Followers

Monday, October 18, 2010

Confession of kaki shopping


Percaya atau tidak aku boleh dikategorikan sebagai kaki shopping juga. Tapi aku bukanlah suka shopping baju, pakaian, kasut ke apa ke, gajet apatah lagi walaupun gajet merupakan sebahagian dari hidup aku, tapi disebabkan harganya yang ratus riban membuatkan nafsu membeli tu agak tersekat-sekat.


Untuk lelaki aku rasa susah nak jumpa kot yang jenis kaki shopping barang dapur ni. Ada ke korang pernah jumpa? Kalau ada mungkin spesis yang suka makan or suka masak.

Tapi aku bukanlah beli barangan memasak pun kadang-kadang cuma aku rasa tenang bila dapat tengok barang-barang yang aku tak pernah jumpa then aku belek-belek kegunaan untuk apa dan bla bla bla. 


Sebab apa aku kata aku kaki shopping? Sebab dalam seminggu, lebih kurang 3-4 kali gak la aku akan melawat mana-mana supermarket seperti Giant, Mydin atau Tesco. Tapi so far yang paling best semestinya Tesco. Kalau Tesco Extra tu aku rasa boleh buat main-main troli since troli dekat sana agak besar.

Kadang-kadang aku beli benda merepek je pun macam beli mee segera, beli air kotak, beli buah dalam tin, beli herba or rempah ratus. Benda tu aku akan ulang la dalam seminggu. Setiap kali membeli, barangan aku mesti kurang dari 10 unit. 

Tu kalau barang ada lagi dekat rumah, aku carilah barang lain nak beli macam buah ke, ayam ke, sayur ke, roti ke hahaha. Dulu-dulu aku tak perasan, tapi ada sekali tu time aku still kapel, ex aku pernah komplen sebab kerap sangat dating pergi Tesco. Wahahah, dia tak rasa seronok, tapi pada aku seronok sebab dapat lihat macam-macam barang ada.

Jangan terkejut aku boleh spent 2 jam dekat Tesco hanya window shopping dan beli barang kurang dari 10 unit. Satu jangka masa yang aku tak pernah spent pun dekat mana-mana kedai hatta kedai gajet. So kalau ada insan yang nak ikut aku shopping ke pasaraya kalau tak tahan memang nahas la. 


Dulu masa shopping dengan mak aku dekat Cold Storage, lagi lah aku seronok tengok barang-barang pelik-pelik je jenama dan bentuk produk. Punya best merayau dalam tu, semua benda aku nak tengok sampai juling.

Hehe, mungkin tu obsesi aku la kot dalam bab shopping ni, 10 unit sebab kewangan yang tidak mengizinkan. Kalau poket tebal, aku rasa satu Tesco tu aku beli, sudahnya mana nak letak pun tak tahu.

Apa pengakuan berani mati korang tentang shopping lak?

4 comments:

Mah@mahu said...

Kau ni mesti suka masak and suka mkn bro mesti sedap ni heheheh sama lah aku pun...

Shukjessa said...

hahaha tu sudah mesti. tp kdg2 kalau tensen aku suka je berjalan dekat supermarket. kdg2 bukan beli pun just suka tengok barang2 penuh atas rak hahaha, obsesi? mungkin

cEro said...

selalu yg buatkan niat shopping tu terbantut adalah masalah duit...
aih!!! kalo laa duit mcam petik daun kat pokok je...
kn bagus!!

Shukjessa said...

haha aku slalu fikir

"kalaulah kad ATM ni ibarat master key, main cucuk je, pastu keluar duit dari akaun sesape tah"

aku rase bankrupt dah dunia nih haha