Followers

Sunday, June 20, 2010

Andai kau tahu VII

Pencarian aku malam itu sia-sia. Nur tidak aku jumpai di mana-mana. Puas aku telefon namun tidak berjawap. Yang kedengaran hanyalah voice mail selepas 15 saat panggilan dibuat. Aku betul-betul mati kutu! Penat mencari Nur, aku berhenti dan duduk di sebuah bus stop berdekatan dengan sekolahku. 

Handphone ku berbunyi, Ecah call. Dia bertanya adakah aku dapat jumpa Nur? Aku hanya diam. Ecah bertanya lagi aku di mana, dia dan Paan ajak lepak di kedai mamak. Berat hati, aku kuatkan juga langkahku kerna tika ini aku tak tahu ke mana ingin ku tuju lagi. Nur sudah semakin jauh dariku.

"Bu! Sini!" kedengaran suara Paan yang nampak kelibatku menyorong basikal. Dia duduk di meja paling luar dari kedai. 
"Ecah mana?" tanyaku perlahan.
"Dia pergi tandas kejap. Ada la kejap lagi tu."
"Aku tak tahu nak buat apa dah Paan. Terkejut gila bila dia hantar mesej macam tu dekat YM. Aku ingatkan aku bertepuk sebelah tangan je. Tapi tu lah, sekarang ni dah terlambat. Dia pun mungkin dah balik semula ke KL kot?" luahku kepada Paan yang sedang asyik mengunyah roti canai.

"Woi! Kau ni dengar tak apa yang aku cerita ni? Asyik melantak je. Member tengah susah hati ni pun kau buat dek je".
"Ala rileks la Bu, bunga bukan sekuntum. Lagipun kau dah tahu kisahnya kan? Takyah la risau, satu dua hari lagi kau try la balik call or YM dia tu." Paan masih sibuk dengan roti canainya.

Memandang Paan yang sibuk melahap makanan, aku tiba-tiba teringat yang aku masih belum makan malam. 
Tambahan pula dengan mencari Nur tadi naik basikal. Alang-alang dah sampai sini, makan dulu lah.

"Mamak, mee goreng basah satu! Limau ais satu!."
"Tambah satu lagi roti canai mamak!" Paan bersuara.
"Gila, dah mencekik nak tambah lagi?".

Aku masih memandang ke sana ke mari. Mencari-cari di mana Ecah. Mana lah tahu Nur ada pesan something sebelum dia berangkat pulang ke, nak bagi surat ke.

Mee goreng aku sampai. Dek kerana lapar, aku cuba melupakan seketika masalah dan cuba sebaik mungkin untuk menikmati hidangan makan malam aku itu. Tengah sedap menjamu selera terdengar suara yang agak familiar datang dari belakang aku.

"Hai Bu. Makan tak tengok kanan kiri. Aku lalu pun kau tak sedar." suara lembut itu menusuk di corong telingaku.

Nak je aku berpaling dan melompat. Tapi sebab mee tengah penuh dalam mulut, aku sebaliknya tercekik. Cepat-cepat aku menyedut air Paan dek panik yang tak memasal.

"Woi! Air aku tu. Ni haa air kau" marahnya.

Aku memusingkan badan dan dihadapanku munculnya insan yang aku cari tadi. Terkejut! tak sangka langsung! aku ingat dia dah pulang ke KL semula. 

Entah dari mana, Ecah datang dan menarik Paan ke meja yang lain.
"Wei, roti aku tu! Aku tak habis makan lagi ni."

Aku diam, Nur diam. Kami masing-masing tak berkata sepatah pun. Nur kini duduk setentang denganku. Aku merasakan kurang selesa kerana tidak pernah Nur merenung aku sebegini rupa. Aku pula yang jadi segan.

"Er, dah makan? Nak makan? Mamak!" kataku ingin lari dari suasana yang agak dingin ni.
Nur gelengkan kepalanya. Dia masih merenung mencari-cari anak mataku. Aku dah start berpeluh-peluh, tak pernah-pernah Nur nak buat macam ni dekat aku. Spontan dia menggenggam jari jemariku.

"Bu...maafkan Nur...sebab terlalu buta untuk menyedari betapa cinta Bu begitu mendalam. Please jangan tinggalkan Nur lagi boleh?" mulutnya kini bersuara semula.

Aku masih lagi tersentak tapi agak syahdu apabila dia yang memulakan langkah. Terasa seperti aku ni seorang lelaki yang tidak berguna. Bodoh! Pengecut!

"Tak Nur, Bu yang salah. Patut Bu sendiri yang lebih berani untuk meluahkan segala-galanya tentang apa yang Bu rasakan. Bu tak layak untuk mendampingi Nur" perlahan ku lepaskan genggaman tangannya. Aku terasa seperti aku tidak untuknya. Siapalah aku? Hanya seorang teman biasa yang tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu isi hatinya.

"Tapi Nur cintakan Bu sangat-sangat. Bila Bu tak reply pun mesej dekat YM, hati Nur agak kecewa. Rasa nak pulang ke KL tapi hati Nur mengatakan bahawa Nur kena berjumpa dengan Bu juga untuk kali terakhir. Paling tidak, Nur akan pulang dengan satu jawapan dan bukan dengan seribu penyesalan" jelasnya beria-ia.

Sekali lagi, dia mencapai jari jemariku dan digenggamnya makin erat. 

"Nur tak nak kehilangan Bu lagi dalam hidup Nur. Cukuplah selama hari ni Nur buat Bu tersiksa. Izinkan Nur untuk membetulkan keadaan semula, please..." rayunya dengan air mata mula berlinangan.

Aku kesat air matanya, renung dalam-dalam ke anak matanya sambil berkata.

"Sudikah Nur terima seorang mamat yang pengecut ni menjadi buah hati Nur? Bu bukanlah lelaki idaman..."
"But you make my life perfect" sambungnya spontan sambil menguntum senyuman.

Malam itu merupakan malam paling bahagia buat aku. Akhirnya aku dapat menemui cinta aku. Rupa-rupanya semua benda ni dirancang oleh Paan dan Ecah. Ecah berpura-pura tidak tahu perihal Nur dan Paan berpura-pura langsung tidak tahu apa-apa. Kami berempat lepak di kedai mamak sampai pukul 2 pagi sebelum Ecah dan Nur meminta diri untuk pulang.

Akhirnya tidurku bermimpikan syurga...

to be continue...

No comments: