Followers

Sunday, October 31, 2010

Realiti menjadi seorang photographer


Semalam aku masuk la forum yang agak lama aku tinggalkan. Bukan saja nak tinggalkan tapi sebab owner itself yang dah renovate forum tu untuk jadi lebih berilmiah la katanya. So user name aku semua tu dah habis la kena padam sebab forum ni forum baru betul. 

Taip punya taip sekali salah eja. Tekan "Enter" sekali keluar website Nude Photography. Ah sudah, sah bukan forum yang aku pergi dulu. Yang pasti website tu agak mencairkan iman la siapa yang tengok, apatah lagi kalau jadi photographer nya. 

Nak senang cerita, aku google je dan keluarlah forum yang aku nak masuk tu. Tapi sebab forum ni forum baru, memang lain gila lah. Pada aku agak sunyi sepi dan kurang menarik. 

Memanglah konsepnya sebagai sebuah laman berilmu tapi pada aku terlalu formal. Bila terlalu formal ni orang akan jadi malas. Terasa macam aih kena 'sekolah' lagi la dekat sini. Aku lebih suka konsep dulu yang lebih mesra alam dengan topik yang pelbagai.

Cuma sayangnya, forum tu tak lebih macam tanah perkuburan je. Tiada bayang-bayang guru, bayang-bayang otai-otai photog mahupun mana-mana forumer yang aku pernah kenal dan add di Facebook. Yang ada hanyalah seorang pengetua, seorang tukang kebun dan protege-protege (pelajar-pelajar kelas photography nya).

Topik pun sekadar introduction, komen dan kritik, asah mata, dan sedikit perbualan itu ini mengenai kelas photography). Tiada lagi review gajet kamera, review lens dan sebagainya, tiada lagi ruangan sembang untuk mengeratkan silaturrahim sesama photog, tiada lagi ilmu-ilmu percuma dan tips-tips percuma yang diberikan 'guru-guru' sandaran sementara dan yang paling pasti, tiada lagi tempat untuk photog bertukar-tukar pandangan, idea mahupun menjual beli barangan-barangan kamera.

Jika tiada guru, siapa yang hendak komen kerja kita? So hanya diharapkan pengetua je la yang tastenya agak tinggi. Agak gerun bila aku melihat hasil kerja photog yang sudah pasti mempunyai bisnes tetapi dari 10 gambar yang dipersembahkan, hanya sekeping dua sahaja yang melepasi tahap lulus pengetua tersebut. Aku tidak salahkan pengetua, sebab ada kebenarannya kenapa gambar seperti itu kena rijek pun. Aku yang melihat pun terasa biasa saja, tiada yang istimewa yang boleh membuatkan mulut melopong bila melihat.

Tapi realitinya, mutu gambar aku pun tak jauh bezanya begitu, malah ada yang jauh lebih teruk dari mereka yang sudah menjalankan bisnes wedding photography ni. Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang member yang menyuruh aku ambil job wedding. Walaupun aku sudah jelaskan padanya, aku takkan buat bisnes selagi aku tidak ada trademark atau style aku sendiri, aku hanya dipandang jelek dan sepi. 

Sebagai seorang pelanggan, adakah kita hanya mahu gambar kahwin kita sebagai 'ok lar', 'not too bad', atau 'tak kisah la, janji terang' di tangan seorang photog yang claim buat bisnes ini? Lebih baik upah anak saudara je yang reti guna DSLR, gerenti terang, gerenti lawa juga. Kita bayar dengan harga sekian-sekian, tetapi bila dapat hasil, hasilnya biasa saja dan tak boleh nak bangga mana pun. Pasti kita merasa tak puas hati apabila ada photog lain yang boleh ambil gambar lagi hebat dengan harga yang agak mahal tapi berbaloi dengan setiap sen yang dikeluarkan.

Orang yang tidak faham akan dunia fotografi selalu akan berfikiran pendek, sebab matlamat mereka hanya duit sedangkan fotografer sebenar menilai hasil kerja sebagai satu kepuasan lebih dari duit itu sendiri. Biar lambat asalkan selamat, tidak perlu terburu-buru dalam menghasilkan sesuatu. Pokoknya, usaha itu perlu sampai habis, bila ianya berbuah, kita hanya akan tersenyum menuai hasil.

No comments: