang pertama-tama sekali, muzik. Muziknya memang best, tapi 99% dari keseluruhan filem ada background muzik. Pada aku sedikit-sedikit tu ok la, yang selebihnya biarlah bunyi natural environment. Then dialog or skrip. Siapa yang buat skrip dalam filem ni memang heaven la, sebab antara babak ke babak lain boleh kira je berapa banyak je dialog yang keluar dari mulut-mulut pelakon. Kalau panggil aku jadi pelakon jadi ustaz pun boleh ganti Aaron Aziz.


Ketiga, filem ni filem pengajaran bukan filem hantu. So elemen sound effect tu agak janggal bagi filem pengajaran. Ada bunyi-bunyi seram tapi takde pape pon. Sampai part mandi jenazah pun air yang jatuh dari lantai pun nak effect melampau, macam seram jee. Then, banyak yang perlu diambil kira dan difikirkan semasa sesi editing mahupun semasa proses rakaman. Watak ustaz tapi yang mandinya orang lain. Watak si pons yang terlampau seksi setiap masa, perlu ke begitu? Agak terlebih-lebih sampaikan saat depression pun masih nak pakai seksi dan warna garang. Pencahayaan yang kurang  teliti, babak kena rogol / liwat di tengah-tengah hutan tapi cahaya macam ada lampu spot light. Agak-agak la kekuatan tu takdela nampak sangat cahaya lampu. Babak kena rogol, tetapi si penjenayah tersebut or sengaja menyebut "Ya Allah" time nak merogol? Babak rogol, penjenayah kata sedap sangat dapat 'main'. Persoalannya kalau pun si pons dah buang alat kelamin dan ganti yang palsu, ia takkan sama dengan yang original. Sebab yang ori ada muscle di sekeliling, itu yang dikatakan nikmat.


Still, dah kena rogol boleh balik rumah sedangkan kena rogol tah di mana-mana dengan beg duitnya takde. Masih lagi scene rogol, tak gaya rogol pun. Kesilapan sebab pakaian minah tu awal-awal dah seksi, so nak nampakkan kena rogol pun takde gaya langsung. Bf balik dengan kereta peronda polis, tapi mangsa rogol boleh balik sendiri tanpa kasut? Pelik.


Babak kahwin di London. Tak tahu lak aku dekat London ada pokok kelapa. Memang tak nampak jelas, tapi pokok yang kurus batangnya dan tinggi, dekat atas baru ada daun melambai-lambai ala-ala pokok kelapa , pokok apa lak tu. Nak kata tepi pantai, London bukan tengah-tengah England?


Scene paling tak logik, usung jenazah. Kejap macam berat sangat, kejap-kejap macam ringan sangat. Time solat waktu tengahari, then time nak usung jenazah ke kubur jadi malam. Terpikir jauh betul masjid ke kubur, dari tengahari sampai ke malam tak sampai-sampai. Silapnya masa shoot time solat tu diorang terambil sekali jam masjid yang ada banyak waktu, aku terperasan angka 11.45. Dan dalam waktu solat, takde yang jatuh pada 11.45 pagi.


Mungkin ada lagi yang aku terlepas pandang, tapi cukuplah. Yang paling aku annoying sekali aku ulang, background muzik yang tak henti-henti nak main walaupun time tu watak-watak tengah bercakap. 


Kekuatan filem ni mungkin dari segi cinematografi yang agak berkesan dan lawa gak la. Dan satu lagi mungkin pengajaran yang ingin disampaikan, TAPI ianya lebih kepada masyarakat Islam itu sendiri sebab ianya takkan berkesan kepada non muslim. Sebab ayat-ayat terakhir tu adalah bacaan talkin kepada si mati. 


So adakah berbaloi untuk melihat? Terus terang aku pergi melihat sebab nak tau sejauh mana cakap orang yang terlampau yakin ni. Kalau best, aku review best. Tapi kalau tak best, aku bagi yang tak best gak la. RM40 juta boleh dapat ke? Kalau ikut bilangan tadi, RM2 juta pun sakit tu nak kumpul.


Untuk penerbit, pengarah dan penulis skrip filem 2 alam ni, aku syorkan lebih banyak tengok filem-filem hebat yang berjaya sebelum keluarkan filem sendiri. 2.5 bintang dari 5, boleh laa~~ 

12 comments:

Mah@mahu said...

aku dah tahu cite ni so memang propa untuk menarik minat penonton jer sebab tu strategi dia org... biasa lah org buat filem nak buat filem gak..

Shukjessa said...

hehe tak mustahil sebenarnya, tapi dia ni taste mcm tak berapa sgt. so filem tu lebih mcm syok sendiri je la.

terlalu byk kelemahan, lagi lemah dari jgn pandang belakang, so camna nak tembus 8 angka kalau 7 angka pun semput

hans said...

hahahaha
memang aku xkan tgok
kehkehkeh
thanks 4 review
aku suka review ko dari mula2 1st entry pasal review film lagi
antara banyak2 review
film nih ko review yang sangat banyak kritikan
jadi aku xdapat nak jadi antara penyumbang 40 juta tu
hahaha

P/S : Review Film : Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Menarik Walaupun Agak Berat

Amir Auxin said...

thnx 4 the review!
aha tp kesian la jugak en, dR. rozmey tu kna kutuk kaw2. padahal niat dia nak buat ramai org curious ttg citer tu and membuatkan diorg pergi tgk.

malangnya, biasalah org melayu. bila ada yang tak senang nak tgk orang berjaya, diorang kutuk. isk

i think kalo dR. Rozmey tu tak syok sendiri nak kuar paper hari2 and nak muncul dlm poster muvi tu sendiri, maybe segala kutukan dia dapat tu tak la kaw2 yedak?

