Followers

Thursday, May 27, 2010

POP hanya ibarat kentut


Ni review aku tentang POP (Prince of Persia). 

Jangan terlalu teruja dengan trailernya yang macam bagus tu, hakikatnya ia hanya sebuah filem aksi biasa. Bagi aku ia tidak melambangkan secara dekat siapa itu Prince of Persia.

Buat kaki games yang pernah main siri game ni dari Sand of times sampai ke Prince of Persia 2.5D, korang akan faham sebab apa aku kata POP movie kali ni macam kentut.

Abaikan muka si pelakon prince, bolehlah ada iras-iras walaupun tidak banyak resemble orang Persia yang lebih macam arab. Tu belum muka king of Persia yang langsung muka English. Buat yang tak pernah main game nya, mungkin akan teruja tengok prince buat akrobatik lompat sana lompat sini. Tapi buat yang main game ni, gerakan macam tu hanya biasa. Pada aku buatlah gerakan yang agak mustahil seperti dalam game (dunia moden tak mustahil pun, kalau tak panggil budak-budak le pacour).

Yang paling sedih adalah trademark berlawan dan bunuh prince. Jauh panggang dari api. Tak tahu lah kerana nak buat cerita ni nampak PG13 dan bukan 18. Pada aku, buatlah yang 18 supaya nampak lebih real bagaimana prince membunuh musuhnya dengan gerakan yang aku susah nak beritahu unless korang sendiri main games dia.

Dan dalam sepanjang siri game POP, kebanyakan musuh beliau adalah makhluk yang terkena sumpahan Sand dagger tu, tapi yang dalam ni semuanya musuh nyata(manusia), so agak bosan sedikit lah di situ. Tiada ketua yang kuat melainkan watak Hassansins.

Dan satu lagi jalan ceritanya yang pada aku kurang menyengat sebab banyak buang dekat sand dagger dan bukan sand glass itu sendiri dan sumpahan yang bakal terkena pada sesiapa yang berada berhampiran dengan sandglass itu sendiri. Penerangan sand dagger yang berulang-ulang agak membosankan, ditambah pula muka heronya agak funny dan bukan serius. 

Well secara overall aku boleh bagi 3.5 bintang je untuk cerita ni. Harap diorang akan improve untuk movie yang seterusnya (jika diorang nak sambung la). Harap akan ada Dahaka, Queen of time dan macam-macam lagi. Ini adalah cerita yang penuh dengan aksi, tak perlu banyakkan benda-benda mengarut dengan watak sampingan. Nak tonton sila, tapi pada aku still ianya hanya filem aksi biasa, bukan trademark POP. 

No comments: