Followers

Sunday, November 21, 2010

Review: Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1


Salam Ahad. Maybe ada yang dah pergi tengok lagi awal dari aku cerita Harry Potter and The Deathly Hallows.  Dan aku baru berkesempatan tengok hari ni sebab semalam baru sampai dari kampung. 

Dan disebabkan dek fenomena tahun lepas di mana orang beratur panjang just nak tengok Harry Potter je so tahun ni aku dah prepare beli online dekat GSC. Alah bukan aku ada kad kredit pun, just aku guna CIMB Clicks, perbankan internet. Senang, kena cas 50 sen je pon.

Aku pilih untuk tengok Premier class sebab aku tahu 2 jam lebih adalah satu durasi filem yang agak lama. Kalau tengok di rumah, dah boleh bergolek, pusing-pusing badan sambil pergi dapur bancuh milo or sirap, tapi dekat panggung celah mana pantrynya? Tak kisah lah setakat mahal rm7 extra dari tiket biasa janji seat aku sorang dan sebelah kosong. Kerusi pun empuk la juga sebab bontot aku tak kematu haha.

Ok back to the story. 

Bagi aku ni antara filem Harry Potter yang tergelap dan paling emo dalam semua filem yang pernah ditayangkan. Ia agak heavy dengan emosi, cabaran dan kegelapan yang melantun-lantun. Sebab bagi korang yang tak pernah baca novelnya macam aku, mesti ada saat yang korang rasa nak hempuk je Voldermort sebab kekejaman dia yang semakin ngeri, dek kerana nakkan kuasa menjadi the best wizard ever.

Menerima wasiat dari Dumbledore. Wasiat yang agak pelik pada mulanya
 namun berguna di kemudian hari

Aku tak boleh nak terangkan sangat cuma apa yang boleh aku simpulkan cerita kali ini memang banyak meruntun jiwa dengan kematian Mad Eye, George dilukai, hampir kesemua protector Harry Potter pun banyak ditimpa malang yang sama sampailah mereka terpaksa bergerak Trio mencari saki baki Horcrux, nilai persahabatan antara mereka, antara watak-watak lama seperti Dobby si Elf, Kreacher Elf Sirius Black, Olivander si tukang jual Wand (tongkat sakti), kematian demi kematian Mudblood dan akhir sekali untuk part 1 ni, apabila mereka cuba melarikan diri dari si gila Bellatrix dan kematian Dobby. Aku hampir menangis gak la part Dobby mati tu sebab gila sedih, kalau aku jadi Harry Potter memang gila la sejak dari filem 1st sampai sekarang berapa ramai orang yang mati kerana dia je.

Time lari selepas diserang Death Eaters. Damn, Hermione is gorgeous ~!
Bag compact (ala-ala poket Doraemon) dekat tangan minah tu

Dan sebelum movie berakhir, ditunjukkan si lahanat Voldermort mendapat wand Elder milik The Deathly Hallows dari kubur Dumbledore. Kenapa dia nak wand tu? Siapa the Deathly Hallows? Yang tu korang kena la tengok sendiri. Kalau semuanya aku tulis, bukan review la namanya. Tapi serius cerita ni heavy dengan emosi. Kalau betul-betul hayati memang rasa nak bunuh je Voldermort guna nuklear ke apa jadah pun hehe.

Overall filem ni terbaik, garapan demi garapan yang aku dengar dari akak aku yang baca novelnya mengatakan filem tu memang ikut macam novel, sebab tu diwujudkan 2 part.

Poor Dobby. Demi nilai persahabatan antara dia dan Harry, dia sanggup selamatkan
Harry dari kekejaman Bellatrix walaupun akhirnya dia mati. Perhatikan Dobby dapat
kasut baru sebab dia dah bebas (tidak bertuan)

Aku bagi 4.5 bintang untuk filem ni, cukup untuk mengatakan yang ianya hebat, cuma sayang ianya tiada dalam format 3D. Hanya part 2 je yang ada 3D. Kalau 3D aku boleh bayangkan pertembungan sihir antara Harry dengan Voldermort tu mesti nampak kaw-kaw punya.

Buat yang tak tengok lagi, pergilah tengok, berbaloi sebab ceritanya panjang, walaupun agak heavy dengan emosi, setiap tindakan mereka membuatkan kita tertanya-tanya, What Next? Seperti membaca novel cuma divisualkan sahaja. Untuk next entry, aku akan review filem 2 Alam, which aku tak tengok lagi. Maybe esok or lusa baru pergi tengok. Kena tengok sebab penerbitnya claim cerita ni boleh dapat RM40 juta, so kena tahu apa yang best sangat sampai nak dapat RM40 juta tu kan, adios~!

2 comments:

Carl Samsudin said...

akan ku tunggu reviewnya!

syafiqstatichot said...

hahaha...cerita ini bertempur dengan filem 2 alam. kompem 2 alam hahahahaha... xkan dapatnye 40 juta. cirit la nak dapat 40 juta tuh..huhuhu