Followers

Friday, October 1, 2010

Equation rumah tangga


Satu hari seorang kawan Facebook menegur aku.

"Rajinnya syuk memasak dan basuh kain, petanda nak kawen dah le ni".
Aku pelik, dan aku balas.
"Biasalah, nak hidup, kawen lambat lagi kot, tunggu korang le dulu".
"Ish dah rajin memasak, kemas-kemas dan basuh kain, dah boleh tu".
"Memasak dan basuh kain ni rasanya patut ada dalam setiap diri manusia. Yelah, takkan kita nak selalu bergantung harap orang buatkan untuk kita je kan".
Terus senyap wall aku.

Tahlah, aku agak pelik bila seseorang tu belajar memasak, or rajin memasak, rajin mengemas, pandai jaga budak dikaitkan dengan perkahwinan. Apa, kalau nak kahwin je ke perlu tahu benda tu. So kalau hidup bujang, tak perlu tahu memasak, mengemas, basuh kain dan buat kerja rumah?

Jangan dangkalkan fikiran. Kita bukan di zaman tok nenek kita lagi di mana isteri di dapur, suami di serambi hisap rokok tunggu nasi terhidang atas tikar mengkuang. No! Zaman dah berubah, masing-masing ada kerjaya. Aku still merasakan setiap orang perlu tahu memasak paling tidak masak nasi, goreng telur, ikan, ayam bla bla bla dan masak sesuatu yang berkuah paling tidak sup. Bayangkan kalau isteri sibuk, tak sempat memasak. Adakah korang sebagai suami still nak tunggu isteri balik then suruh dia memasak untuk keluarga? Think! Ini zaman bukan zaman gender lagi. Baik lelaki mahupun wanita perlu multitasking.

Jangan ingat dekat kerja je perlu multitasking. Dekat rumah juga begitu. Wanita juga perlu tahu paling tidak cara nak tukar lampu kalimantang. Tahu kalau paip bocor nak buat apa. Kalau sinki tersumbat tahu nak buat apa.

Aku tak suka sangat konsep lelaki goyang kaki tunggu makanan sambil tengok tv, dan yang perempuan je yang kena masak, kena hidang, kena angkat pinggan dan then kena basuh pinggan. There is no such thing lelaki is king in the house. Lelaki yes ketua keluarga, tetapi seorang ketua yang bagus patut tahu cara untuk memudahkan kerja dan membahagiakan penghuninya.

Apalah salahnya kalau hujung minggu, buat aktiviti memasak bersama satu family. Then basuh pinggan pun sama. Kalau isteri basuh pinggan, suami kemas kan meja, isikan air ke apa ke. Didik anak-anak supaya tidak malas, bukan tahu makan dan tinggal. 

Jika bukan generasi kita yang akan pecahkan tradisi ini, bila lagi? Tiada istilah kuli dalam keluarga. Semuanya patut rasa membuat kerja rumah yang dibahagikan tugasan secara adil. Ada benda yang perlu kita kekalkan dalam tradisi masyarakat, ada benda yang perlu kita perhalusi dan rombak kerana agak tidak praktikal dalam zaman yang makin canggih ni.

Pesanan untuk wanita, hanya kerana kamu berpelajaran sehingga Master atau PhD, adakah itu membolehkan kamu diletakkan dengan hantaran sehingga RM10k? Apa yang penting dalam rumahtangga? Adakah sijil-sijil tu? Tak guna belajar sampai PhD tapi tak nak belajar pun menguruskan rumah tangga. Apa yang nak dibanggakan dengan anak-anak jika yang memasaknya bibik, yang menjaga anak-anak pun bibik, habis siapa yang patut dipuji? Si ibu atau si bibik?

Pesanan untuk lelaki. Menjadi ketua tak semestinya mesti memerintah secara diktator. Hanya korang je yang betul. Segala nasihat dan pandangan korang tolak mentah-mentah kerana ego. Tak guna pun jadi lelaki tapi tak boleh menjadi seorang ketua yang bagus paling tidak dalam family. Ingatlah sebab kenapa Allah menjadikan tugas seorang ketua kepada lelaki. Kuatkan bahu korang untuk memikul segala tanggungjawab dan cabaran dunia akhirat untuk dijawab kelak di neraca Allah. Wallahualam...

3 comments:

nurkaloi said...

owhhh seyezly ku suke en3 niee...
mekasih diucapkan...
ku hrp ngan en3 mu niiee..
duk ramai yg pikir n realize
pe erti kehidupan yg sbnar...cehh
ngehehe

baek laki baek pmpuan....same jerkk ape yg penting...KERJASAMA

cEro said...

hahaha, believe it or not, aku tau sape yg berborak kt wall dgn ko tu...

btw, aku pon basuh baju sndri jgak..
tp bab masak, mak aku tak kasi kaco dia kat dapur, so mmg takde can laa aku nak masak..

tp tak ke pelik bile 'lelaki masak dan basuh baju' dikaitkan dgn ready nak kawen??
bkan ke task tu lebih ke arah wanita??
lain laa kalo 'lelaki beli rumah dan kereta'..baru laa dgr mcam ready utk kawen, kan??

Shukjessa said...

nurkaloi: hehe btol2, kena tolak ansur dan kerjasama.

cero: tahlah, aku tak rasa benda tu patut dikaitkan dengan kawen pun. baik perempuan atau lelaki, kalo dok umah sewa la kan, tak tertelan makan nasi bungkus hari2... sila tengok bujang lapok ayat P. Ramlee

"eh perut aku dah berbunyi ni, jom kita pekena nasi kedai" Ajis bersuara.
"Tekak aku tak rasa nak makan nasi kedai la Jis" balas Ramlee.
"Habis tu?"
"Kita masak?"
"Orait gak tu, tapi mula-mula kita kena cari..."
"Ayam...".

pada aku kalo ready nak kawen, kena ada calon, lelaki kena ready dari segi kewangan dan tanggungjawab. perempuan kena ready mental dan fizikal nak hidup dan melayari kehendak suami, benda ni kalo tak ready... toksah le pk nak kawen, for sure hancur nye