Followers

Thursday, May 20, 2010

Movie panas


Tengahari tadi baru je aku pergi tengok cerita Shrek Forever After. Well semenjak trailernya keluar di pawagam lagi aku dah ternanti-nantikan filem ni.

Sebab untuk peminat-peminat kartun 3D macam aku, apa-apa jenis kartun yang bikin pecah perut memang untuk ditonton. 

Orang selalu kata, kartun ni budak-budak je minat. Tapi aku rasa untuk di alaf sekarang ni, rata-rata peminat yang memenuhkan panggung wayang adalah budak-budak tua macam aku ni. Sebab? Sebab kartun mostly hillarious, sangat menghiburkan dan memang tak rugi lah bayar tiket walaupun dekat RM20 pun untuk tengok yang 3D punya.

Bagi yang tak tengok filem Shrek dari awal, sila la tengok. Tak rugi. Bagi yang menunggu final chapter ni pun, sila lah tengok di pawagam. Sebab nak tunggu DVD release lambat lagi la, kecuali korang beli yang ehem-ehem pun tak gerenti lawa. Or korang ada mini theater di rumah ok la kot.

Ok berbalik kepada cerita Shrek kali ini, buat yang dah tengok trailer pasti tahu serba sedikit. Aku just boleh ulas je, sebab kalau aku cerita A-Z nanti korang tengok bosan pulak. So aku bagi la hint sikit untuk part yang korang kena cari dalam filem tu nanti.

Part yang aku merasakan menarik, time birthday anak-anak Shrek, ada satu watak yang gila kelakar dalam masa yang sama annoying. Hahaha sila cari.

Part lain yang aku rasa best, part Donkey bertemu Shrek setelah kontrak ditandatangani. Part Shrek jumpa Fiona. Part paling best of course, pengenalan Puss semula berjumpa Shrek. Ni yang korang tengok dekat trailer, kena tengok! Lain-lain macam ada watak villain baru, ogre menari, witch menari, dan lain-lain.

Satu petikan dari ayat Puss "Feed me if you dare", "You are riDonkeylous hahahaha". Sila cari di mana ayat tersebut gerenti korang gelak punya.

Well apa aku boleh kata, cerita ni bagus untuk family sebab bonding family dah makin kuat, pengorbanan dan cinta sejati itu ditonjolkan lagi. Aku boleh bagi 4 bintang untuk movie ni, 5 tak dapat la. Dan di akhir cerita tadi, rata-rata pengunjung tepuk tangan tanda puas hati tengok, tak terasa burn la tiket. 

So tunggu apa lagi, hujung minggu ni pecahkan pawagam GSC atau TGV dan tengok beramai-ramai dengan member, awek, bf, family dan siapa-siapa je la. Rugi wok tak pergi tengok! Sekian laporan movie dari aku.

Oh ya, next week 27 May Prince of Persia akan keluar. 3 Jun Lagenda Budak Setan akan keluar. Dan 10 Jun, The A Team akan keluar. Berderet tu tiap-tiap minggu movie yang dijangka best (harap-harap LBS tu bestla).

No comments: