Followers

Thursday, November 25, 2010

Review: Ngangkung

Salam khamis,


Hari ni Ngangkung keluar di pawagam. Aku sebenarnya tak ingat sangat tarikhnya tapi sebab Hans ada tulis dekat FB, so mengingatkan aku dan tengok je la.

Sebenarnya aku agak berbelah bahagi sebab nak tengok gak cerita Tangled 3D. Heheh bukan la aku macam budak-budak tapi aku suka animasi yang grafiknya lawa plus cerita animasi ni kelakarnya lain macam sikit.

Tapi sebab tarikan Ngangkung lebih kuat, so nak tak nak beli je lah tiket pukul 11 pagi tadi. Orang agak tak ramai yang menonton, mungkin sebab hari biasa, atau mungkin demam Harry Potter masih belum surut, so tempias la dekat filem-filem lain.

Apa yang boleh aku katakan, Ngangkung ni lebih kurang je la dengan mana-mana filem seram komedi yang ada. Cuma yang tambahan extra lawak tu datangnya dari watak hantu itu sendiri. Namun, walaupun ianya komedi elemen seram tetap diwujudkan seperti hantu takde kepala time minta nombor ekor, elemen terkejut, dan mekap hantu yang ala-ala the ring (sebab muncul dari perigi). 

Kekuatan filem ni macam biasalah para pelakon pun boleh tahan, Sam macam biasa muka lawak dia memang ada gaya, cuma kali ni dia terpaksa bawak watak yang agak masam dan ketat sikit. Lakonan Angah pun best dan sorang lagi, aku tak ingat namanya tapi selalu nampak la muka dia.

Tapi yang aku tak berapa berkenannya tang suara tu. Aku tak berapa pasti adakah dalam filem ni je ke atau filem-filem yang lepas oleh David mempunyai suara gema yang agak terkesan. Bahasa mudahnya, suara tu macam tak berapa kena dengan gerak mulut yang ada, seolah-olah suara tampal. Bunyinya macam tak berapa natural, lebih-lebih lagi watak Sam yang perlu menggaraukan suara. Biasa kita kenal suara Sam agak nyaring, tapi sebab watak abeh dengan muka dengan suara bertukar.

Jalan ceritanya mudah difahami, namun plot tu agak tunggang langgang, sehinggakan susah nak cam mana klimaks dan tiba-tiba dah nak ending. Satu hantu tu dok mengacau then dipanggil balik oleh Pendita (Lan Pet Pet), tapi yang hantu satu lagi tiba-tiba senyap macam tu je. Selendang merah tu boleh pulak selamba je bakar tapi takde pape. Ketiga-tiganya insaf bila bala datang dan ending 2 ekor hantu ni boleh dating lak atas pokok (kes hantu sorang perempuan sorang lelaki). Entahlah, mungkin sebab komedi, tapi pada aku jangan abaikan plot, sebab nanti orang konfius cerita ni setengah jalan ke dah nak abes. Terdapat juga nilai-nilai sarkastik atau sindiran secara bersahaja sebenarnya disamping jangan main nombor ekor, jangan gugurkan kandungan, dan jangan mensyirikkan Allah (pergi memuja makhluk lain minta nombor).

Oklah, not bad untuk sebuah filem komedi. Boleh la buat korang ketawa walaupun bukan gelak sampai nak putus urat kentut pun. Aku bagi 3.5/5 bintang la untuk filem ni. Walaupun komedi namun boleh memberi pengajaran buat semua.

p.s: nak tengok Rapunzel Tangled laaaa~~ Aku tak bodoh pun nak keluar dah nanti, tengok trailer macam siot je haha. Oh ye~! Tadi trailer Hikayat Merong Mahawangsa dah keluar dekat iklan pawagam, tak lama lagi la kot nak main =)

4 comments:

Mra Mastura said...

woot2..ak nk g tengok rapunzel ah esok! haha XD

hans said...

aku malas nak tgok NGANGKUNG sebab aku rasa aku nak tgok filem AKU TAK BODOH

sebab aku minat lakonan Adibah dan Namron

hohoho

Rapunzel pun macam best...aku rasa Ahad nih aku tgok wayang kut

P/S : Main - Main Hantu : Anda Pernah Tonton Filem Ini?

P/S : Video Elyana & Khairul (Save The Date) - Perigi Mencari Timba?

Shukjessa said...

hehe tengok jangan tak tengok, tengok sampai lebam ba~~!

Amir Auxin said...

thnx 4 the review! :D