Followers

Wednesday, March 31, 2010

Burger

Salam,

Beberapa hari yang lepas akak aku ada beli satu jenis daging burger. Disebabkan daging burger Ramlee tiada, so tiada choice selain membeli jenama lain yang mempunyai satu alphabet dan satu nombor.

Time beli tu pun dah agak pelik sebab tengok warnanya yang merah gila macam gincu. Tapi sebab dah takde option, so beli juga lah nak try kot-kot la sesedap daging Ramlee.

Dan menu pagi tadi, aku tengok di dalam tong sampah ada baki daging burger ni. Dan aku teringat yang aku rasa macam pernah beli daging burger ni yang juga aku buang akhirnya.

Tadi aku try kukus 2 ketul daging burger ni. Time angkat daging yang dah unfrozen tu rasa macam paste yang berbetuk bulat. So aku buat-buat tak kisah la. Tapi lepas siap masak. Tengok warnanya still merah? Selalu kalau kita masak daging, lepas masak daging akan berwarna kelabu coklat-coklat menandakan daging tu dah mati (masak). 

Tapi daging burger ni sill merah menyala... sila perhatikan gambar di bawah.


Perhatikan warna daging tersebut, ingin aku tekankan di sini, warna merah tersebut aku tak edit. Aku hanya edit frame gambar saja. Dia punya tekstur? woobly woobly macam gel... agak pelik untuk daging burger... so aku pun tak tahu la part mana yang dagingnya sebab nak kata hot dog punya tekstur pun bukan... memang pelik. So next time kalau korang nak beli daging burger aku syorkan jangan cari jenama yang simbolnya satu alphabet dan satu nombor... memang akan ke tong sampah akhirnya...

Radikal photo+grafik

Salam,

Post kali ini aku nak introduce dekat korang salah sorang photographer berhaluan kiri yang aku sangat berminat dengan karya + attitude + mind set beliau.

Mungkin korang pernah dengar namanya, mungkin ada yang pernah tengok karyanya. Tapi kalo korang nak tau lebih lanjut korang kena masuk fan page nya dan selami apa yang hendak disampaikan melalui photo dan grafik.

KB atau kukubesi, nama sebenar heheh korang tanya la beliau sendiri. Anak kelahiran Pahang (orang KL = Kuala Lipis) mempunyai syarikat sendiri dalam bidang photo dan grafik. Hohohoho cerita banyak pun aku tak tau nak cerita macam na cuma aku boleh bagi link dekat korang. Dan korang judge sendiri karya-karya beliau. 

Apa yang aku nak tekankan di sini adalah selain karya, attitude dan mind set beliau yang ganaz tapi lembut tu memang menarik perhatian termasuk aku sendiri. So jangan risau kalo di fanpage pun korang tegur insyaAllah dia akan balas (kalo x bz la), serius peramah brader ni. Walaupun aku tak pernah jumpa, tapi dalam FB ni pun dah tergambar betapa brutal dan peramahnya beliau. 

Sebut pasal mind set, dari segi bisnes, nothing is personal. Sebab bagi beliau jika kawan tidak bantu kawan siapa lagi, dan istilah free untuk kawan tu ada hadnya. Arghh korang kena tengok dan selami sendiri, aku cerita pun korang akan cakap "Eleh ye ke?" So aku menjemput korang masuk ke fanpage beliau (bagi yang berminat). 

Rugi pada aku kalo orang tak join (bagi yang berminat la). Oh ya lupa nak mention, beliau juga ada job dengan KRU untuk movie terbaru.

p.s: aku promot ni bukan aku agen under dia, malah aku tak dapat apa-apa benefit pun cuma pada aku untuk photog yang berminat untuk ceburi dunia photography patut tengok karya-karya beliau dan cara beliau menyampaikan sesuatu dari caranya yang melawan arus. 

Klik di sini untuk jenguk or nak join

Tuesday, March 30, 2010

Movie; Bagaimana nak melatih naga anda?

Salam,


Cerita ni takde pun mendapat liputan meluas dari segi promosi. Orang pun takde la tau sangat cerita ni. Dan dari segi tajuk pun bunyi sangat dull dan bosan. Tapi ini adalah cerita yang wajib tonton. Untuk yang ada duit lebih dan sanggup pergi jauh sedikit, boleh la tengok yang 3D punya. Bagi yang takde benda tu boleh la tengok dekat cinema biasa je (still pada aku puas hati).

Actually cerita ni tak disangka pun nak tengok. Sebab dek iklan dasat-dasat macam cerita V3 Samseng Jalanan, KL Drift 2 dan lain-lain cerita, cerita ni bukan dalam list pun. Tapi lepas ada review oleh dua member yang mengatakan cerita ni best. Aku jadi teruja nak tengok. Lagipun kalau dibandingkan cerita animasi 3D dengan cerita-cerita aksi, aku prefer animasi sebab mostly kartun dia ada sense of humor yang seronok itu ditonton. So, tak perlu risau duit membazir, tak perlu risau bosan, tak perlu risau mengantuk or apa-apa. Just beli pop corn dan makanan hapa-hapa, duduk dan rilex tengok cerita ni. 

Cerita ni beri pengajaran pada kita jangan selalu buruk sangka terhadap sesuatu yang nampak ganas, buruk atau mempunyai sejarah silam yang tidak baik. Kita hendaklah sentiasa mengkaji lebih mendalam sesuatu benda. Cerita ni juga menonjolkan ciri-ciri berani melawan arus, iaitu sesuatu yang dah lama bersemadi di dalam sesuatu masyarakat. Kita harus berani untuk membuat pembaharuan. Overall aku bagi 4 bintang, best seronok. Sesuai untuk bawa budak-budak kecik walaupun yang tengok tadi tu semuanya budak-budak besar (macam aku wahahah).


