Followers

Sunday, October 24, 2010

Polygamous


وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”. (QS. An-Nisa`: 3)

Sebut je alkisah perkataan di atas, aku rasa dari kalangan wanita pasti ada yang mencebik bibir. Ada yang start berapi macam nak buat kame-kame ha, dan ada yang dah senseng lengan nak berperang.

"Ah, tak dapat payung emas pun takpe, janji adil tetap adil!!!"

Alkisahnya, payung emas di akhirat sama ke dengan payung emas di dunia? Pernah pegang payung emas? Setakat rantai, gelang dan cincin emas tu boleh la. Siapa yang gila sangat nak buat payung dari emas?

Tapi perkataan di atas akan menceriakan sebahagian dari lelaki-lelaki yang merasakan itu hak mereka.
"Itu sunnah Nabi, kenapa perlu dipertikaikan?"

Benda ni dah terlalu lama aku rasa diperdebatkan antara kaum lelaki dan wanita di Malaysia. Sampai satu tahap, ada lah golongan wanita yang agak jahil meminta agar poligami ini dilarang atau tidak digunapakai. Bercakap seolah-olah tiada otak. Ini bukan rukun negara mahupun undang-undang jalan raya, tapi suatu sunnah yang Nabi amalkan dan ianya bersebab.

Sunnah apa yang tiada bersebab?

Namun di Malaysia, reputasi poligami agak teruk berbanding negara luar. Kenapa?

Sebab, di Malaysia ramai lelaki yang TIDAK MAMPU untuk berpoligami tetapi mengaku layak untuk berkahwin lebih dari satu. Dengan itu, ianya hanya memburukkan keadaan apabila lelaki-lelaki seperti ini hanya mencari getah muda untuk berseronok dan meninggalkan imej buruk pada nama poligami.

Jadi lelaki yang bagaimana layaknya berpoligami? Lelaki itu mestilah MAMPU dari segi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isterinya. Zahiriah semua tahu ianya berkenaan harta seperti duit, pakaian, makanan dan tempat tinggal. Tetapi ramai yang tidak terlalu memahami erti batin itu sendiri. Ramai yang menyangka batin hanya sekadar nafsu seks semata-mata. Tetapi batin adalah sejenis bentuk keperluan yang tidak dapat diselesaikan dengan secara material seperti duit, maka batin juga terdiri daripada segi emosi, perasaan, kasih sayang dan keadilan.

Seseorang pernah berkata padaku tentang hukumnya poligami dan menghuraikannya.
"Lebih baik dibenarkan dari melakukan maksiat".
Dan aku bertanya, sekiranya aku ingin berpoligami, adakah dibenarkan?
"No way, orang lain boleh, U tak boleh"

Dan aku lagi tak faham, andainya seorang lelaki itu MAMPU dan LAYAK berpoligami, kenapa isterinya perlu melarang? Seandainya si suami itu MAMPU menarik seorang lagi wanita dari terjerumus atau jatuh di tangan seseorang yang tidak ADIL, bukankah itu lebih baik?

Wanita juga pernah berkata, "Suami hendaklah mendidik kami agar tidak lena dan hanyut dibuai keindahan dunia semata-mata", maka baik imamnya perlukan makmumnya. 

Jangan terlalu beremosi mengatakan "Saya tak rela berkongsi kasih dan segalanya" kerana perkataan seperti itu melambangkan satu sikap yang agak angkuh. Sedar atau tidak di bahu suami itu menggalas bebanan menanggung setiap dosa isteri dan anak-anak namun tidak pernah berkata...
"Dosa kalian masing-masing, aku tak mahu tanggung bebanannya".

Untuk wanita keistimewaan yang sedikit di dunia untuk kekayaan di akhirat adalah sama adilnya dengan kelebihan di dunia tetapi besar tanggungannya di akhirat kelak bagi lelaki. (Faham?)

APA KATA KORANG?

2 comments:

cEro said...

pd perempuan, poligami tentang 'keadilan'
pd lelaki, poligami tentang 'sunnah nabi'..
manusia mmg kreatif, pandai manipulasi fakta demi kepentingan diri..

kalau tak mampu, jgn laa berangan nak pasang 4..
aih, dunia..

Shukjessa said...

kalau nak hitung keadilan, kenapa dosa perlu lelaki yg tanggung segalanya. dosa masing2 tanggung la kan, kenapa perlu berkait.

kalo nak adil, perempuan mengandung, lelaki pun mengandung.

dan kalo nak lebih adil, segala bentuk pahala yg perempuan dapat dari mengandung, bersalin dan menyusukan, buat kerja rumah, taat suami tu lelaki dapat juga...

barulah ADIL kan...

tu hukum adil dunia,
hukum keadilan Allah ada sebab tersendiri... so tidak mungkin 2=2.

sama juga kalau nak dibandingkan api. kalau sebut api, panasnya sama kecuali di neraka