Followers

Tuesday, October 5, 2010

Demam gitar melantun-lantun

Demam gitar aku dah makin kuat...

Custom Acoustic FG701 (RM 289)
keh keh keh, tiap-tiap hari dok surfing internet sebab nak cari kedai gitar yang jual gitar akustik pada harga yang boleh la. Aku tak kejar brand sangat, cuma mengikut nasihat kawan aku, kalau boleh carilah yang at least trusted branded supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

So aku terpaksa kuburkan hasrat aku untuk beli gitar jenama Tom since aku cari info takde langsung petunjuk manufacturer gitar ni. Same macam gitar made in china lain kot. Bukanlah aku nak berlagak ke hapa, tapi untuk long term investment bak kata member aku.

Sebab dari aku beli set gitar yang harganya RM150, better aku rembat gitar RM250 yang manufacturernya boleh dipercayai. Paling tidak sebuah syarikat yang mengeluarkan gitar berjenama takkan nak buat gitar paling cikai tu tersangat hina hasilnya. Pastilah ada kekurangan lain seperti body, neck, bridge, pickup, head dan lain-lain yang digunakan adalah yang paling basic.

Ada satu blog yang aku baca perihal gitar ni, brader tu nasihat check betul-betul kemasan gitar ni. And macam member aku cakap, brand biasa-biasa or dipanggey cap ayam ni selalu bunyi tak berapa best (abaikan, aku nak belajar je dulu, bukan nak masuk competition) dan berisiko untuk patah. Patah tang mana aku tak tahu la, tapi zaman aku sekolah dulu, member aku ni pernah la gak try wat body sendiri since body yang sedia ada (gitar kapok) dia pecah.

STAGG ACOUSTIC DREADNOUGHT GUITAR - BLACK

Mungkin aku agak rugi sebab nak beli gitar jenama Stagg tu tak dapat bag or strap seperti mana pekej Tom tu buat. Tapi aku dapat strap dan bag pun aku nak bawa pergi mana selagi main chord pun tak lepas? Nampak sangat kepoyoan melantun-lantun.

Bag Stagg, beli coming soon je la time ada duit extra (RM150)

Rm250 tu pada aku dah agak mahal la juga. Tapi bila tengok ada gitar akustik sampai riban-riban, aku pun hanya mengeluh, oh jauh beza rupanya. Ada gak la pekej promosi Ibanez akustik siap bag, strap dan pick, harga dalam RM600. Tergugat gak tengok, tapi takpela dah masuk level intermediate baru aku beli gitar lain-lain.


Pelikkan, kenapa tiba-tiba aku macam meroyan nak belajar main gitar? Ni la akibat dari jadi single, untuk melupakan sesuatu aku kena obses sikit pada benda baru. Yang aku perasan, bila aku dah mula menggila nak beli gitar ni, sedikit sebanyak aku dapat lupakan dia mana yang tak berkenaan.


Tah lah, tiba-tiba aku terasa banyak benda aku nak try, banyak benda aku nak mahirkan diri aku. Paling tidak, ada sesuatu yang bermakna untuk aku boleh banggakan kelak.


Salah satu benda yang teringin nak try, main ice skating. Ni start dari zaman belajar degree hari tu, tak terlaksana pun. Ada sesiapa temankan aku? Nak main sorang-sorang nampak sangat macam baru lepas kecewa haha.


p.s: sayangnya aku terpaksa lupakan sebentar hasrat nak belajar main gitar lefty since gitar lefty agak costly...takpelah kayuh slow-slow...

7 comments:

cEro said...

Jom ice-skating!!
aku nak join....

btw, jom masuk klas gitar nak shuk??
bljar sndri mmg takde motivasi laa...
tgk dlm youtube pon, diorg dh anggap smua org ade asas pdahal aku tau dua tiga note je...

nurkaloi said...

uhhh teruskan usaha anda ye...
ku pun penah gak teringin nak men gitar
tp ku rase tak pe lahh
bek ku suruh sape2 yg pndai men gita tuk ku...hehehe

ri tu ku wat survey menyevey ni
at mid valley
terkejut terkeluar jntung ku
tgok satu gitar ni harge dye cecah RM1k...dahsatt...!!
tp lau da addicted sgt sggup je org beli ann...

men ice skating...
muahaha...try try n try...
**ku teringin gak laa**

Shukjessa said...

haha aku punye la teringin nak main. tengok citer Pride lakonan Takuya buatkan aku sgt jeles dia boleh main ice skating sambil angkat gf die.

cero: masuk kelas kena ade ungkus, bley je, insyaAllah udah ade kije totap apo2 kelas pun aku masuk. termasuk la kelas editing dan kelas fotografi.

nurkaloi:hehe tengok kedai la, ade kedai just jual high end gitar macam ibanez, epiphone, gibson sume tu. ade gak kedai yg jual cap ayam brand punya.

ada satu kedai dekat banda lama pj, jual gitar yg affordable dan agak cute utk perempuan. nak surbey, nanti dpt duit boleh la pi beli naik kete haha.

nurkaloi said...

uhhh kat PJ yerkk??
dkt dah uh..
hmm bleyh gak g survey nati niee...

nek kete?? haa meh pnjam shukjessa nye kete...ngeh3

thorax said...

Bro, saya pun tgh dok demam gitar. Pikir2 mcm nak beli Yamaha F310. Harga dlm RM400 kot. Tp bila tgk yg jenama Custom Acoustic tu mcm ok gak. Murah lg. Beg pun dpt. Ok ke gitar ni bro? Awak dah beli ke gitar? Kasik la tips sikit kalau dah beli. Tq.

Shukjessa said...

hehe ko silap orang ni nak tanye pasal gitar. aku pun baru cadang nak beli next week.

tp dari ape yg aku tengok orang komen, custom acoustic ok gak la utk that price.

yamaha tu mmg dlm list tp sebab range dlm rm400, oh kena simpan dulu la hasrat.

yg aku listkan tu adalah hasil dari aku cari di internet. Stagg gitar pun ok gak. Kalo nak cari that try tengok ultimatemusic.com.my. Situ byk gak gitar akustik. Kedai dia dekat jalan imbi atas sikit dari Timesquare.

Dan aku dah tanya wakil kedai diorg, diorg bagi gak free bag.

Ada satu lagi gitar, gitar akustik SX, yg ni made in china, syarikat asal origin dari spain kalo tak silap. Yg ni boleh dapat dalam rm240 starter pekej lengkap (pick + bag + strap + cd). Boleh check gitar len dekat www.qwenkay.com tapi semuanya made in china. Kedai dia dekat dengan Bus Station bandar lama PJ.

Ni yang aku kira paling bajet dan kira ada brand la.

Anonymous said...

[url=http://kenko-seikatsu.biz//14][b]ugg outlet[/b][/url] JFAQUF
[url=http://3dqr.de/3cha][b]ugg boots outlet store[/b][/url] UZEGPG
[url=http://apdv.es/dpr][b]ugg cheap[/b][/url] UUFTXK
[url=http://mtndew.me/s5][b]ugg boots sale[/b][/url] QGMJGZ
[url=http://twell.me/ho][b]ugg outlet[/b][/url] CUROEU