Followers

Monday, May 17, 2010

DCIM 2010

Hari Ahad yang berlalu iaitu 16 May 2010 aku berada di Midvalley. Tujuan asal hendak pergi exhibition DCIM 2010 dan buat mini gathering. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, mini gathering terpaksa di cancelkan last-last minit. Satu benda yang aku tak kisah tapi... lambat lagi la nak berjumpa semula. Raya pun belum tentu dapat jumpa each other since kelas aku campur malay and non malays.

Tulah, aku memang tak kisah cuma sakit hati sebab last-last minit la macam-macam benda nak beritahu. Sepanjang menanti tarikh keramat 16 May yang juga hari Guru, takde la pulak suara-suara bangkangan untuk pindaan tarikh. Ni dah last-last minit suruh cancelkan. 

Takpelah, abaikan benda yang menyakitkan hati. Pagi tu aku dari Bentong since my sis ajak balik on Saturday sebab nak ambil cert. doktor dia. So pagi-pagi ahad tu balik la semula ke Shah Alam. Dan la aku rehat setengah jam, mandi terus pergi ke Mid. Plan asal aku nak pergi naik motor je, tapi sebab aku baru teringat road tax aku mampus 3 May, tak berani la pulak aku nak bawak, mana la tahu kena tahan nanti. Dan rancangan diteruskan dengan menaiki public transport yang paling aku lemah sekali - Komuter.

Bagi aku komuter adalah salah satu public transport yang paling teruk sistemnya digunapakai di Malaysia. Selain teksi dan bas awam, benda alah ni sangatlah tidak mesra pengguna terutama di waktu peak hours dan hujung minggu. Setahu aku, kewujudan komuter ni dah sangat lama namun ianya tidak banyak berubah malah makin teruk dari hari ke hari. 

Waktu pergi, tak kisah sangat berdiri sebab tenaga masih banyak walaupun hari tu ditakdirkan aku tak berapa nak sihat. 

Terima SMS dari member sekolah "Bro, lu dekat mana dah? Wa dah dekat Mid dengan awek gua". Aku hanya sempat membalas "Wa dalam tren, sendat nak mampus! Lu gi jalan2 dulu lah dengan awek lu". Aku risau dia lama menunggu sebab paham sajalah tren komuter ni setengah jam sekali. 

Turun di KL Sentral, tukar tren pula ke Seremban, still penuh macam sardin. Aku still berdiri tapi takde benda nak dipegang. Risau kalau terpegang perempuan (orang ingat aku ni gila sex lak). 


Sampai di Mid, aku terus lajukan langkah. Ramainya manusia di Mid, satu benda yang aku nak elak kalau takde apa-apa event di sini. Sesampai di Hall 2, aku SMS member aku tadi "Wei, ko dkt ner? Aku dah dalam Hall 2". Sesambil aku melihat satu replika kamera SLR mirip aku punya tapi aku tahu bukan D60 sebab dial mode nye berbeza. "Pasti D3000". Kelihatan ramai orang mengambil gambar. Tunggu punya tunggu, aku berjalan masuk ke dalam Hall 2, wah lagi meriah dari tahun lepas. Teringat tahun sudah aku pergi DCIM bersama ex. Kali ni aku sorang dan bertemankan member. Apalah nasib.


"Aku dekat Hall 2" pendek SMS member aku ni, tapi aku tanya lah dekat booth mana? Sebab dalam Hall 2 tu ramai gila orang, banyak gila booth. "Dekat dengan kaunter depan-depan" balasnya lagi. Aku pun pergi balik dekat kaunter depan, tak nampak muka pun. Aku blah dan terus ke Hall 3, aksesori kamera. 


Kalau duit banyak boleh sambar beg, tapi duit tak berapa, lepas tu beg yang aku ada tu pun tak terjual lagi. So jalan-jalan belek-belek benda lain. Orang sibuk beli beg, beli lens 3rd party. Beli lampu strobist, lampu studio, filter, hard disk, memory kad, dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu melihat dan ternganga mulut je.

Then aku teringat nak cari member aku ni, so aku pun keluar dari Hall 2, dan nampak dia dekat Hall 1, pun ada event tapi pasal nutrition food. Sekali aku sound dia, "Wei ko cakap Hall 2, tu hall 1, ni ha hall 2". Dan time tu la gak aku dapat tengok awek dia secara live. Selalu tengok dekat facebook gambar profile je. Lawa gak, sesuai la untuk dia.