Tadi sebelum cerita ni start, ada iklan movie Shrek the final. Seperti biasa aku tak pernah miss siri movie Shrek ni sebab jalan cerita yang kelakar. Dan kali ni diorang memang membuatnya jadi kelakar hanya dengan iklan. Buat yang tak pernah tengok lagi iklan Shrek, sila tengok iklannya di bawah... perhatikan apa yang dah berubah?

Well, nampaknya hari esok dah start tayangan Clash of titans. Aku ingat nak tengok juga tapi memandangkan waktu malam, takpelah tunggu hari khamis je la. Cerita ni pun iklan gempak tapi tak tahu lah kalau bosan... Adoi...

Monday, March 29, 2010

Saya bukan Ahlong, saya kaki pukul!

Salam,

Aku ada story nak cerita dekat korang. Benda ni aku dah tepek dekat FB aku tapi secara general saja la. Mungkin tidak detail sangat. Ni aku nak cerita untuk pengajaran bersama dan buat manusia-manusia yang liat nak membayar hutang.


1st of all, kenali adab-adab untuk meminjam duit dari seorang insan yang kita gelar rakan, sahabat, kawan or apa-apa je la BFF? Define gelaran tu, kalau anda benar-benar paham maksudnya, barulah boleh proceed untuk meminjam.

Ok, pastu sila khatamkan bab berhutang cara Islam. Tolong khatamkan juga bab BERJANJI, dan juga bab KAWAN MAKAN KAWAN.

Dah khatam? Faham? Ok tu maknanya memang untuk meminjam. Tapi kalau awal-awal lagi pun tak paham, STOP! Tolong jangan menyusahkan orang lain dengan sikap najis tu. Tau tak najis tu busuk? Dalam mana-mana agama pun takde siapa nak approve benda alah ni. So STOP BEING SHIT!

OK back to the story...

Kisah nya begini. Seorang sahabat meminta pertolongan dariku untuk meminjam duit kerana dia tengah kekeringan sebab dek sahabatnya yang juga meminjam darinya. Atas dasar aku percayakan dia, so aku memang takde masalah nak bagi pinjam sebab amountnya pun tak banyak sangat. Dia pun dah cakap akan bayar ASAP if member dia ni bayar balik hutangnya.

So tarikh keramat yang deal pun berlalu, aku pun heran la takde bunyi pun. Tapi aku bagi masa sebab aku tahu orang bekerja memang agak bz. So takpelah aku tunggu. Tapi sebab duit aku pun makin kering, so aku terpaksa la berbunyi sikit sebab TERPAKSA. Kalau kewangan ok, aku takde la nak bising pun, malas nak bising-bising pasal duit dengan sahabat je pun. 

So last-last still takde cerita. Yang ada cerita, sahabat aku ni pun still tengah tunggu duit dia dari sahabatnya itu. Dia try kontek tapi tak dapat. Dengar cerita duit yang dipinjam banyak. So, korang boleh faham sendiri la. Aku pun dah malas nak bising sebab kesian lak dekat dia. 

So aku just boleh cakap, "takpelah, dia lari, akhirat masih ada" untuk tenangkan dia. Tu aku cakap, dalam hati aku, "kalau aku dapat si najis ni, memang lunyai la aku kerjakan". Lupa lak aku nak tanya member die tu lelaki ke perempuan.

Tapi tolonglah, reti pinjam reti la bayar. Reti berjanji, reti la tepati. Kalau ye pun nak mintak tangguh at least time member tu tengah cari or call, tolong la angkat ke beritahu. Jangan nak lari-lari, ni bukan trek balapan nak berlumba lari. Tolong letak situasi anda di tempat si tukang pemberi pinjam. Anda bernasib baik sebab si tukang beri pinjam ni bukan Ahlong, tak kenakan bunga dan lebih penting takde upah kaki pukul. So tolong bertimbang rasa sikit. 

Aku memang geram dengan orang macam ni. Kalau aku kena macam dia ni, memang aku cari sampai lubang cacing. FB? Friendster? Emel? No hp? Alamat rumah? Member-member? Semua aku cari. Sorrylah aku zalim sikit. Kawan tetap kawan, tapi kalau buat najis dekat aku ko taknak basuh, tu memang GAMPANG la. Akai ada?

Dan si member aku ni pun dah serik nak kasi pinjam duit. Aku? Tak serik sebab aku ni kan kejam, orang bayar aku no hal. Tak bayar ko memang nak cari pasal!

Saturday, March 27, 2010

Game Review

Salam,

Untuk kaki-kaki games especially PC games, ni aku nak review beberapa games yang aku dah main dan beberapa games yang baru keluar dan tengah nak hot (kot?) dekat pasaran.

Untuk game pertama adalah PES 2010, sorry kalau aku lambat review. Aku pun baru je beli DVD nya ehem-ehem, tapi oklah installation senang, takde crack or mount ke hapa jadah. So boleh katakan safety sikit la. Ok game ni main dalam laptop aku kena pakai resolution middle (1000+x700+) sebab yang tingginya gameplay jadi sekat-sekat.


Ok yang besnya untuk PES kali ini dah dipertingkatkan graphik (of coz la kan) so memang agak real di situ. Pergerakan baju yang berbeza setiap kali pemain bergerak. Muka pemain pun memang dah ala-ala, tapi tatau la kan rivalry dia macamna (FIFA 10). Dan dalam PES kali ini ada slot UEFA championship untuk rebut piala kelab-kelab. Ada slot untuk become a legend, dan yang lain-lain tu biasa je la.

Satu yang pasti yang aku tak suka sangat, adalah sistem bunyi yang pada aku agak lame, sebab tah apa sebab sorakan peminat macam kurang bermaya terutama bila gol. Yang lain-lain tu kire marbeles la.

Untuk game kedua, adalah Supreme Commander 2. Ni adalah game RTS so bagi yang minat main strategy, boleh la main game ni. Kalau yang pernah main Total Annihilation, ni adalah developer yang sama. Konsep macam C&C cuma yang ni lebih kepada robot 100% dan takdela payah mana nak paham konsepnya. Sistem requirementsnya agak rendah berbanding C&C 3 atau COH, Tales of Valor. So kalau nak cuba boleh.


