Pagi menjelma... Uh hari ini macam semalam, bosan. Pagi-pagi yang sama. Kehidupan aku masih begini, seorang penganggur. Masih diasak bertubi-tubi "Kerja apa?" "Kenapa tak try di sini?" "Tak de cable ke?" "Tak nak sambung?"
Satu perkataan, "BOSAN!". Andai semua mulut yang bertanya tu lebih memahami dan tak sibuk sangat hal orang lain, dunia aku lebih aman.
Pagi-pagi seronok teropong dunia melalui tingkap di bilikku ini. Tak perlukan teropong, hanya besarkan mata dan fokus kepada subjek yang meniti ibarat sang singa memerhatikan mangsanya. Nah! Satu tangkapan dibuat, fokus! fokus! wah hari ini dia berbaju kurung cream lembut bersama beg birunya itu. Walaupun samar-samar dan aku tak pernah melihat wajahnya, tapi aku tahu mukanya sweet. Tapi realitinya aku masih di dalam kamar kecil ini, bertemankan jendela yang terbuka luas tika siang dan tertutup rapi tikala malamnya.
"Bangun, bangun, dah pukul berapa ni" dari kejauhan terdengar suara kakak ku memulakan celoteh pagi harinya dengan tuning radio yang membingitkan telinga. Aku membelek jam tangan Casio ku, "Baru pukul 8, takkan nak kecoh kot hari-hari minggu macam ni? Kira bagusla hari Ahad aku masih boleh bangun pukul 8 sedangkan orang lain akan bangun tengah hari dan ada yang sampai ke petang tidur. Tapi aku tahu realiti hidup menumpang" getus hatiku.
Lantas ku capai towel dan keluar dari dunia kotakku iaitu bilik aku. Kelihatan anak buah aku sedang pantas merangkak ke sana sini mengejar bola sepaknya. Satu-satunya teman, buah hati dan musuh aku setakat ni. Ku teruskan langkah menuju ke bilik air sambil termenung melihat cermin. "Uh, muka kusut gila, kena shave ni. Muka dah macam orang mati bini" aku berkata sendirian.
Selesai mandi, aku menghidupkan lappy ku untuk aku teruskan apa-apa aktiviti di dalam bilik ini. Hari ni sarapan pagiku agak menyelerakan iaitu bihun goreng. Mujurlah akak ku ini masak sedap juga, kalau tak sedap jawapannya aku bubuh sos cili or tomato je lah nak bagi sedap (ianya selalu menjadi, tak percaya boleh cuba). Well macam biasa, dia tak bubuh dalam bekas, sebab aku last makan so aku kene basuh kualinya sekali, perkara biasa, aku dah biasa dan aku tak kisah.
Hari minggu kali ini aku tak keluar ke mana-mana. Puas ku belek FB malam tadi tiada yang menarik untuk membolehkan aku keluar dari bilik ini. Kalau ada pun kursus-kursus fotografi berbayar yang aku tak dapat nak join sebab aku masih penganggur. Walaupun yang mengadakannya adalah otai-otai photog yang aku ingin sangat nak menuntut ilmu dari diorang tapi bukan waktunya lagi. Mungkin setahun dua lagi yes.
Pintu bilik aku sentiasa ditutup. Ini kerana untuk mengelakkan dari si monster kenit itu dari mengganas ke dalam bilik aku ni. Almaklumlah bilik orang bujang lelaki, gajet pelbagai. Dengan magazine lagi, CD, DVD segala-gala yang heaven bagi seorang budak lelaki yang baru mengenal erti dunia namun sudah tertarik dengan segala bentuk teknologi. Ya, dia bakal mewarisi sifat kegilaan gajet seperti aku, seperti ayahnya namun ayahnya lebih cautious dalam membeli sesuatu. Agak old skool tapi masih boleh bertoleransi dalam soal begini.
Tiba-tiba pintu aku dikuak dan muncul lah akak ku sambil memegang si monster kenit. "Tolong jaga Daniel kejap, kitorang nak pergi beli barang sekejap" katanya.
Dan aku hanya mampu mengangguk walaupun aku kata tak nak, tapi aku sedar ini adalah balasan dari duduk menumpang rumah seseorang walaupun adanya pertalian darah yang dipanggil adik beradik. Orang kata tak payah nak berkira sangat lah adik beradik. Yes aku tak nafikan tapi andai semua masalah kita serah pada orang lain, dan kita hanya mahu mengambil jalan mudah, itu ambil kesempatan namanya.
So, aku mengambil si monster dan membawanya keluar sebelum perkakas berhargaku hancur dibaling, lebih baik aku ajak dia main di ruang tamu. Lagipun sesukar mana sangat pun hendak menjaga seorang budak kecik macam dia tu?
Well tak sukar andainya budak yang dikatakan mempunyai pusar satu pun banyak idea nakalnya apatah lagi mempunyai pusar dua seperti si Danial ni. Budak lain mungkin akan tak buat dah benda yang membuatkan mereka menangis seperti kena cubit, kena marah, ditimpa sesuatu, jatuh dan sebagainya. Namun berlainan dengan insan istimewa ni.
Pernah dihempap stroller nya sendiri atas perbuatan ingin menarik benda alah tu. Pernah jatuh terlentang sebab cuba nak panjat meja walaupun hakikat berdiri pun tak stabil. Selalu kena marah dan kena cubit sebab suka main light stand, tapi akan buat muka selamba malah kadang-kadang tersenyum bila orang dok membebel.
Itulah yang aku katakan teman, buah hati dan musuh. Namun aku tetap sayangkan mamat kecik ni. Ni je la satu-satunya peneman hidup aku setakat ni yang boleh membuatkan aku sentiasa hidup dengan kehidupan sebenar. Setelah hati aku hancur, aku hanya buka hati untuk keluarga dan rakan-rakan.
Aku melihat jam di dinding, sudah menunjukkan pukul 2 petang dan kelibat akak dan suaminya masih belum tiba. Perut dah berdendang lagu heavy metal, nak masak lauk pun keras membatu. Aku terfikir agaknya akak aku ni beli makanan tengahari sekali la kot?
Monster kecik dah tidur kepenatan bermain. Aku pun penat layan budak ni, tak layan kang menangis. Tengah aku berehat sambil tengok tv, akak dan suaminya pulang. "Lamanya beli barang" getus hatiku.
Rupa-rupanya mereka keluar pergi KL, tengok wayang. So aku la yang jadi mangsa keadaan untuk menjaga anak mereka ni. Aku tak kisah la sangat. Tapi yang buat aku bengkak hati bila diorang macam tak ingat langsung aku yang dok penat jaga anak diorang tapi sikit pun tak belikan apa-apa makanan tengahari untuk aku. Tapi sebab nak jaga hati adik beradik, aku diam je la. Seorang adik mesti hormat yang lebih tua, itu yang diajar oleh kedua ibu bapaku.
Lepas diorang masuk bilik berehat, aku menuju ke dapur. Buka kabinet, selongkar megi. Selongkar peti ais cari bahan-bahan lain jumpa la tomato nak busuk dan telur 2 biji. Tu je la juadah tengahari aku, nak pergi beli makanan pun hati dah sakit. So masak, makan diam-diam dalam bilik. Kenyang tapi melayan jiwa. Dunia kotakku...
bersambung...
bersambung...
No comments:
Post a Comment