Aku lepas single ni, macam fobia nak pandang perempuan. Tah la, takut terjatuh cinta kot hahaha. Tapi skodeng-skodeng tu biasa la sebab orang tak pandang aku. 

Member ni bising tanya kenapa nak cancel gathering, yang mana ada proceed je la. Aku pun terang la macam aku terangkan di atas. So apa nak buat, orang dah suruh, aku proceed je la.

Bermulalah aktiviti aku sebenarnya, untuk meracun member aku ni untuk angkat SLR satu. Hahah, tapi aku bukanlah kejam, aku just nasihat kalau nak beli kamera yang berkualiti, kompak kene RM1000 ke atas. Then dalam dia dok membelek dan mencuba tu, ada la yang dia berkenan kamera kompak by Lumix harga dalam RM1700. Aku racun dia kata kalau ko beli yang ni, ni je la yang ko dapat. Kalau ko labur lagi dalam 2-3 ratus ko dah dapat SLR yang baik punya. 


So aku bawak la dia pergi test SLR Canon 550D since abang ipar aku dah beli dan aku dah try rasa dan guna. Tapi yang ni untuk yang intermediate since harga dekat RM3k. So untuk yang below RM2k, aku sarankan amek 1000D pun dah ok. Better dari D60 aku.


Then aku bawak dia round tunjuk kedai aksesori yang aku rasakan dia perlu ada suatu hari nanti kalau dah ada SLR. Dah habis racun, aku suruh la dia try rasa kamera nikon dengan lens tele zoom  orang shoot wild life macam burung. Kamera ni memang dah lock, so sesiapa pun boleh try rasa. Tapi sebab dia segan, awek dia yang try dan aku pun ambil gambar.


Dah puas try macam-macam, so kitorang pun blah. Actually member aku blah, aku pusing balik sebab nak beli benda alah ni; Lenspens (brush), Cokin filter. Ingat nak beli CPL filter tapi duit dah tettt, so kena beringat la. On the way balik, sempat la ambil gambar model walaupun lens aku ni comel je berbanding orang lain lens selengan.


Tengok jam dah dekat pukul 2, so kena balik. Perut dah berbunyi, turun sampai LG, then cari air. Haus tak ingat, tapi manusia ramai gila. Nak makan kedai pun aku sorang tak syok. So balik je la tunggu komuter bongok dengan lautan manusia. 


Sampai dekat KL Sentral kaki aku dah tak daya nak jalan kes berdiri lama sangat. So aku terpandang satu kedai. Agak dalam fikiran mesti mahal sebab kes dulu makan nasi lemak rendang daging dekat RM14. Tapi fikir balik lantaklah, aku nak rehat kejap sambil isi perut. Perut lapar gila, pagi dan la aku makan 2 ketul karipap sama kuih ketayap. So dekat pukul 3 lebih tu aku baru nak lunch. 

Tengok menu, nasi lemak biasa pun RM4, bedal jelah sama milo ais. Sesambil tunggu makanan siap, aku duduk dekat dengan laluan orang nak keluar dari mesin tiket komuter tu. Restkan kaki, kena kipas, best gila rasa, rasa nak tidur.

Tapi bila sampai nasi lemak, aku terkejut sebab ada sayur kangkung. Lepastu makan sambalnya, Ya Allah masin gila. Cuba makan kasi habis tapi sebab masin tak terbilang aku terpaksa berhenti. Terfikir sejenak "Melayu kalau dah dapat port baik tak nak berniaga betul-betul, sayang gila. Kalau aku..." cewah, dah start kalau aku. Lepak dalam setengah jam, aku turun ke stesen komuter untuk pulang ke Shah Alam.

Tapi perjalanan pulang paling hampeh, sebab dah la aku naik coach semuanya lelaki dan ramai warga asing lak tu. Aduhai dengan sempitnya, dengan aku mengantuknya, kaki dah tahap nak duduk. Sempat la juga aku tertidur kejap sambil berdiri.

Sampai dekat stesen komuter S. Alam, terus pergi cari kedai beli air jus. Nak hilangkan dahaga plus tambah energy. Belum sempat nak keluar, ada sorang pakcik tahan mintak tolong callkan anak sedara dia sebab dia kurang pendengaran. 

Sampai dalam bilik, dan tengok barang-barang beli tadi, tarik bantal terus lelap macam sleaping beauty wakakak. Sedar-sedar akak aku nak keluar dgn family. Gila penat!

No comments: