Hari tu aku ada lawat satu blog ni. Blogger ni orang malaysia, namanya Puan Bunga dah berkahwen dan duduk di United Kingdom. Wow, aku add dia sebab nak tahu cerita-ceriti dari sana, yelah aku tak pernah lagi sampai kaki ke negara yang sejuk tu. Paling hebat pun pergi Mekah dan Madinah, alhamdulillah.
Dia ada bercerita perihal duit, yang mana dia minta tips untuk tidak terlalu boros berbelanja. Memandangkan di sana lebih dekat dengan segala macam kota fesyen dunia, jadi penggunaan duit mungkin agak luar biasa sedikit berbanding kita di Malaysia. Sebab dekat sana ada ke jual cetak rompak macam kita ni? Maksud aku, jual barangan imitation seperti hand bag, kasut, cermin mata, jam, tali pinggang dan lain-lain.
Aku pun berilah tips yang pada aku benda ni berkesan. Tak tahulah pula secara kebetulan konsepnya lebih kurang sama dengan konsep Oprah (aku tak pernah tengok pun siaran dia). Cuma konsep aku ni lebih kepada untuk berjimat bukan untuk simpan duit sangat. Since ada sorang brader tu mention yang dalam rancangan Oprah, ada suruh buat satu akaun simpan duit dalam tu tiap-tiap bulan beberapa target.
Jangan pecahkan sebelum waktunya |
Aku dah pernah buat dah benda ni dulu time aku dengan ex gf aku. Pada mulanya berjalan agak baik, tiap-tiap bulan masuk RM50, tapi sebab akaun ni ada kad ATM, so bila-bila waktu terdesak, memang akan keluar balik la. Pada aku la tak berapa praktikal unless akaun tu tidak diwujudkan kad.
Tapi, satu masalah timbul bila kita sangat terdesak nak guna duit. Time seperti sakit, kematian, nak balik kampung, nak makan tak cukup duit ke or apa-apa la, kalau dah hujung minggu mati la kan nak tunggu bank buka hari Isnin baru nak keluar duit pakai buku.
So di sini aku berikan satu cadangan yang mana aku dah jalankan lebih dari 2 tahun dan aku nampak ianya ada hasil. Mungkin tidak banyak, tapi untuk kegunaan pada hari-hari tertentu (kecemasan) ianya lebih dari cukup.
Tabung yang tak diberi makan duit, sian jadi kurus |
Sediakan satu tabung atau lebih. Buat yang dah kerja, aku syorkan buat tabungan mengikut apa yang korang nak simpan, PTPTN, kereta, rumah, family, kahwen dan lain-lain. Ada antara tabung yang mungkin kena ada fix deposit tiap-tiap bulan seperti duit kereta, PTPTN dan lain-lain la terpulang. Dan ada yang mungkin korang masuk tabung selepas dapat belen syiling, ada lebih dari apa yang korang belanjakan or dapat bonus.
Kenapa time kecik-kecik dulu parents kita suruh menabung? Sebab antara sedar atau tidak, sekali tabungan walaupun 20-50sen, kalau hari-hari masuk, cukup setahun dah dapat berapa? Tu kalau syiling, kalau duit kertas? Sehari seringgit? Setahun dah ada RM365 macam tu. Mungkin sedikit tapi untuk buat belanja makan or nak bayar duit ubat dah lepas dah tu.
Tabung yang kreatif |
Jadikan satu habit untuk tidak menggunakan duit syiling yang kita dapat baki dari berbelanja. Unless duit syiling tu diperlukan untuk bayar parking or membeli something dari vending machine, setiap syiling yang ada baki tu simpan saja dalam tabung. Cukup tahun or bila tabung dah penuh, boleh lah nak belanja or nak pindah masuk akaun.
Banyak cara untuk berjimat, tapi yang penting kena azamkan diri la. Kalau tak, simpan duit dalam peti besi pun tak guna kalau semangat tak kuat. Macam cerita "Confession of a shopaholic". Letak kredit kad dalam freezer pun pecahkan balik, so tak guna la kan?
Semoga sedikit sebanyak dapat meningkatkan isi kandugan poket korang. Buat yang malu nak pakai tabung, belilah peti besi, nampak elegant sikit, lepas tu buat la buku akaun deposit dan withdrawal. Tulis besar-besar target korang berapa, dan baki korang berapa. Biar ada perang psikologi sikit. Nanti aku kongsi lagi tips cara nak berjimat, sekian.
p.s: beli tabung yang susah nak buka macam tabung buluh, tabung porcelin or lain-lain. Lagi susah lagi bagus.
2 comments:
hahaha, aku ade tabung utk setiap syiling 10sen, 20sen, 50sen termasuk 5sen.
Niat aku, slagi tak penuh, taknak bukak tgk...
tp ntah boleh tahan ke tidak...
hrap2 boleh laa...
eee...
boleh je, jgn terpikir la nak bukak. hehe
Post a Comment