Followers

Thursday, November 18, 2010

Migrasi dilema

Aku dalam migrasi kamera dari Nikon D60 kepada???

D90? Pada aku too expensive for that amount of money. Memang worth it memiliki, tapi pada aku kalau dah ada RM4k ke atas, kumpul sikit lagi angkat D7000 terus. 

Sebab? Sebab antara D90 dengan D300s, orang mungkin ada yang lebih prefer D90 atas banyak sebab. Tapi tak bermakna orang takkan pilih D300s. Tapi bila D7000 menerjah pasaran kamera, semuorang bagai melupakan D90 dan D300s. 

Yelah, teknologi makin baru, sehebat mana pun D90, teknologinya sudah agak usang.

So sama la dengan situasi aku, mungkin D60 its quite ok la for beginner, tapi dia stuck sampai di situ je la. Dan bila kita nak migrasi, kenalah cari yang agak up to date dia punya teknologi.

Dan aku stuck di antara dua pilihan beginner nikon DSLR. Iaitu D5000 or D3100. Masing-masing punya kekuatan sendiri. Dan masing-masing range harga yang agak dekat.

D5000 dikatakan kembar D90 cuma one level below je la. Agak direkomenkan oleh para pengkritik dan pengguna DSLR. MP hanya 12MP tak seperti D3100 yang ada 14MP. Tapi pada aku itu bukanlah perbandingannya. Cuma D5000 ni size agak besar compare to D3100 yang dikatakan sesuai untuk tangan remaja dan kanak-kanak. Ia dikatakan lebih kecil dari D40, so bayangkan la kecil camtu. Even D60 pun muat-muat je tangan aku.

Tapi jangan pandang rendah pada D3100. Features dia sangat best sebab sekecil-kecilnya, skrin LCD nya 3 inch, ada output untuk GPS, remote, HDMI, boleh record movie Full HD dan boleh masuk SDXC (capacity memory card makin besar). Dan kata Ken Rockwell, dalam quite mode, D3100 merupakan DSLR nikon yang tersenyap. Kuasa bateri pun makin kuat.

Cuma yang membuatkan aku berbelah bahagi adalah, aksesorinya tak banyak sangat disamping saiznya yang kecil tu. Even battery grip pun still takde.

D5000 ni yang besnya size besar, built in nya adalah yang terbaik untuk new entry level DSLR, LCD boleh swivel (agak berguna untuk sudut-suut yang out of reach).

Dan aku masih buntu di saat ini...satu jawapan yang pasti kena try test dulu dekat kedai, baru boleh buat decision.

5 comments:

SyafiQ Bleszynski said...

salam. huish dilema kamera dslr rupanya. aku ingat dilema cinta..haha
kalau aku pon payah gak nak pilih antara nikon d5000 ngan d3100..
masing-masing ada kelebihan. tapi aku rasa d3100 banyak kot kelebihan. sebab baru kuar kan.. haha

pilih jangan tak pilih. jangan sampai buat salah pilihan.

Shukjessa said...

tak boleh nak buat apa la, sebab 2-2 nya mendapat pujian hebat dari Ken Rockwell. Dua-duanya dikatakan bagus, cuma D3100 tu kecik pada tangannya (standardla diorang kan size besar).

So aku nak tengok la kecik mana, kalo ok, angkat je sebab murah. Belen duit boleh angkat benda lain =)

cEro said...

shuk, aku sedang teleng2 kat Olympus Pen, yg dikatakan hibrid tu..
kalo sebat satu, ko rase berbaloi tak??
guna saje2 je, bukan nk jd photog serius pon..

Shukjessa said...

kalo ikut markah penilaian dari pakar2, ianya setanding DSLR yang lain.

cuma pada aku, DSLR atau hybrid sekalipun, ko kena try test pegang. Mana yang ko rasa selesa. Lebih kurang macam nak main boling la kan, sebaik-baiknya bola tu custom made jari yang muat-muat, bukan loose or ketat.

Same la kes nak beli kamera. Sebab satu yg kene ingat, hybrid ni tak seringan kompak biasa. Kalo ade pameran kamera, try la rase pegang dan ambil gambar. Kalo rase ok, just kumpul duit je la. Hybrid kalo dan mount lens, ia akan seberat DSLR sebab built in dia agak berkualiti.

Cuma hybrid ni harga tak pernah lagi jatuh bawah RM2k, dan lens pun tak berapa banyak sgt choice. Time test try la tanya pekej die, sebab lain lens lain harganya.

Then tengok minat ko ambil gambar utk apa, since ko kate just suka-suka ambil yg multi senang sikit.

soal kualiti dah tak berapa sangat dah sebab benda dah agak sama. So mmg kene try test dulu rasa, cari sampai dapat model yg ko jatuh hati, then baru target hybrid or DSLR.

sebab pada aku, pegang hybrid ni tak boleh cuai sangat sebab grip dia tak sekukuh DSLR yang shapenya agak balance antara body dan lens.

ZAHIRAH IBRAHIM said...

i guna D5000 ;) fr your information, mungkin ramai cakap d5000 gambar pecah but ia jadi mcm tu sebab terlalu bsr. so, kalau nak snap picture, edit size to medium ja. gambar sangat lawa. d3100? mmglah keci, mp tinggi tapi lambat focus, orang lain snap picture dah sampai 10, you baru 2 keping. so? fikir-fikir kan :p