Followers

Wednesday, February 10, 2010

Andai kau tahu IV

hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan percubaan untuk budak-budak yang menduduki PMR. Hampir keseluruhan blok A sunyi sepi seperti di kawasan perkuburan dek kerana masing-masing sedang menduduki paper last untuk peperiksaan percubaan. Dan segala-galanya bakal berubah sebentar saja lagi.

"Ok, masa sudah tamat, sila habiskan ayat terakhir anda. Sila pastikan nama dan angka giliran telah ditulis dengan betul. Anda diminta untuk tidak berganjak dan membuat bising sementara pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan kamu" jauh kedengaran suara pengawas bertugas.

"Baiklah, anda semua boleh keluar, terima kasih" serentak dengan itu kedengaran seretan bunyi bangku dan bunyi tapak kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Segala-galanya seperti pasar, seperti langau di tengah-tengah seketul najis yang lama kelamaan semakin menyesakkan. Ada yang berlari laju, ada yang berbincang mengenai paper tadi, ada yang hanya berborak dan segala macam, biasalah kalau habis exam.

"Bu, macam mana paper tadi, ok ke? Aku ternampak kau tekun je jawap" Paan memulakan cerita. 

"Ok la, tapi nak score A tu agak berat juga, takut-takut kalau pemeriksa aku tu moody je haha mampus aku. Dah la jom kita pergi makan, lapar lah" ajakku sambil bingkas bangun dan membersihkan seluarku. "Jom, warung Mak Lang nak? Aku dah lama tak pekena asam pedas dia, menusuk kalbu daaa..." ajaknya dengan penuh perasaan lapar. "Ok jugak, boleh aku bayar hutang makan tempoh hari" kataku sambil menyeluk saku yang berbaki RM10. "Ecah dengan Nur kau tak nak ajak?" tiba-tiba soalan tu terpacul keluar dari mulut Paan. "Ikut suka kau lah, tu pun kalau diorang nak pergi lah" dengan tidak semena-mena aku jadi sedikit kurang gembira. Ini semua pasal bulan sebelum peperiksaan percubaan bermula.

Time aku dan Paan dalam perjalanan ke tempat biasa kami mengambil gambar di air terjun, kami ternampak kelibat beberapa remaja lelaki bersama beberapa remaja perempuan. Mula-mula kami tidak kisahkan sangat, tapi sedang aku memfokuskan kameraku alangkah terkejutnya aku apabila insan yang aku nampak adalah si Esham bersama seorang perempuan. Dengan bantuan lensa 70-200mm ku, aku fokus betul-betul dan ternyata perempuan itu bukanlah Nur. Aku ingatkan bila aku beritahu Nur, dia akan percaya tapi jangkaanku meleset.

"Betul Nur, aku nampak dia dengan perempuan lain dekat balik pokok tu. Aku nampak... aku nampak..". "Kau nampak apa?" gertak Nur. "Aku nampak diorang buat projek dekat balik pokok tu" balasku.

"Kau jangan nak buat cerita Bu, sepanjang kitorang kapel, dia tak pernah buat perangai dan sepanjang tu jugalah aku bahagia je dengan dia" tegasnya. 

"Tapi Nur, aku tak tipu, sumpah aku tak tipu. Buat apa lah aku nak tipu kau? Aku hanya beritahu kau perkara yang sebenar, siapa Esham yang sebenar" balasku pula. "Ah, aku tahu kau cemburu melihat aku gembira dan rapat dengan abang Esham kan?" tuduhnya padaku.

Memang aku cemburu, tapi aku tidak akan benarkan ia menguasai diriku. Memang aku cemburu tetapi sekiranya lelaki itu baik padamu, tapi... hilang cemburuku, malah aku mengasihanimu kerana ditipu dan dipermainkan oleh lelaki seperti itu. Itu jelah suara hati aku yang tidak pernah hendak keluar dari kantung bibir ini. "Tapi Nur..."

