"Shuk, nak minta tolong jadi photographer untuk event ni boleh?"
Aku dah menggelabah tikus. Aiseh, amek job? Bukan tak nak, tapi dengan kamera dan skill aku yang seciput tu, agak merisaukan customer je nanti hasilnya. So aku tolak secara baik.
Tapi member sorang ni tak putus asa, dia kata ambil gambar biasa-biasa je, janji objektif dia tercapai. Dan selepas lebih kurang beberapa kali menjelaskan perihal job tu, aku akhirnya terpaksa mengalah. Tapi aku tolak job yang melibatkan ambiance yang agak kelam. Fail! Aku memang fail dalam gelap. Kalau pakai flash, kadang-kadang over atau under. Setakat suka-suka ambil boleh la kan, untuk amek buat job kalau banyak sangat moment yang terlepas nak jawap apa?
So sudahnya satu job je la aku ambil untuk photoshoot pakaian beserta model. Model? Gulp! Tapi member kata budak-budak sekolah je. Ye la budak sekolah pun, yang pastinya diorang tu mesti perempuan. Huaaa!! Kuatkanlah iman aku.
Bayaran biasa je, tak tinggi mana pun, since dia pun tengah tight bajet. Aku pun tak pernah ambil job, so pada aku harga yang ditawarkan kira boleh la. Yang penting, dapat peluang cari pengalaman. Mana yang silap nanti harap-harap dapat dibetulkan. Ish ni yang menguatkan lagi azam aku nak masuk kelas photography ni.
Dan kepala aku berserabut memikirkan guane la aku nak shoot bebudak tu nanti yeh. Aku dah la agak fail dalam portraiture, ni lak nak ambil ala-ala fashion sebab nak nampakkan pakaian semua tu. Ada lagi sebulan dan aku kena study serba sedikit, paling tidak takdelah gambar nampak mati je.
Bila tenung bag kamera, haih dah lama aku tak snap gambar menarik lepas beli gitar. Ish tak boleh jadi ni...
5 comments:
bagus arr dude,
boleh buat pengalaman....
sume photog start mcam ko...
akan dtg, hrap akan terus berjaya...
yeah!!
setail..chil2 dlu mula2 bila lame2 dah ade pengalam dah boleh siap demand harga lah nanti kan
alahai takpe laa
try dulu laaa annn
mane tawu lpas ni ade yg suke ngan hasil ko
wish u luck luck and luck
Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.
huhuhu tp aku tak berapa sgt la dlm potrtraiture, takpelah benda kena cuba baru dpt pengalaman kan
Post a Comment