Followers

Sunday, February 14, 2010

Andai kau tahu V

cuti menjelang tiba, uh bosannya cuti kali ni. Paan balik kampung, ada hal katanya. Ecah pun balik kampung, ada saudara nak kahwin, biasala time cuti-cuti sekolah ni. Aku mati akal, walaupun aku ni jenis pendiam, tapi aku suka berjalan dan merantau. Bagi aku ia dapat menenangkan jiwa disamping dapat meluaskan pemandangan, dapat experience baru. Tiba-tiba nama Nur menjelma...

Lama aku tak dengar cerita dari minah ni. Dia ada bagi nombor telefon, facebook dan Ym nya padaku, tapi entahla, aku tak terasa nak berhubung setakat ni dengan dia. Tengoklah malam karang kalau aku rajin, aku add kan dia dalam Ym dan Facebook.

Malam ni pun bosan, tv yang terpasang sejak tadi ku rasa begitu hambar dengan intisari rancangannya. Ada yang rancangan khas untuk orang dewasa, ada yang untuk kanak-kanak, yang muda belia macam aku ni kurang sangat. Pandang laptopku, ah online lah, mana tahu boleh layan chatting ke apa ke. Lagipun aku nak uploadkan gambar-gambar yang telah siap ku editkan pada pagi tadi.

Nak ke add ke tak? Add je lah, bukannya sakit apa pun. Dah siap add, aku biarkan Ym ku terpasang, sebab kalau ada sesiapa yang sudi nak berborak denganku, boleh juga mengisi kebosanan malam ni. Tak sampai 5 minit, aku dapat satu buzz. "Hai Bu, lama tak dengar cerita? Kau masih marahkan aku ke?" mesej yang ku terima dari seorang yang bernama Rocker_Cun. Setelah dekat 5 minit aku perhati, baru aku perasan email dia, Nur! Alahai nak balas ke tak?

Last-last aku offline kan je Ym aku. Aku tak tahu macamna nak mulakan balik hubungan aku dengan Nur. Kejadian lepas dah cukup untuk menjarakkan aku padanya. Bukanlah aku nak menghukum, tapi derita yang rasa amat sukar untuk diubati begitu saja.

Cuti datang dan pergi, tau-tau je result dah keluar. Aku dapat 6A 2B, walaupun aku tak aim tinggi sangat. Paan dapat 7A 1B, Ecah 8A. Nur? Aku tak tahu pulak, sebab time aku ambil result dengan Paan, just terjumpa Ecah, tu pun sebab on the way balik terserempak Ecah dengan mak dia. Ecah pun tengah tunggu Nur, dia ajak kami tapi terpaksa ditolak sebab kami nak ikut budak-budak lelaki pergi jalan-jalan dekat bandar sempena dah ambil result. Biasalah, lepas ni masing-masing akan ke sana sini masuk sekolah lain pula. So time yang tinggal ni je la yang kami boleh habiskan bersama. Bila bersama, jenayah-jenayah kecil pasti berlaku. Adatlah padaku, bukannya kami merompak kedai pun, cuma just kacau-kacau orang dan pergi main snuker ramai-ramai. 

Tingkatan 4 bermula, ramai yang dah cabut dari sekolah kami. Yang masih kekal aku, Paan dan Ecah. Nur dengar khabarnya dapat 7A1B, dia agak sedih sebab dia target dapat 8A. Dan dia dah pindah ke sekolah lain tak tahu pula sebab apa. Atrisya pula pindah masuk sekolah swasta, biasala orang lawa haha. So tinggal kami bertiga semula. Ecah la paling bosan, dah takde member kamcing lepas Nur pindah. Kami sepakat masing-masing untuk mengambil aliran sains. Dan dek kerana itu juga kami sama-sama mengambil kelas biologi sebab orang kata senang nak score dan senang nak masuk Uni. Pada aku biologi ni interesting cuma bukan untuk orang yang malas sangatlah. Sebab dia agak leceh dan rumit ditambah lagi dengan suasana tingkatan 4 yang orang kata honeymoon mode tapi takdelah boleh rilek sangat. Kalau tak mau kecundang juga akhirnya.

Sekali sekala ada juga Ecah memberitahu kami hal-hal Nur sekarang yang dah pun di sekolah elit di KL. Ecah ada tanya aku, kenapa aku tak pernah balas mesej Nur di Ym. Aku just jawap "Aku bz la" jawapan paling koman yang orang nak reka.