Tu game yang baru aku try, ada banyak lagi game yang tak try yang baru keluar macam C&C 4, Metro 2033, Call of Duty; Modern Warfare 2, Battlefield Bad Company 2, Mass Effects 2 dan macam-macam lagi. Yang pasti game-game ni tak boleh dimainkan di laptop sebab kena graphic card yang agak power. Kalau sesapa ada desktop cun boleh la try game-game di atas mesti masyuk~~~


Friday, March 26, 2010

Kawan-kawan sila ambil perhatian...

Salam,

Aku beberapa kali fikir patut atau tidak aku tulis post kali ini. Tapi last-last aku nekadkan diri demi kebaikan bersama, aku patut beritahu.

Jika tahun lepas kita dikejutkan dengan virus You-Know-wH1ch, dan nampak macam dah habiskan wabaknya. Tapi adakah kita masih ingat pesanan bahawa terdapat phase 2 atau gelombang kedua?

Jika ya, sila ambil perhatian wahai kawan-kawan. Posting kali ini bukan untuk mencetuskan suasana panik atau apa, sebab pada aku sementara masih terkawal lah perlu diberitahu. 

IA dah kembali, the You-Know-wH1ch! Menurut sumber yang aku sangat percayai, sehingga kini dah ada 3 deaths dan there are 60 plus which are POSITIVE.

Aku tipu? For whom yang kenal aku, aku tahu sumber ni dari 'sumber dalaman' yang sangat boleh dipercayai, so sumber tu takkan tipu aku, dan aku takkan tipu korang. Yang menipu kita dan sorok benda ni adalah You-know-Who kerana tak nak cetus panik konon-kononnya.

Panik sebab ada 3 deaths? Better now than never la beritahu, bila dah makin ramai yang fatal sebab mereka tak perasan dengan peralihan cuaca. Perasan atau tidak lately ni asek hujan je, so bagi budak-budak Biology, korang pun tahukan apa yang menjadi pemangkin untuk You-Know-wH1ch untuk tersebar lebih luas.

Sumber itu turut menasihatkan aku untuk mencari antidote di mana-mana klinik swasta yang ada supply sebab yang You-Know-Who tak supply benda tu untuk kita, kecuali kita ni positive (dah nak mampus baru nak bagi?) Benda-benda camni mesti percuma untuk golongan-golongan atasan You-Know-Who.

So nasihat aku, BEWARE! BE AWARE! Kalo ada topeng, sila pakai kalo keluar rumah. Or if possible jangan pergi tempat-tempat yang terlalu crowded. Jaga kebersihan diri dan pastikan diri sentiasa sihat dan bebas dari segala macam demam atau selsema. PENTING! Tak perlu nak panik sebab benda ni bukan nak kiamat dah pun cuma BERHATI-HATI. 

Aku agak sangsi kenapa You-Know-Who terlalu berahsia kali ini???????

Thursday, March 25, 2010

A story to be remembered


***cerita ini diambil dari FB KB(KukuBesi) yang membenarkan untuk dishare cerita ini pada sesiapa yang sudi membaca. Cerita ini agak sedih, panjang dan agak dah lama sedikit tapi bagus untuk tauladan bersama...Enjoy!!***

4 years ago, an accident took my beloved wife away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bed sheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation.

"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.

However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.....

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes me proud too!

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by...Christmas carols and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year.

His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy.


My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once..."

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say.....

I told my son, " Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldn't help opening the letter before they turn to ash.


And one of the letters broke my heart....

Dear Mummy,

I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why haven't you appear?


After reading the letter, I can’t stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....

AERIMS (apa tu?)

Salam,

Buat yang dah join page ni mungkin tahu apa makna AERIMS ni. Buat yang tak tahu dan nak join, sila la tapi pastikan korang tak emo lebih, dan pastikan debate secara sihat. 

Oklar, AERIMS ni stance for All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks. Well korang tengok page ni pun korang boleh agak kan apa isi kandungannya. 

Join benda ni seronok sebab dapat tegok macam-macam kisah dan buah pikiran orang tentang WH (wartawan hiburan) yang kita selalu dok maki-maki. Dan page ni jugalah yang sampai masuknya dalam paper, dalam Terjah, dan kebanyakan FB WH ni.

Well name groups ni aku tak setuju sangat tapi memandangkan aku pun join atas ternampak je, so jgn byk bunyi je la. Tak boleh la nak kat all, mungkin boleh letak Some, atau 1/3 atau Mostly ke ok la juga sebab banyak WH yang masuk page ni cuba untuk membela nasib mereka sebab terasa (terasa?)

Dan hari ini debate besar-besaran berlaku bila admins nye sendiri (salah dia juga sebab keluarkan statement camtu) so bila dah heret bab halal haram sume tu dah jadi tak bes lak debate hahaha. Dan bila debate ni beremosi, lebih cenderung lah untuk pelbagai serangan peribadi.

Mungkin WH ni tak sedar atau masih rabun-rabun ayam yang kami (peminat) bukanlah nak sangat tahu kisah-kisah panas artis-artis di Malaysia ni. Banyak lagi kerja-kerja kami nak buat. So tak perlulah nak selongkar sampai ke kain dalam or spender artis tu hehe, sebab benda baik dan buruk akan tersebar dengan sendirinya jua tanpa kehadiran WH. Cuma fenomena WH akan menambahkan lagi keberkesanan itu sebab diorang ada kuasa untuk menghebahkan satu dunia. Mana lagi berat mulut ke mulut atau hebahan melalui media massa ie: paper, tv dan magz?

Akhir kata buat teman-teman nak join sila pastikan korang tak beremosi kalau point kena tikam dek sesapa hahaha

nak join sila tgk dekat page yg aku join di FB...

Wednesday, March 24, 2010

Kemarahan Dante

Hari ini di paper Metro menunjukkan gambar besar satu permainan game konsol PS3 dan Xbox360. Game yang selalu aku sebut-sebut dan pernah keluar pun jadi game dekat FB.


Dikatakan game ini memesongkan akidah orang yang bermainnya. Aku tak de la nak bangkang sangat sebab dari sudut agamanya ya, memang betul. Tapi dari segi realiti hidup yang aku pernah main game seakan-akan ini, tidaklah pula aku hendak terpengaruh yang keadaan akhirat or benda-benda ghaib ni begitu rupanya. Sebab kita dah diajar, benda-benda ghaib ni tidak dapat divisualkan melalui minda yang waras.

Tapi mungkin kandungan game ini yang cover game pun sudah melambang pahlawan perang salib bersama senjata grim reapernya yang berbentuk salib yang menggusarkan sesetengah pihak. So mereka sarankan banned benda ni. Tapi banned pun tak boleh nak buat apa dah. Kedai game suma pun bukannya berdaftar, so ia boleh dibeli di mana-mana selagi ada orang jual game. Lainla di kedai Sony atau kedai game ori (tu pun kalo diorang nak jual balik benda ni).

Sentuh pasal hiburan yang memaparkan adegan or jalan cerita yang boleh memesongkan, aku rasa banyak dah benda-benda camni yang orang terlepas pandang. Contoh macam siri Supernatural di AXN, aku dah jarang tengok sebab aku tengok jalan cerita dah bukan supernatural lagi dah. Ni dah sampai bab-bab keagamaan lebih bila dah ada angel, ada prophet, ada demon bernama Lilith (dikatakan sebagai isteri kepada demon). Mungkin ada sesetengah translation patut dibiarkan dlm English or tukar kepada wording lain, sebab kalau digunapakai dalam bahasa melayu yang digunakan hari-hari takut lagi yang terpesong. 

Macam cerita wayang Legion, pasal angel dan fallen angel, cerita Da Vinci Code, dan beberapa lagi kisah-kisah yang benda ni sepatutnya diberi perhatian. Boleh tengok atau tidak, itu kena tanya minda kita adakah kita tengok untuk terpengaruh?

Hehe yang lawaknya game yang aku minat main, God of War takde la pulak dalam listing diorang banned. Padahal game ni ganas nak mampus, lucah, dan ada juga scene dekat neraka, underworld, cuma mungkin ini berdasarkan mitos ketuhanan Greek, so orang tak kisah sangat?


Well semuanya bergantung pada diri sendiri sebab dalam dunia yang serba moden ni, macam-macam dugaan akan datang

Monday, March 22, 2010

Apabila Syaitan Menangis V


"Saya cintakan dia ibu! Dia sudah berjanji mahu mengahwini saya" air matanya berjuraian. "Tapi aku tak sukakan dia, dia tidak sama seperti kita. Kita golongan berada, golongan bangsawan" kata ibunya sambil memotong sebutir pinang.

"Dan kau tahu keturunan kita ada pantang larangnya untuk bersama golongan seperti mereka, kau adalah warisku" sambung ibu tua itu lagi. "Tapi Embung tak mahu bu. Ianya menakutkan dan berdosa bu" terang wanita itu lagi yang bernama Embung. "Sudah! Kau saja seorang warisku yang masih hidup, apa kau mahu aku hidup selamanya? Kau harus ambil saka ini, kalau tidak ianya tidak akan membenarkan ibu mati sekalipun, dan ia akan menganggu kampung Tebok Jin ini selama-lamanya" balas Wok Ranum lagi. 

Wok Ranum merupakan seorang bomoh wanita yang mewarisi bakat dari ayahandanya yang juga seorang bomoh handal di kampung Tebok Jin. Namun atas dasar perbomohan mereka telah dihalau dari kampung dan menetap jauh ke dalam hutan. Mereka menjalankan kehidupan lebih kepada bercucuk tani dan mengambil upah mengurut serta menjual minyak-minyak urut dan sapu kepada orang kampung yang masih berurusan dengan mereka. 

Namun sesuatu yang menggusarkan hati Wok Ranum adalah saka peninggalan arwah ayahandanya yang semakin kuat meminta dan sukar untuk dikawal oleh Wok Ranum. Pernah juga dia dan sakanya itu bertempur "Aku sudah pesan, jangan apa-apakan anak aku, kalau kau mahukan upah atau apa-apa kau boleh ambil dari aku, tapi jangan apa-apakan anak aku. Nahas kau kalau kau masih mengganggunya" marah Wok Ranum ketika Embung mengadu ada sesuatu yang berbunyi kencang seperti nafas orang dan terasa ada benda yang menyelak kain batiknya pada malam hari.

Ibu mana yang tak sayangkan anaknya, namun Wok Ranum pasrah apabila dia makin tua dan sakit-sakit mula nyata. Dia terpaksa berkeras supaya Embung menerima sakanya itu dan dia perturunkan segala ilmu yang boleh untuk melindungi Embung. 

Malam itu langit begitu gelap, tidak menampakkan sebarang cahaya bulan. Wok Ranum kini terbaring lesu di atas tilam sambil ditemani oleh Embung dan anak saudaranya Jah. Kerana mereka dipulaukan, tiada siapa yang datang menjenguk Wok Ranum sakit. Jah ada memberitahu Embung panggilkan Tok Imam, tapi ditolak Wok Ranum. "Biarlah Jah, aku ni banyak dosa, segan aku nak panggilkan Tok Imam". 

Jah cuba membacakan surah Yassin kepada ibu saudaranya itu namun apabila dimulakan pembacaan, Wok Ranum meracau-racau seperti kesakitan, angin menderu-deru, sehinggakan pintu tertutup dek kerana angin itu. Jah cuba meneruskan lagi, terasa getaran di atas atap zink seperti orang berjalan. Oleh kerana keadaan makin teruk, Jah memutuskan untuk memanggil Tok Imam juga dan menyuruh Embung berjaga-jaga. 

"Kenapalah tak beritahu Tok awal-awal?" kata Tok Imam. "Saya nak panggil dah Tok, tapi Wok tak bagi" terang Jah. "Dah, moh kita. Jalil, Itam kamu ikut aku sekali" arah Tok Imam.

Di rumah Wok Ranum, keadaan sangat sunyi. Tiba-tiba terdengar suara Embung menjerit "Tolong, jangan! Ibu jangan bu!" tangis Embung. Kelihatan Wok Ranum di atas bumbung rumah sambil mulutnya terkumat kamit berbahasa melayu purba. Tok Imam mengarahkan anak buahnya untuk menaburkan garam, lada hitam dan cebisan-cebisan jantung pisang disekeliling rumah itu. Selesai proses memagar, Wok Ranum meluru masuk semula ke dalam rumah. 

Dengan diiringi ayat-ayat suci al-Quran dan garam, Wok Ranum berjaga dibaringkan semula. Selang 15 minit kemudian, Wok Ranum telah menghembuskan nafas terakhirnya. Embung tidak putus-putus menangis di atas pemergian ibunya itu. Kini tinggal lah dia sendirian.

Sejak perginya Wok Ranum, kehidupan Embung tidak lagi ceria seperti dulu. Kekasih yang dipujanya dulu pun kini sudah meninggalkan dirinya setelah didapati Embung bukanlah orang biasa. Jah yang merupakan sepupunya pun kini sudah sibuk dengan persiapan untuk mendirikan rumah tangganya. Walaupun telah diajak Jah untuk tinggal sekali di rumahnya namun dia menolak. Dia lebih banyak termenung seorang diri dan banyak menangis di malam harinya. Dia teringat pesanan arwah ibunya yang memberitahu bahawa jangan dibuka peti berlambang  dewi itu. Namun atas dasar ingin tahu dan tidak tahan tiap-tiap malam diganggu saka ibunya, dia tekad untuk mengetahui apa yang ada di dalam peti tersebut.

Malam jumaat, dia memberanikan diri untuk membuka peti berlambang dewi itu. Lambang yang berbentuk seorang wanita bersayap dan memegang seorang bayi di pangkuannya amat mengujakan Embung.

Di dalam peti itu mengandungi selembar kain sutera, sepasang gelang kaki emas, seutas rantai berloketkan delima, sebilah keris usang. Di dasar peti itu tertulis suatu mantera dan dinyatakan jika ingin hidup kekal cantik dan berkuasa. Satu persatu ayat dibacanya untuk mengetahui cara-caranya. Bagaikan hilang pedoman diri, dia tertarik dengan mantera namun syarat-syaratnya amat menguji jiwa...

Saturday, March 20, 2010

KL (kaki longlai)

Salam,

Aku rasa ini bukan post yang pertama aku tulis pasal berjalan-jalan di KL. Tapi ini juga bukan post yang pertama akan aku tulis bahawa aku akan balik awal sebab 'tak tahan' dengan godaan bandar metropolitan ini.

Tempation sangat kuat walaupun di terik tengahari. Apatah lagi kalau malam menjelma, macam-macam yang keluar, kalau tak kuat iman memang hancur.

So aku kalau ke KL, satu kene pastikan misi apa dia. So kali ni misi aku nak beli ND filter. Ok, lepastu kena pastikan duit mesti ada. Tadi aku hangin sebab try kad ATM Bank Islam, ada masalah tak boleh nak tengok baki. Kena la pulak mengadap Bank Islam ape ke ceritanya ni.

Yang lain-lain tu macam transportation, pukul berapa nak pergi dan balik tu subjektif. Tengok mana yang lebih senang. Dan aku pilih untuk naik separuh-separuh. Naik motor sekerat jalan sampai Asia Jaya, lepastu aku naik LRT terus ke masjid jamek. Ni kes nak elak naik motor, bas dan komuter.

Macam biasa, tempation pertama of coz la wanita. Tapi aku rasa setakat dalam LRT ni ok lagi rasanya. Tapi bila keluar je dari masjid jamek haaa mulalah, macam-macam fesyen yang menggugat iman ada depan mata. Hohohoho, aku terpaksa jalan laju untuk mengelakkan dari asyik memandang  benda yang tak patut dipandang (tak patut ke? Dah dihidangkan...).

Aku jalan kaki je dari masjid jamek ke campbell mengenangkan satu station je pun kalo naik LRT. Lagipun jalan kaki kasi eksesais sikit badan. Sampai ke Photo Selangor, jumpa satu uncle ni. Tanya dia pasal ND filter, dia kata kena order dulu sebab diorang tak simpan stock. Tapi lepas tu...

"U mau angkat ini la, ini orang punya, suda lama order tapi tak collect-collect" kat uncle yang bermata juling ini. Aku tanya la harganya, berapa? 100 hengget. Aduhai... tapi filter screw in macam ni memang agak mahal sedikit. Aku pun pikir lama gak la sesambil cuci mata tengok gajet-gajet dekat situ.


Haa ni tempation kedua, tak kuat iman, ada duit memang beli je sebab aku otak gajet. Pandang kamera itu la ini la, tengok lens la, tengok macam-macam. Dah la leng loi depan aku ni pakai baju baby T, so korang paham-paham je la kalo duduk camne, aku ish pandang tempat lain. Tempat lain tengah tengok brader dua orang ni diskas pasal camera PEN, not a compact and not a dslr. Satu spesis kamera yang mencabar kewibawaan DSLR owner, tapi rege lebih kurang je pun haha.

Tengok yang jauh sikit, ada la kapel ni nak beli DSLR, tapi beli nikon D3000. Aku just cakap dalam hati aduhai ruginya...heheh tapi kalau memang minat nikon, untuk entry level ni je la pun. Kalau nak yang lebih function better angkat canon 1000D je lagi untung pada aku la.

Uncle ni datang balik lepas die confirmkan dengan sumorg bahawasanya filter tu takde orang nak claim.

Macam aku cakap tadila, tempation kuat. Aku saja je la gatal mulut tanya diffuser untuk SB600 tu berapa. Sekali dia keluarkan, sah-sah bukan ori. Tengok dekat harga tulis rm99, dalam hati mak aih. Sekali dia cakap, 60 hengget. Aku sengih-sengih, cakap tak cukup bajet. Dia turun lagi 50 hengget, still aku kata takpelah lain kali lah, haha last-last dia bagi harga last betul ambil 2 barang ni, bagi aku 130 hengget je. Aku pun emm ambil je la, dari beli lain kali tah berapa lak dia jual haha.


Habis dekat situ, sebelum blah aku jeling-jeling dekat box set D90, 4000 hengget em takpelah kerja dulu. Keluar dari kedai tu aku cari kedai muzik underground yang selalu aku beli t-shirt dengan CD dulu. Tak jumpa sekali jumpa satu kedai kecik jual benda-benda alah ni. Masuk kejap, tengok design t-shirt menarik, simple tapi lucah nak mampus!~ Aku pun cari la design yang tak lucah sangat. jumpa satu try pakai adei ketatnya. Jumpa tokei dia, mula-mula aku ingat dia nak bagi kad bisnes gym ke hapa ke suruh aku kuruskan badan (hahah memang nak kena la tu), rupa-rupanya dia bagi kad bisnes dia, kalau nak printing design sendiri boleh hantar sana, siap 20 minit. Aku tengok la machine dia, memang moden la tak pakai blok dah. Tapi harga mahal siot~!!! Takpelah aku beli baju dari bro KukuBesi je hahaha.

Ok duit dah habis, so perut lapar, mana nak makan. Jalan-jalan jumpa restoran insaf, nasi beriyani? emm... jalan lagi kfc? emm... A&W? ok gak. Masuk order, dari makanan yang harganya 9 hengget sebab aku order float kot? last-last 12 hengget. Aik? Baik makan beriyani hahaha. Siap makan blah, dalam tu ramai awek dok kenyit-kenyit (hahaha baca boleh pecaya jangan).

Balik ke jln TAR. Aku tengok orang macam ribut je dok usung barang-barang. Terpikir ada apa lak nih. Lepas dah jalan baru aku teringat ooo pasar malam jln TAR. Temptation gak ni tapi sebab aku naik public transport, lupakan je la. Sampai dekat satu signboard tulis

"PASAR MALAM JALAN TAR"
OPERASI: 6 PTG - 11 MLM

Aku belek jam, haih baru pukul 12.30 dah menjual dah? Hahaha, balik terus sebab aku rasakan diriku terancam dek banyak mata-mata awek dok merenung tubuh gebuku (hahaha).

Sampai station Asia Jaya, ingat nak balik dah. Tak jadi, lepak jap dekat Digital Mall SS14. Round-round satu bangunan, benda banyak nak beli duit je takde. Last-last aku stop dekat satu gerai jual-jual CD dgn Game konsol ni. Stop sebab brader ni main GOW3. Woah! Feveret aku beb! Terpukau tengok smooth game ni dgn graphic yg bukan calang-calangnya la. Takde dekat PC tu yang menguatkan keazaman aku untuk membelinya. Ada la dekat 30 minit aku lepak, last-last blah sebab dok lama-lama pun CD tak beli hahaha.

Sebelum balik sempat bli air jambu, bes sebab sejuk, cuaca panas. Balik ke rumah dan test filter, tak nampak sangat effect sebab awan memang tak nampak sangat. Cuba diffuser, lawa walaupun direct flash.

Balik-balik tidur tak hengat~~~ KL KL...

Friday, March 19, 2010

I-city

Salam,

Hari-hari aku dok promote dan bising-bising nak pergi I-city. Aku rasa mesti ada yang bosan tengok aku dok riuh-riuh nak pergi. So orang-orang macamni tak perlu risau sebab aku dah pergi pun malam tadi. Setelah puas aku ajak siapa nak pergi, dan aku dok ulang-ulang tiap-tiap hari, tapi bila aku upload gambar ada la bunyi bising kenapa tak ajak. Entahlah, takkan la aku nak hantar SMS dekat sorang-sorang tanya "Eh kau nak pergi I-city?" apa kejadahnya. Sendiri tahu aku dah dok buat announcement tu so paham-paham je la.


Ok, ni pun mungkin rezeki aku malam tadi. Sebab aku pergi juga walaupun sorang. Tapi bila sampai sana, terdetik di hati nak sms sorang member ni, sebab haritu dia kata kalau pergi nak ikut. So aku sms tanya dia tak pergi ke. Sekali dia call, kata wei aku dah dekat sini la, aku pun pusing 360 darjah, hahah sia-sia je mencari dia di lautan manusia.

Last-last jumpa la si cik adik sorang ni, dengan member-membernya dari Melaka? Tapi semua aku tengok dok ghoyak kecek kelate belako. Takpelah, tak penting pun janji kehadiran diorang ni dah selamatkan masa dan misi aku dekat situ.


Kenapa aku cakap selamat? Ok untuk yang tak pernah pergi, dan untuk photog landscape, kalau time ramai macam aku pergi semalam tu, lupakan je la nak wat landscape, susah sebab nanti gambar byk sampah (orang dok lalu lalang). So yang selamat adalah close up portraiture, tapi kalau semuanya close up bosan juga last-last. So aku selamat, sebab niat nak ambil landscape (dapat la beberapa ketul je) last-last ada diorang ni aku ambil portraiture.

Yang best dekat sini lampunya best, cuma dari segi susunan agak merapu sikit. Dan kedai takde pula jual-jual makanan ke cenderahati ke. Dan naiklah motor, kalau naik kereta agak siksa nak parking. Aku kalau nak pergi balik pun mungkin bukan time ramai orang, kalau ramai sangat crowded + rimas + gambar banyak hancur.


Oh ya semalam aku bawak tripod tapi tak guna pun sebab dalam kuantiti orang yang ramai, tripod tak sesuai di set up kan. Sebab kalau orang terlanggar, kamera jatuh rosak aduhh...walaupun kamera aku ni murah je, tapi nak repair ibarat beli baru. So member aku sorang ni la yang tolong pegangkan haha (thanx tau walaupun kau tak ingat and nak culik bawak balik hehe).

So thanx to my member and her friends la, sebabkan selamatkan malam tu. Kalau tak aku pergi ambil sikit-sikit dan terus balik.

Untuk melihat lebih gambar sila ke Facebook daku yah~!

Thursday, March 18, 2010

Jessa du freak VI


"Dia seperti sebuah kapal perang laut yang terdampar dan sesat di lautan yang luas. Tidak tahu ke mana arah tujuannya samada ingin berlabuh atau meneruskan pelayaran. Dia tampak garang dan bengis namun di dalamnya tersimpan suatu kelembutan, tenang dan pelbagai pengalaman yang telah dilalui. Tapi bagaimana perahu kecil seperti aku ingin mendekati sebuah kapal perang laut ini? Ombak di sekelilingnya cukup deras untuk aku dekat. Semboyannya cukup menggegarkan jiwa tatkala musuh menghampiri. Namun pabila ia tenang, sesiapa jua boleh mendekatinya, namun layakkah aku si perahu kecil?" pen itu terhenti di situ, si penulisnya buntu. 

Ayu dilanda gelora jiwa yang kini menghimpit perasaannya. Dia kini sudah jatuh cinta kepada Mie yang juga bossnya. Dia malu dan takut untuk meluahkan rasanya kerana dia sedar dia hanyalah pekerja di kedai itu. Apatah lagi dia risau jika cintanya ditolak, masakan dia dapat menanggungnya sekali lagi. Tapi untuk menyimpannya ibarat empangan yang penuh berisi air yang ingin dicurahkan suapaya dapat melegakan tekanan. Buntu dia memikirkannya apatah lagi susah untuk membaca fikiran bossnya itu. Jika ada pakar tilik sekalipun pasti susah kerana seolah-olah disekeliling fikirannya sudah dipagari dengan satu lapisan penghalang yang tidak membenarkan sesiapa untuk membacanya, sekalipun kak Sya.

Seperti kebiasaan, setiap hujung tahun, Mie pasti akan membuat family day atau pergi bercuti bersama-sama rakan-rakan dan juga pekerjanya. Ini untuk merehatkan diri seketika dan menghargai sesiapa sahaja yang ada di lingkungan persabahatannya. "Kali ini kita akan pergi Genting Highlands, 2 hari 1 malam aje, nak lama-lama bankrupt aku" kata Mie sambil tersengih. "So diharapkan hari Sabtu ni, korang dapat turun awal-awal tau. Kita pergi naik kereta dulu, stop dekat kawasan kereta kabel, kita terus naik kereta kabel sampai ke atas" sambungnya lagi. "Kak Sya join ke boss? Ita bertanya. "Joinla, dia mana pernah takde kalau kita pergi bercuti ni, ada je la nak menempel dekat aku, macam parasit betul" dengus Mie. "Siapa parasit? Ni mulut ni kalau tak bau belacan tak boleh ke?" sampuk Farisya sambil mencubit lengan Mie. "Adoi! Sakit la bengong! Kau memang parasit pun, parasit keding hahaha!" sakat Mie sambil cuba mengelak kasut yang Farisya baling. Sedar tidak sedar, sepasang anak mata hazel memerhatikan kemesraan mereka berdua dari jauh. "Saya tak jadi pergi la bos...saya...emm...saya ada hal hujung minggu ni?" sedikit beremosi nada Ayu. Mie dan Farisya berhenti mengusik sesama sendiri. "Laaa ye ke? Akak baru nak belanja Ayu dekat Genting nanti. Sure tak boleh cancelkan? Ni aktiviti tahunan ni, tak seronoklah kurang ahli, kan Ita?" pujuk Farisya. "Haahla Yu, bukan selalu pun dapat macamni, boss belanja tu" sampuk Ita.

"Saya tak kira apa pun alasan awak kecuali ada faktor kesihatan atau kematian, awak kena pergi selaku pekerja di kedai saya ni. Saya dah tempah bilik semua tau?" terang Mie. "Tapi boss...saya...". "No excuses, kecuali awak nak berhenti ye saya tak akan paksa" mata Mie cuba mencari anak mata si hazel ini. "Ok, awak boleh sambung kerja" kata Mie apabila Ayu hanya tertunduk diam.

Hari Sabtu yang dinanti-nantikan telah tiba. Masing-masing ceria dan teruja hendak pergi bercuti memandangkan sudah sekian lama mereka tidak bercuti bersama. Cuma Ayu sahaja yang kelihatan sedikit sugul dan hanya melihat ke luar tingkap melayan dunianya tersendiri. Keriuhan di dalam MPV itu tidak dirasai sama sekali oleh dia yang lebih mengenangkan apa yang terjadi tempoh hari di kedai. "Pipit sama pipit takkan sama dengan enggang. Aku ibarat pipit, kak Sya ibarat enggang. Jauh tarafnya aku dengan dia, adakah patut aku hapuskan sahaja perasaan ini?" getus hatinya.


Wednesday, March 17, 2010

Boyband? Kamen ON

Salam,

Pernah kah korang melihat lambang seperti ini?


Atau pernahkah korang mendengar nama band ini?



Or pernahkah korang melihat poster atau video makhluk-makhluk bertopeng ini beraksi?


Jika korang pernah, mungkin korang terpikir, kenapalah nak pakai topeng?
Mesti ada yang cakap, sebab muka buruk tak laku sebab tu pakai topeng, at least tak malu.

Or simply said ada yang kate mereka ni sakit jiwa? Hahaha orang sakit jiwa tak pula pakai topeng, selalu yang pakai topeng ni perompak, orang sambut hari jadi, yang paling femes Kamen rider, ni semua generasi pakai topeng hahah.


Tapi buat yang tak pernah tahu kumpulan ni bukanlah hodoh-hodoh ahlinya. Sebagai bukti, ni aku kepilkan gambar vokalisnya yang tidak bertopeng. Diketahui tuan punya badan topeng ini melalui tattoo yang ada di badannya.

Ooop jangan jatuh hati kerana dia hensem, mungkin ada yang kata muka hensem kenapa nak pakai topeng. Ni semua attitude untuk sebuah kumpulan heavy metal laku di pasaran. Mereka tidak mahu imej tipikal boyband yang imej clean dan dijaga rapi. So terhasil lah imej ganas, pelik dan menakutkan ini.

Nampak je mamat ni hensem, tapi suara ganas giler. Tinggi dia adalah 2cm lebih dari aku hahaha, sekian info hiburan.

Insan-insan yang ku gelar kawan,sahabat, rakan

Salam,

Aku agak mesti korang masuk blog aku sebab nak tengok cerpen Jessa du freak tu aku dah sambung belum kan? Aku minta maaf banyak-banyak, sebab malam semalam ingat memang nak tulis, tapi atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa batalkan. Minta maaf sekali lagi.


Mesin kira-kira dekat blog aku ni dah menunjukkan angka 1000, satu benda yang aku tak pernah mimpi pun orang akan sentiasa masuk. Sebab dulu-dulu tujuan aku tulis blog ni pun semata-mata hanya ingin jadikan blog ini sebagai salah sebuah diari yang boleh aku kongsi bersama kisah suka, duka, nasihat, berita, karya-karya aku. Tapi itulah berkat dorongan kawan-kawan yang senantiasa rajin buka blog aku yang agak tunggang langgang ni la tercapainya angka yang ribu itu. 

Dulu aku suka buka blog yang simple seperti sesetengah kawan-kawan aku hasilkan. Aku cuba untuk adaptasi tapi apabila aku mula menulis, ayat-ayatku semuanya panjang-panjang. Bukan jenis simple words yang akan end dalam kurang dari sepuluh patah.  Ayat-ayat yang menyerupai karangan ni lah yang membuat aku terpanggil untuk menulis cerpen, memandangkan zaman sekolah menengah dulu aku ada terbitkan sebuah cerpen. Tapi zaman itu, aku tulis di komputer dan print out lalu aku tampalkan ianya ke dalam sebuah buku log. Buat teman-teman satu sekolah dengan aku dulu mungkin masih ingat time aku tengah kemaruk syok seorang gadis ni. Dari satu puisi ke satu puisi yang lain, lantas ke sebuah cerita ringkas dan diteruskan dengan sebuah cerpen. Namun cerpen itu aku hentikan setelah kes cinta ditolak hehe.

Dalam penulisan aku tidak menghadapi masalah untuk menghuraikan suatu perkataan, cuma yang menjadi masalah adalah ayat sambungan di antara satu ayat ke ayat yang lain. Dan satu masalah lagi adalah susunan ayat aku yang agak lintang pukang. So diharapkan korang boleh menerima bentuk tulisan yang tidak baik ini sebagai bahan bacaan korang. Kalau cikgu BM aku tahu, sure aku kena palu haha.

Terima kasih banyak-banyak buat insan-insan yang aku panggil kawan, teman, sahabat, rakan. Usah risau, biarpun orang mengatakan bahawa setiap perkataan itu berlainan makna, tapi bagi aku semuanya adalah sama, kerana terma di atas bukanlah kekasih, bukanlah ahli keluarga tapi insan yang kita kenal samada di sekolah, di sebuah organisasi, persatuan, secara kebetulan atau di mana-mana yang berkongsi ideologi dan minat yang lebih kurang sama.

Tanpa pengorbanan kalian, blog ini tidak membawa apa makna sekalipun. Dan aku akan cuba untuk teruskan cerpen yang banyak terbengkalai, paling tidak Jessa du freak/ Andai kau tahu/ Apabila syaitan menangis akan ku siapkan jua untuk kalian semua, sekian terima kasih

(macam tulis surat rasmi lak haha)

Tuesday, March 16, 2010

2 perkara yang berbeza

Salam

Semalam adalah hari semalam,
Hari ini adalah hari ini,
Semalam kau kata begitu,
Hari ini kau kata begini,
Semalam hati kita masih menyatu,
Hari ini hidup masing-masing,
Semalam kau berjanji sehidup semati,
Hari ini kau-kau, aku-aku, kubur masing-masing,
Semalam kau berdusta,
Hari ini pun kau masih berdusta,
Semalam kau kata Im sorry,
Tidak ada bezanya hari ini,
Semalam kau sedih atas perkara ini,
Hari ini kau dah tak peduli lagi,
Semalam aku adalah kekasihmu,
Hari ini siapa kau siapa aku,
Semalam ku masih mengharap,
Dan hari ini ku masih mengharap,
Semalam ku masih menunggu,
Hari ini kau bilang usah menunggu,
Semalam kau masih mampu untuk bertegur sapa,
Hari ini kau dah makin lupa,
Semalam adalah menyakitkan jiwa,
Hari ini apa bezanya,
Semalam terlalu lama,
Hari ini ku boleh jadi gila,
Semalam ku harap kau datang,
Hari ini kau tak datang apatah lagi bayang-bayang,
Semalam aku masih menyintaimu,
Hari ini pun aku masih begitu...,
Semalam dan dulu-dulu ku harap kau bisa menuliskan sesuatu di sini,
Hari ini ku tetap hampa yang menulis bukanmu tetapi kawan-kawanku...,

Semalam, kelmarin dan dulu-dulu, hari ini, esok, lusa, dan tulat aku masih di sini menantikan sebuah jawapan seikhlas hati... usah permainkan sekeping hati yang kian hancur.