Jantung aku entah kenapa berdegup sama semakin laju... Nak pergi ke tak nak? Ah persetankan je la, kenapa aku perlu takut or malu? Bukan ke selama hari ni, aku memang dengan sikap dingin aku yang tak kan menyesal dengan apa yang terjadi. Apa yang dah terjadi dah pun berlaku. Past is past...
"Nanti saya ambil awak" mesej masih lagi masuk ke dalam inbox aku.
"Hati-hati, hujan di Shah Alam" balasku.
Aku bergegas mematikan komputer, masuk ke bilik dan menukar baju. Terpandang beg kamera, hendak bawa ke tak? Bawa lah, dah lama tak ambil gambar. Dan dah lama aku tak ambil gambar si dia.
Ya, petang bertarikh 30 September 2010, aku bakal bertentang mata dengan si dia setelah 9 bulan tak pernah bersua. 9 bulan yang penuh dengan drama dan cerita dan 9 bulan yang pertama kali aku cukup kosong.
Sementara menunggu si dia, aku memikirkan sejenak, apalah yang aku nak bualkan nanti? 9 bulan hanya perkabaran melalui SMS dan call yang jarang. Sangat jarang. Aku jadi fobia kepada panggilan, dia tidak suka ber SMS, dan makanya masing-masing membisu.
"Dah sampai" mesej kali ni ibarat seketul batu jatuh dari langit menghempap kepala. Hati dah tak keruan, tapi otak masih ingin bersikap selamba. "Be cool, be who you are. Be who you used to be, but not in the relationship" otak berkata.
"Hai" mata kami bertentang. Dia tak jauh bezanya seperti yang aku kenal sebelum ini. Cuma mungkin ada perbezaan dari segi gaya. Apa yang dapat ku perhatikan, itulah dia gadis yang aku kenal dulu. Seperti baru semalam aku menaiki kereta yang sama.
"Nak makan di mana ya?" dia menghentikan lamunan aku.
"Tak kisah mana-mana pun boleh" balasku pendek.
"Seksyen 7?" dia bertanya.
"Boleh je, tapi tak bz ke sana?" tanyaku pendek.
"Tak kot..."
"Oooo..."
Perbualan terhenti, dia fokus memandu, aku fokus memandang langit, ke luar, ke mana saja yang boleh mataku larikan.
Perbualan kami tak panjang. Pendek-pendek, dan banyak berhenti. Seperti baru kenal, gaya percakapan pun masih lagi sopan, tiada lagi gurau mesra. Dan perbualan tamat apabila dia berhasrat untuk stop makan di KFC.
Aku hanya pesan set burger sebab balik nanti akan makan malam lagi. Dan di atas kerusi empuk dan meja mempertemukan mata kami bertentangan. Agak janggal sebenarnya. Secara peribadi aku dah lama tak tenung mata seseorang, jadi mata aku hanya dibiarkan meliar melihat ke sana sini.
Perbualan masih sama. Aku bertanyakan aktivitinya, dia juga begitu. Dia bertanyakan perkembangan fotografi aku dan menyarankan aku untuk ambil job wedding, Aku hanya mampu tersengih, takpelah mungkin dia tak berapa faham perihal dan politik dunia fotografi bagaimana. Ada DSLR dan sedikit ilmu tidak memungkinkan aku untuk terus berada di dunia wedding photography. Ianya perlu latihan dan pendedahan. Job bukanlah caranya, kerana silap langkah kita akan terima padah yang lebih buruk. Sebaiknya menuntut dahulu ilmu dari guru-guru yang berpengalaman baru terima job wedding. Pendek kata, kena praktikal baru boleh mohon kerja.
Abaikan cerita tu. Kembali semula kepada cerita asal. Perbualan kami masih di tahap selamat, di mana masing-masing mungkin menyembunyikan sesuatu. Tapi, aku tidaklah menyembunyikan segala-galanya. Ada hint yang aku berikan namun tidak dia sedari.
Tak tahulah samada dia sedar atau tidak yang aku masih simpan dan pakai cincin tanda kami. Cuma kedudukan cincin tu aku dah ubah atas sebab hukum dan size yang tak muat. Banyak kali jugalah aku cuba tunjukkan kot-kot la dia perasan.
Dalam tengah-tengah makan dia cerita perihal dia ingin membeli kereta. Aku hanya dapat kagum dalam hati. Tapi baguslah untuk dia. Tiba-tiba aku terasa kami ibarat langit dengan bumi. Boleh bertemu tapi tidak akan bercantum. Ada gap di tengah-tengah yang membezakan kami.
Saat dia menghantar aku balik semula, mata dia agak keberatan untuk memandang aku. Entahlah, aku just tengok je la sampai kelibat kereta dia pun mula beransur-ansur hilang dalam kesesakan kenderaan dari pelbagai arah.
Satu masa dulu, kami ibarat isi dengan kuku, tapi sekarang, nak berborak pun dah takde idea. Gelak pun masih gelak biasa, panggilan dah bertukar... segala-galanya seperti insan baru berjumpa.
Aku sangat gembira dapat jumpa si dia. Paling tidak rindu aku terubat walau sebagai kawan. Tapi aku tak puas hati kerana keakraban 3 tahun ditarik sehingga kami seperti orang asing yang berbual. Dan aku agak sedih, bila terpandangkan cincin, satu benda yang aku tak sanggup nak buang (bukan masanya lagi).
p.s: Gambar si dia aku tak dapat upload, sebab tuan badan tak bagi, katanya gambar dia tak lawa. Tapi dia mana pernah tak lawa di mata aku =)
4 comments:
nice!
kekok kan??
but at least korg kawan..
bukan mcam aku, total strangers!
shit!! aku benci!
heheh tu pun banyak drama beb~~
kalah drama tv3 yg nangis2 tu...
so utk kebaikan bersama, lupekan je lah apa yg dah berlaku.
tahun depan aku bakal mengubah segala-galanya...
uhhh.....memang janggal
sdgkan ku penah tak bersua sebulan lebih jer tak tawu nak kate ape
last-last persetujuan diambil bersame breakup sudahh...hmmm
tp ku wish hope u all back together..
and try to get her...o.k
orang dulu2 pernah berkata
"enggang takkan terbang sama dengan pipit"
kalau nak diibaratkan aku hanyalah pipit. biarpun aku berjaya suatu hari nanti, aku tak fikir dia masih sudi nak tunggu aku.
tapi tulah, aku akan tunggu dan lihat untuk lagi 5 tahun yang bakal mendatang, apa yang akan terjadi...
Post a Comment