Masa berlalu begitu cepat, sedar tak sedar kami semua dah pun habis tingkatan 5 dan SPM. Memang mencabar kehidupan kami lepas ni. Paan dah tak sabar-sabar nak bekerja, walaupun aku tegah "Kau cerdik Paan, kenapa kau tak nak sambung belajar? Jangan sia-siakan hidup kau". Tapi mungkin Paan ada misi dan visi nya tersendiri, dia hanya membalas "Belajar tak semestinya kau kena masuk universiti Bu, ilmu ada di mana-mana. Kau ingat orang-orang berilmu cari ilmu dari mana? Asal usul mesti dari something, mesti dari seseorang. Kau nak belajar cari ikan, mesti belajar dengan nelayan, dengan penternak ikan, dengan pemancing, betul tak? Apa yang berbeza mungkin cara dan masanya. Aku ni tak boleh sangat nak mentelaah buku lama-lama, aku jadi bosan. Aku suka turun padang, tengok sendiri, rasa sendiri. Baru aku lebih menghargai benda-benda macam tu". Aku tak dapat kata apalah, sebab sengal-sengal Paan, soal hidupnya dia lebih matang dari aku. 

Ecah pula, nak further study ke oversea, walaupun banyak kena kutuk dengan Paan. "Aku tetap nak rasa la Bu macamna duduk oversea, belajar sana, cari pengalaman" katanya. Aku hanya senyum dan balas "Baguslah macam tu, kau ada peluang, ada masa ada rezeki pergilah, tapi jangan lupa kembali. Jangan lupa tanah yang kau dilahirkan, jangan lupa bandar kau membesar, dan yang paling penting jangan lupa kawan-kawan kau yang membesar bersama. Tak guna kau belajar luar negara tapi balik sini kau lupa semuanya, hanya kerana kau graduan oversea". "Taklah Bu, kita ni dah macam adik-beradik" balasnya lagi.

"Dan kau Bu, apa rancangan kau?" tanya Ecah. "Aku? Aku hanya menurut di mana kakiku melangkah, di mana kepala ku mendongak di situ aku berada. Tapi aku dekat-dekat sini jela, kau pun tahukan aku kena tengok-tengokkan mak aku. Kalau aku jauh, siapala nak tengokkan dia" kataku. "Aku faham Bu, kadang-kadang aku terharu tengok pengorbanan kau pada mak kau lepas ayah kau meninggal dunia. Kau sanggup lepaskan tawaran time form 4 hanya nak jaga mak kau. Dan sekarang pun kau still nak stay dekat-dekat sini" kata Paan. "Takpelah, aku boleh cari duit dan ilmu di mana-mana tetapi kasih sayang seorang mak aku ada hanya satu. Takde ganti lain dah". "Aku syorkan kau kahwin awal la Bu, kalau kau takde calon, nanti aku tolong carikan" celah Paan. "Banyaklah kau, nak kahwin umur baru 18 tahun nak bagi anak dara orang makan apa?" dan kami bertiga gelak bersama.

Result SPM dah keluar, aku dan Paan masing-masing hanya dapat 5A dan beberapa lagi yang semuanya lulus. Ecah paling cemerlang dengan semuanya A, memang secemerlang niatnya yang nak sambung study ke luar negara. Tengah dok borak-borak dengan diorang, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang perempuan manis. Aku memang tak perasan langsung siapa, cuma Ecah tiba-tiba menjerit "Nur! Ya Allah lainnya engkau!". Nur? Berkelip-kelip mata aku memandangnya namun tetap tak dapat nak digambarkan orang yang aku minat rupanya dah berubah wajah. Memang benarlah orang kata, hidup di KL sedikit sebanyak membawa perubahan ke dalam diri. Nur dan Ecah berborak rancak seperti lama tak jumpa. Paan hanya pandang aku, dan berbisik "Kau taknak tegur Nur ke Bu? Pergilah, sampai bila kau nak lari dari dia, sian minah tu". Belum sempat aku nak jawap balik, tiba-tiba suara Nur dah sampai ke lubang telinga aku "Bu, kau masih marahkan aku?"

Aku jadi kaget, nak pandang dia pun dah tak berani, tadi boleh la setakat pandang curi-curi. Macamna la aku nak mulakan balik, aku nak ucap hi pun rasa lidah kelu. Seolah-olah perempuan yang depan mata aku ni bukan Nur. Macamna la nak beritahu dia yang aku tak pernah marahkan dia, cuma... cuma... entahlah aku pun tahu. Arghhh stress!! Andai kau tahu...

No comments: