Hah, blog aku sudah beberapa hari tak jalan ni. Adoi apa kes. Banyak entry nak buat, tapi bila dah separuh tulis, semua bagai tak kena. Ayat-ayat yang aku teringat masa tengah dapat mentol bercahaya ketika jalan-jalan, naik motor, makan nasi, melepas semua lesap. Semua hilang, yang tinggal hanyalah ayat-ayat tunggang langgang yang tiada emosi, tak lebih seperti sebuah berita jam 8.
Logo terawal yang aku buat, aku rijek selepas orang komen macam lencana sekolah |
Dan bila mood nak tulis hilang, aku terpandang sebuah logo baju yang aku pernah buat untuk diploma aku dulu. Minta komen dan pendapat kawan-kawan, dapat respon bagus cuma aku agak kecewa penglibatan orang yang komen amatlah sikit. Aku tahu ada yang betul-betul bz, tapi ada juga yang hari-hari or setiap minggu buka Facebook, tapi tak terlintas pun nak jenguk or nak komen logo baju tu ok ke tak. Walhal aku dah tag dah sekor-sekor nama. So apa alasan lagi ye?
Logo 1, ramai yang suka design ni, aku tak berapa |
Then tiba-tiba rasa menyirap lak sebab lama tak design balik logo baru. Rasa semangat yang tak putus-putus membuak-buak masuk ke dalam saraf-saraf motor tangan menggerakkan jari jemari mencari gambar-gambar untuk dijadikan sebuah logo.
Design yg aku minat, orang lain tak berapa sebab kata ganas sangat |
"Logo ni macam lencana sekolah". "Warna kurang menarik". "Kenapa mesti ada sayap yeh?". Antara komen yang kelihatan. Aku terima dan aku tak marah, sebab aku bukan pakar pun bab-bab macam ni. Aku buat pun sebab takde insan yang sudi menghulurkan perahan otak atau seperti jenama pakaian bro Zulkarnain, Pecah Kepala nak design baju ni, macam tulah pecah kepala aku nak cari apa yang boleh jadikan logo nampak ganas, simple yet menarik.
Design ber color, konsep merah, hitam dan putih |
Dan semalam sehari suntuk aku cari bahan dan kaji logo-logo terkenal dunia. Tengok kadang-kadang logo or emblem pasukan bola adanya sangat simple. Ada yang memang macam lencana sekolah pun tapi orang tak pertikaikan sebab apa? Sebab emblem tu terletaknya pada antara pasukan terhebat dunia. Who's give a damn about that tiny little shit pun? Lain la kalau nak buat design baju, yela kalau skema orang takkan beli. Tapi ni just logo, logo beb! Logo UiTM tu kalau print besar-besar ikut design asal, sumpah takde orang nak beli. Skema. Tapi tu lah logo, buat orang yang tak tahu, jarang orang letak shading, nak letak effect kejadahnya melainkan duit banyak. Sebab setiap color yang berbeza itu duit!
Design baju tee putih |
Simple tetapi ternama |
Pernah tengok orang design baju sukan, letak logo sebesar-besar baju? Takde kan, sebab nak elakkan dari keskemaan yang melantun-lantun. So orang letak la kecik je, size duit syiling 50 sen. Dekat dada, dekat tepi lengan or trend baru sikit letak dekat belakang baju.
Design tee hitam |
Tapi tulah, aku ni jenis demokrasi, sebab buat baju bukan syok sendiri, so masih lagi bertanyakan pendapat kawan-kawan. Kalau ikut aku, baju style black metal ke, skema lencana sekolah ke, janji ada tulisan dan aku pakai. Nak tunggu orang buat, janggut aku putih pun belum tentu lagi ada.
Ni masih lagi terasa nak buat logo diri sendiri dengan logo bekas pelajar sekolah. Orang tak nak pakai, aku pakai. Biarlah print mahal pun, janji ada. Kita takkan sampai ke destinasi kalau tak gerak, nak harap orang je yang tolong tarikkan or gerakkan, dekat situ je lah kita pun.
No comments:
Post a Comment