Followers

Saturday, November 20, 2010

RM 2juta sehari? Propa atau realiti?

Baru je beberapa hari pertarungan hebat dilaporkan antara 2 filem ni. Satu filem Malaysia, 2 Alam dan satu lagi filem antarabangsa, Harry Potter. 

Dan pelbagai reaksi yang dilontarkan penonton di Facebook, tak terkecuali member-member aku yang dah pergi tengok. Tapi so far dari hasil taipan tangan mereka ni, nampak sangat filem tu bosan. Sampai kena maki hamun tah la.

Tapi kalau dijenguk facebook penerbitnya iaitu Dr. Rozmey, kelihatan tenang je, semuanya baik-baik walaupun yang komen tu agak mencurigakan dan kelihatan bias sebab yang dok puji adalah dealer or pengedar produk beliau. Dan komen itu tidak bertali arus seperti page LBS suatu ketika dulu.

Walaupun filem LBS tidak berjaya mendapat rating tinggi dari aku, namun aku puji penerbitnya yang sudi menerima segala maki hamun dah keluh kesah dari peminat dan penonton. Agak berbeza dengan page Dr tu, segala komen adalah yang baik-baik aja. Bak kata member aku yang maki hamun semua dia dah delete. Tapi itu hak beliau pun, sebab page dia.

So hari ni aku pergi la check ticket online melalui GSC since aku adalah members. Dan seperti tahun tahun yang sudah, kalau nak tengok harry potter dan tak nak sakit hati (membeli tiket) adalah dinasihatkan samada reserve atau beli online via kad kredit or Maybank2u atau CiMB Clicks. Seperti dijangka, kebanyakan seat telah sold out untuk filem HP walaupun untuk Gold Class punya seat yang harganya RM40 sekeping. So bayangkan kalau RM40 pun dah sold out, tiket yang harganya RM11 tu lagi la cepat habiskan?

Dan bila aku check untuk filem 2 Alam punya seat, masih banyak yang kosong. Pendek kata, takyah reserved pun takpe, beli dekat kaunter tiket je la. Bukan sebuah panggung je aku tengok, ni hampir dekat semua panggung GSC seluruh Malaysia.

Kenapa jadi begitu?

Satu yang aku perasan, 2 Alam ni rate dia adalah 18+, means patron under 18 tak boleh tengok. Wake up la bai, sekarang ni cuti sekolah, HP rate hanya PG13, so kalau korang pergi tengok dengan family, agak-agak nak tengok filem apa? Mestilah yang ratenya boleh bawak children la kan.

Dan yang paling aku tak tahan, ada la sorang insan ni dok puji filem Dr. Rozmey ni dah dapat kutipan RM2 juta sehari. Ye ke? Kenapa statistik mengatakan lain. Dengan perbezaan bilangan pawagam yang disediakan tu nampak sangat sikit bilangannya.

Maaflah aku bukan nak burukkan bangsa sendiri, jauh nak jatuhkan beliau. Cuma ada benda kita kena berpijak di bumi yang nyata. Study elok-elok apa demand pasaran sekarang tentang filem, macamna promosi, bila nak release, siapa director, sekuat mana filem itu dan lain-lain. Jangan sebab orang lain buat filem hantu, kita pun ikut je. Orang lain buat adegan ranjang, kita pun ikut gak. Last-last apa pun takde. 

Buat yang tak percaya cakap aku, korang boleh tengok sendiri bilangan penonton by GSC or TGV melalui pembelian online or reserved ke. Dan nilai sendiri la kan.

Sebab tu orang selalu kata, bercita-cita tu tak salah, cuma jangan dicampur adukkan dengan angan-angan yang kosong atau mat jenin aje. Nanti jatuh, mati takpe gak, sakit merana plus malu lagi.

Nantikan review aku tentang filem Harry Potter dan 2 Alam (untuk mengelakkan bias) dan suasana filem ni, adios amigos~!

1 comment:

cEro said...

dR Rozmey dan cita-cita tingginya....
pastu dgr kate nk bawak masuk Pam Anderson dlm next film..
adoi, camne nk maju kalo berangan tinggi tp akai tarak??