Shukjessa said...

mmg tak fair bila orang kutuk tanpa menilai sendiri ceritanya.

TAPI...

pengguna ada hak. apa yang beliau bebelkan adalah filem yang hebat, so orang menjangkakan ianya hebat. namun kalau karya tidak hebat, siapa yang hendak tengok?

kita tak boleh nak banding "ala filem komedi pun boleh dapat sekian-sekian juta". tengok genre la, lain genre lain peminatnya, cara penerimaan pun lain.

silap beliau sendiri yang terlalu yakin. jika dia low profile or paling tidak "saya yakin filem ni boleh pergi jauh" tanpa menyebut sebarang angka, orang takde la menyampah sangat. jual ubat lain dengan pemasaran filem. Beliau sendiri kena kaji bentuk penerimaan filem di malaysia ni cane. So kalau nak buat syok sendiri punya filem, terimalah hasilnya.

Dan silapnya sebab filem tu 18+, so sendiri mau ingatlah, budak2 under 18 of coz tak boleh tengok, securious mana pun mereka.

Tambahan lak dengan mentaliti orang malaysia "alah filem camtu, beli pirated je, tak pun tunggu orang download".

tapi realitinya, beliau perlu mengkaji semula kalau nak bikin filem pengajaran, ia susah nak bikin duit or dlm erti kata lain nak dapat rm40 juta. Pernah dengar ke filem2 pengajaran lepas angka rm10 juta pun?

Seorang member memberitahu, filem ni tak lebih dari drama pengajaran seperti liang lahad, tanah kubur dan lain-lain, ya ia memang benar. cuma yang lebih sikitnya adalah cinematografinya agak lawa dari drama. Tapi itu takkan boleh mengangkat ianya sebagai filem terbaik apatah lagi nak kumpul kutipan sampai 8 angka.

p.s: produk bermutu, orang akan cari sampai celah mana pun. produk yang buruk hasilnya, letaklah besar mana pun orang takkan jeling pun

Amir Auxin said...

haha i like your thoughts! :)

cEro said...

persatuan pengarah seluruh malaysia duk bising kenapa senang2 je smua org boleh jd produser, asal ada duit kembong sikit, dh boleh jd produser filem...

hal2 camni, sedikit sbnyak menanam stigma dlm masyarakat melayu yg filem melayu mmg SEKADAR MERIAH PANGGUNG!!

org cina, india n org asing duk sibuk gelakkan kita...
hahaha..

silap doktor rozmey adlah,
terlalu percayakan reputasi diri..
hahaha..

ko tau?? FB page dR Rozmey akan di edit setiap jam utk keluarkan komen2 buruk dr org ramai, yg tinggal hanya komen2 bagus je..
yg bg komen buruk akan di block,
sampailah tertubuh page 'Kami kena block dgn dR Rozmey' (lebih kurg gitu laa namanya..)

tak caya carik..hehehe!!

Cik N said...

Bidan terjun yg bodoh sombong. Jgn lemas sudaaa...

Shukjessa said...

hehe aku tau yg pasal page tu.

tapi apa pon, tu page dia, dia berhak untuk delete. yang diorang pun satu, kalo tak suka pun jgn la attack page dia, buat la satu page ke ape ke. yang pasti attack dia lebih kepada masalah peribadi.

aku pun tak berapa berkenan cara dia tapi pada aku janganlah sampai naik benci ke apa ke. kalau dia claim filem dia boleh begitu, ok kita tengok. kalau betol seperti apa dikata, kita warwarkan, syorkan. kalau sebaliknya, tulis la sebaliknya tapi dalam konteks yang lebih matang.

tak perlu la nak tulis, bakar panggung, ke apa ke. tak sedap kata je tak sedap. tak perlu nak maki hamun pun. tengok atas kerelaan masing-masing.

tapi pada aku, filem tu bagus sekadar mengingatkan cuma pelaksanaan dia tu tak berapa menepati citarasa penonton malaysia tambah lak dengan cara filem itu sendiri dijalankan.

kalau dia tak serik lagi nak bikin filem, harap filem ni jadi pengajaran =)

SyafiQ Bleszynski said...

hahaha...kan aku dah cakap.. cite nih takkan ke mana. tapi memula aku nak jugak ushar wayang cite nih. nak tengok jauh ngan takat mane bleh pegii, then pas dengar ko review punya la terbaekkk cam nih, hmmmm.. memang wajib aku tak pergi..hahaha!

Shukjessa said...

tak suka filemnya, jgn benci orangnya. kita ni orang melayu ada penyakit dengki, biarlah dia.

nanti kita lak yg lebih banyak dosa =|

hans said...

hahaaha
bukan nak membenci orangnya
tapi carinya membuatkan orang benci padanya
haih
memang dia silap taktik la

P/S :Dasyat! Memang Dasyat! Kepada Lelaki! Awas Jika Anda Berjalan Keseorangan!