Ayat itu tidak dapat ku habiskan kerana Nur sudah pun pergi meninggalkan aku. Dan semenjak dari itu, hubungan kami tidak lagi seakrab dulu. Malah Ecah pun pening kepala melihat kami begitu di dalam kelas. Seboleh-boleh nya dia nak tukar tempat duduk dengan Ecah. Bila ada aktiviti yang melibatkan kami bersama, dia akan avoid. Kalau kami mengajak ke mana-mana, dia akan menolak dan Ecah tak boleh nak buat apa. Dan keadaan kekal begitu sehingga ke hari ini.

"Sabar jelah Bu, lambat laun dia tahu juga siapa si Esham tu. Bangkai mana boleh simpan lama-lama, nanti berbau jugak. Bila dah berbau, baru lah nak terpekik terlolong" mendalam makna Paan, tapi betul jugak. 

Hari ni merupakan last day bersekolah. Dan hari ni juga merupakan hari lahirku. Ramai kawan-kawan yang wish happy birthday, agak terharu sebab diorang tahu jugak lah hari lahirku. Dan macam biasa, Paan bagi hadiah dekat aku. "Selamat hari lahir sahabat! Kau dah baligh akhirnya haha" tawa Paan. "Haha cis, aku baligh dulu dari kau walau kau lahir dulu Paan. Anyway thanx ya, lawa wallet kau bagi ni, macam tahu-tahu aje wallet aku dah nak koyak" tuturku sambil tersenyum. "No hal la brader, kita kan peng yu (kawan)" gelaknya lagi.  Tiba-tiba...

"Happy birthday Bu, sorry lambat wish. Bukan aku tak ingat, tapi aku segan dengan kau" suara yang jarangku dengar kini berdengung kembali. Nur! Aku lekas-lekas toleh dan betul tekaanku. Dia datang bersama Ecah yang berdiri di belakangnya.

"Bu, aku nak minta maaf sekali atas apa yang berlaku dulu" bibirnya berbicara lagi. "Takpelah, aku dah lupakan pun" kataku padanya. "Bu, boleh temankan aku dekat kerusi sana tak? Aku ada hal sikit la nak cakap dengan kau" katanya dengan suara yang semakin perlahan.

Perlahan-lahan aku bangun dan berjalan mengikutinya menuju ke sebuah kerusi yang menghadap ke padang sekolah. "Aku dah kena dump Bu, Esham mintak break dengan aku. Katanya aku ni tak reti nak penuhi kemahuannya. Tak reti nak melayannya. Tapi aku tahu sebab dia mintak break sebab dia tak 'dapat' aku" tuturnya dengan nada yang semakin sebak.

"Aku ingat dia betul-betul sukakan aku, cintakan aku tapi dia hanya nak permainkan aku saja. Kalaulah aku dengar cakap kau hari tu Bu, kan baik. Saat tu aku terasa hilang kasih dan hilang kawan sebab selalunya kalau aku ada masalah, kau sentiasa menjadi pendengar yang setia. Aku jadi bodoh sebab tuduh kau pulak yang salah" balasnya sambil mengesat air mata.

"Cinta itu buta Nur. Andai ia bermata, ia tidak berhati. Andai ia melihat, ia tidak pernah tembus ke hati, jadi hati mati. Kerana cinta macam-macam boleh jadi. Perkara yang lepas tu biarkan lah ia pergi, kumbang bukan seekor kan?" nasihatku padanya.

"Kau memang baik padaku Bu, pasti bertuah perempuan yang kau cintai kan? Kalaulah hati aku ni tak terluka, dah pasti aku akan ajak kau bercinta denganku" kata-katanya kali ini sedikit menggetarkan jiwaku. 

Bertuah? Andai kau tahu bahawa perempuan itu adalah kau, adakah kau akan katakan padaku kau bertuah? Dan andai kau tahu aku masih lagi menunggu masa akan cintaku ini berjaya merawat luka di hatimu itu...Nur...andai kau tahu...

No comments: