Followers

Monday, November 29, 2010

Kamera oh kamera Part 3

Hari ni aku dengan bestnya menunggu abang poslaju sampai tertido atas kerusi. Dan bila grill rumah digoncang, aku dah tersenyum riang sampai ke telinga.

"Encik Shukran?" dengan pantas aku mengangguk.
"Sila tulis nama, IC dengan tandatangan pada no. 23" lalu aku menulis dengan pantas, tulisan sehuduh yang boleh, lantaklah janji postage atas nama aku haha.


Lepas ucap terima kasih dan menutup pintu, dengan rakusnya ibarat pengantin lelaki tak sabar tunggu malam pertama, habis wrapping poslaju aku siat-siat nak tengok benda dekat dalam. Yeah!!! Off camera shoe aku dah sampai, sekali dengan mini blower dan minilenspen.

Off camera shoe tu menatang apa?


Buat yang pernah pegang kamera DSLR, korang mesti perasan ada satu slot kecik dekat atas built in flash tu. Tu lah tempat orang nak letak external flash punya mount atau kasut panas dia (hot shoe). Yang aku beli ni kabel extension supaya external flash tu boleh dipegang dan diletakkan di mana-mana sudut yang aku nak. Salah satu benda yang agak penting jika tak mampu nak beli SU-800 sebagai commander atau mana-mana sistem flash wireless. So untuk starter aku guna cable je la dulu, jadilah berdikit-dikit belajar. Ni pun beli 3rd party punya brand, jenama Phottix. Sebab kalau nak beli brand Nikon, aku kena bayar double untuk fungsi yang sama, ketahanan yang lebih kurang, binaan yang ensem la kalau Nikon punya.

contoh bila pasang off camera flash guna cord or cable

Masih ingat aku jual D60 aku haritu? Dapatlah RM1250, so dengan duit yang ada tu la aku beli beg, monopod, cable ni, cleaning set, dan satu lagi kena beli, adalah extra battery. Kes dekat MAHA tu cukup mengajar aku untuk ada bateri spare di saat memerlukan. Dan untuk yang nak tahu, gambar-gambar dekat MAHA tu semua hasil dari D5000 + kitlens + sigma 70-300. Agak memuaskan hatilah pada aku so far. Lepas ni nak try ambil gambar wildlife, maybe di Taman Wetlands di Putrajaya or paling malas, pergi Zoo Negara je la.

4 comments:

Helmi said...

go for d7000 lak hehe

Zufar said...

MAHA kat mane? ko letak gambar2 ko kat mane? ad flickr tak?? klu ad ko datang lawat blog aku. mzufar.blogspot.com n zn-foto.blogspot.com tuk blog foto aku.hit me back yaw

Shukjessa said...

Zufar: aku dah lame giler tak upload dekat flickr. sebab tenet lambat. so gambar2 aku sume aku sumbat dekat facebook aje. kalo ko nak tengok bley add aku, antie_toxic@hotmail.com

Zufar said...

orite2..thanks bro..folllow gak blog aku, sng aku nk jejak ko nnt.haha TQ