Followers

Wednesday, May 19, 2010

Dunia kotakku II

Tidur malam-malamku kini dah tak seindah dulu. Aku pun tak tahu mengapa. Setiap malam, aku pasti didatangi dengan pelbagai mimpi pelik yang membuatkan aku resah, sampaikan aku bangun pagi-pagi buta sekadar ingin melihat jam, sudah pagikah? Dalam banyak-banyak mimpi, aku asyik didatangi mimpi hantu atau mistik. Mimpi yang membuatkan aku diselubungi peluh yang membasahkan tilam dan bantalku. 

Hari-hari ku begitu, tidur pukul 2-3 pagi dan bangun seawal mungkin selepas solat. So dalam setiap hari tidurku hanya lebih kurang 4-5 jam sahaja. Pagi, aku kena menyiapkan monster kenit itu untuk dihantar ke rumah jagaan. Balik tu, aku menyediakan sarapan pagi. Kadang-kadang malas, aku pergi membeli nasi lemak atau roti canai di kedai. Selesai bersarapan, agenda mengemas rumah pun bermula, membasuh kain dan barulah berehat.

Nampak mudah? Mudah bagi orang yang selalu mempraktikkannya, namun untuk orang yang jarang melakukannya, pasti ianya sukar. 

Setelah selesai semua kerja, aku membuka komputer dan melayari internet. Facebook seperti biasa laman sesawang yang paling digemari. Membaca beberapa mesej dan melihat telatah rakan-rakan berFacebook.

Aku selalu perhatikan gelagat manusia yang kadang-kadang terlalu terbawa-bawa. Mewujudkan group yang kadang-kadang entah apa-apa, tiada pengisian, hanya tin kosong semata-mata. Kadang-kadang nak tergelak pun ada. 

Lagi satu perangai segelintir pengguna facebook yang suka mencari pasal di group orang lain. Misalannya, group ini menyatakan tentang bahayanya mee segera, lantas ada yang tidak sehaluan masuk dan membuat onar di dalam group ini sambil mengeluarkan kata-kata kesat. Bagi aku mereka ini sangatlah cetek akal dan tidak matang dalam bersosial. Jika tidak sehaluan dengan sesetengah group, jangan masuk! buat group sendiri dan cari pengikut, bukankah cara itu lebih matang dan sihat?

Aku meninggalkan komputer untuk memasak lauk tengah hari. Masak lauk simple saja, ayam paprik? ayam halia? goreng? masak kicap? sepotong ayam sudah cukup untuk lauk orang bujang di tengahari. Selesai memasak, aku ternampak satu mesej dari seorang kenalanku di FB, Dahlia. Insan yang baru aku kenal namun dia rajin untuk menegurku. 

"Hai orang bujang, hari masak lauk apa?" mesej itu sudah tertulis 3 minit yang lalu. Aku membalas "Lauk simple aja, ayam masak kicap. Awak dah makan?". "Wow, ayam masak kicap, mesti best kan? Bak la sikit, saya lapar ni" balasnya. "Hehe meh la datang sini, tak memasak ke?". "Malas" balasnya pendek. "Hehe nak hidup mana boleh malas, malas macamne nak hidup" taipku.

"Keji. Taulah dia tu pandai memasak, tak macam saya ni..." aku tertawa kecil melihat ayatnya begitu. "Pandai bukan ukuran, yang penting kita mahu dan suka. Saya memasak sebab saya suka, pandai tapi tak suka pun tak guna" aku menaip lagi. "Yelah, apa-apa jelah awak ni. Membebel mengalahkan nenek saya je" ayatnya diakhiri dengan simbol imotikon lidah terjelir. 

"Saya kan berguru dengan nenek awak hehe" aku cuba bergurau. "Dah, dah jangan nak merepek. Awak bila nak update blog? Lamanya nak tunggu cerpen ciput awak tu, kedekut betul. Tulis sikit dah bersambung" balasnya.

"Awak sambungkanlah, hehe. Cik Dahlia, sebab ianya cerpen la orang tulis pendek-pendek. Kalau panjang orang tak panggil cerpen, tapi orang panggil novel. Lagipun menulis ni bukan hari-hari boleh masuk idea dengan mood" balasku.

"Yelah cik abang, susah nak bercakap dengan awak ni. Ada je jawapannya. Dah la, saya nak keluar kejap lagi nak jumpa abang hensem jual tiket movie. Awak tak nak ikut ke? Boleh saya tunjukkan abang hensem tu." mesejnya sedikit panjang. "Ooo takpelah, sebab saya pun nak keluar jumpa akak cun jual goreng pisang depan rumah tu, hehe kirim salam jelah dengan abang hensem awak tu yeh" balasku semula.

Tiada jawapan, tiba-tiba "Keji, malam nanti jangan lupa tau. Bye awak" aku tergelak melihat dia marah lantas membalas "Ok, bye Cik Dahlia, hati-hati jalan, jangan lupa bawak payung, sekarang asyik hujan je" mesej terakhir ku bersamanya. Tiba-tiba handphone ku berbunyi, mesej masuk "Wekk!!" dari Miss Dahlia.

Aku hanya tersenyum, tak ku sangka berjumpa seorang wanita yang berminat berkawan denganku hanya selepas satu insiden di sebuah group di dalam FB. Tapi apa-apa pun kawan tetap kawan, tidak lebih dan kurang.

Ku merenung ke luar jendela, melihat awan berarak mendung. Dari jauh kedengaran bunyi guruh saling berdentum. "Hujan pasti lebat ni".

Kurang dari satu jam, hujan mula membasahi bumi Damansara. Dari hujan biasa sehinggalah selebat-lebatnya. Terlihat dari jauh seorang manusia mengharungi hujan lebat itu. Ya, wanita yang aku selalu perhatikan di pagi hari. Cepat pula dia pulang hari ini? 

Aku ke dapur membancuh kopi panas untuk diminum ketika hujan sedang mencurah-curah. Terasa suatu nikmat bau dan rasa kopi O. Seketika otakku ligat berfikir, ke mana ya hujung minggu ni? Pasti salah satu dari 2 hari tersebut aku akan ke mana-mana membawa diri bertemankan kamera, dan andainya ada yang mahu mengikuti, dengan berbesar hati aku menerimanya. Pantai? Atau ke sungai? Hmm...

bersambung...

No comments: