Followers

Wednesday, May 5, 2010

Pushup @ pumping celen, ada bran??!



Ok la posting kali ni aku nak cerita sikit pasal satu kaedah senaman, terbuka untuk wanita dan perempuan untuk uji ketahanan badan dan tengok samada korang ni fit atau tak.

Pushup ataupun pumping atau tekan tubi. Benda yang paling fobia kalau masuk pasukan beruniform sebab benda ni la yang akan diorang kena tiap-tiap kali buat kesilapan.

Ianya adalah salah satu bentuk senaman yang bagus. Bagus untuk membina otot-otot dan cara nak kuruskan badan. Ada pendapat mengatakan pushup untuk wanita sedikit berbeza dengan lelaki kerana sistem peranakan. So untuk wanita selalunya diorang akan end dengan lutut berbeza dengan lelaki yang end dengan jari-jari kaki. Tapi guna lutut pun still mencabar buat yang tak pernah langsung pushup ni.

Dekat sini aku bagi satu celen untuk korang, kalau ada berani hehe, (aku ambil isinya dari magz MensHealth). Korang diberi 3 minit untuk selesaikan task ni. Rules dia senang je, tak kisah korang nak buat slow ke laju ke, tapi masa yang diberi hanya 3 minit. Kiraan pushup yang sempurna adalah dengan kedudukan tangan yang bend kurang dari 90 darjah dan kedudukan dada mestilah lebih kurang 2 inici dari lantai. Dan ketika turun, lutut tidaklah bengkok.

Ada bran? Tahniah korang memang hebat, tapi sebelum tu mari tengok list jap...

Andai kiraan pushup korang bawah dari 13 kiraan, tu bermakna otot tangan (triceps) dan otot dada lemah. So kena buat selalu (2 kali seminggu, 4-6 set). 

Andai kiraan kurang dari 55, tu bermakna masih below average.

Andai kiraan dari 55-74, tu bermakna average.

Andai kiraan dari 75-99, tu bermakna good.

Andai kiraan dari 100-110, tu bermakna excellent.

Dan andai kiraan lebih dari 111, tu memang boleh join military dah.

Satu hint yang korang boleh tahu, andai bagi yang biasa angkat dumbell atau apa-apa pemberat nak kuatkan lengan or besarkan lengan, cuba buat pushup banyak-banyak sebab bila kita buat pushup ni, kita mengangkat lebih kurang 75% dari berat asal badan kita sendiri. So kira la kalo berat korang 60kg, 75% dari tu berapa kilo korang kene angkat.



Dan kalau korang nak tahu, pushup ni banyak menggerakkan otot-otot tangan, abs, belakang, peha, betis, punggung. Sebab kalau tangan je kuat, otot perut tak kuat, tak boleh buat banyak pun. 

Ada bran? Sila cuba di rumah, selamat mencuba

3 comments:

Nur Hadirah said...

dlu ade skali ak kene dnda dlm training basketball. stu kali push up kene thn lme2...by the time dh smpai kali yg ke 10 tgn dh mcm nk tcbut..2 hr bru smbuh=P

theSkycrapper said...

haha..x brani la bro..biar menten comel je la..=D

Shukjessa said...

dirah: kalo jarang wat mmg akan sengal2 otot. aku dulu 1st time wat mase pumping pengakap sekolah rendah, nak bend pun tak bley. bile dah masuk skolah menengah hari2 try wat sampai la boleh wat banyak.

skycrapper: hahaha ko tu fit, ce try wat celen nih, musti boleh gi jauh. badan dah fit kasi keluar itu otot2 kental di tangan haha