Followers

Saturday, October 30, 2010

Pilihanraya oh pilihanraya


Malam-malam hari kalau start pukul 7.45 ke atas biasanya aku akan menonton tv sebab nak tengok berita.
Tapi untuk minggu ni sampai minggu depan, tengok berita adalah perkara yang amat membosankan. Kenapa? 

Dek kerana penangan pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi la apa lagi. Meluat aku nak tengok berita. 20 minit pertama je segala macam "kebaikan" kerajaan ditunjukkan yang konon-kononnya berjiwa rakyat dengan motto rakyat didahulukan? WTF?

Tambah lagi bila dah dekat pilihanraya dan masa berkempen. Maka segala jenis berita dari TV1 sampai la ke Astro Awani, semuanya menjadi kaki ampu kuat kerajaan. Segala jenis "kebaikan" akan ditunjukkan dan diperbesarkan. Dan segala serangan balas serta kutukan akan dipulangkan balik kepada pembangkang. Walhal satu jari menunjuk, 3 jari masih terpalit pada diri mereka sendiri.

Aku tengok berita tadi pun sebab nak tahu apa kisah kes kemalangan bas dekat Genting Sempah tu je. Tapi tulah dalam berita, cerita camtu lambat la sikit keluarnya so terpaksalah mengadap berita-berita pilihanraya yang bagi aku nak muntah tengok. Trendnya sama je dari dulu.

Dekat nak pilihanraya macam-macam lah keluar. Nak bina sekolah la, nak bina masjid la, bagi bas beserta tiket dan pakaian untuk tengok Piala Malaysia lagi tu percuma.  Banyak betul duit kerajaan yek? Seingat aku ada lagi tempat-tempat dekat Malaysia ni yang tidak ada bekalan air dengan elektrik dan jalan yang sempurna. Sebab? Ayat biasa, bajet takde. Kena tunggu RMK, RMK ke berapa? Berdoa jelah pakcik hidup lagi 20 tahun, merasa la air paip tu.

Tu belum kisah klinik yang tak dapat CF, bajet tak cukup nak beli equipment sebagai sebuah klinik dan kisah hospital angan-angan. Semuanya mempunyai kisah tersendiri yang dah nyata, tapi macam biasela kekangan itu dan ini ianya hanya sekadar angan-angan.

TAPI...

Time pilihanraya, bangunan yang berangaran kos RM40 juta ada lak bajet emergency? Masjid boleh lak dibina dengan kos RM5juta? Wah, hebat betul. Tu belum lagi perkhabaran adanya WIFI di sana (Gua Musang). Gila dasat, Bentong pun takde WIFI lagi hehe.

Teringat seorang brader dalam friend list aku pernah berkata dalam nada menyindir "Kalau macamtu, nak la juga doakan wakil rakyat tempat saya mati cepat, boleh lah merasa dan demand macam-macam". 

Dan dengan itu menguatkan lagi semangat aku untuk tidak berdaftar. Biarlah, politik Malaysia bagi aku amat kotor walaupun serumpun dan sebangsa apatah lagi seagama. Selagi tak ubah, jangan haraplah generasi muda nak mengundi dengan adil kecuali mereka-mereka yang dah terbiasa makan suap ni =)

p.s: Beli paper je, baca mana yang penting, abaikan mana yang tak penting.

No comments: