Padanlah bulan Ogos hari tu bukan main lagi salenya. Aku pun sangat pelik, apa hal la harga kamera banyak yang jatuh. Rupa-rupanya dek kerana nak keluarnya kamera baru dari Nikon dan Canon.
Ok, meh tengok yang Nikon punya dulu.
Mula-mula meh kita dikejutkan dengan Nikon D3100, hehe. Aku tak bergurau kerana begitulah sirinya. D3100, adalah upgrade dari D3000. Kalau dulu D40X upgrade ke D60 then upgrade ke D5000 then ke D3000, dan paling latest untuk entry level adalah D3100.
Apa yang menarik?
Kalau tengok design body agak kurang bersegi seperti mana yang lepas-lepas. Dan kalau D3000 tiada live view, yang D3100 ni ada. Dan yang paling best, D3100 ni boleh support Full HD movie! Walaupun durasinya hanya 10 minit, tapi untuk sebuah kamera entry level ianya agak mengagumkan. Ni mesti nak lawan Canon 550D ni. Dan harganya kalau dicongak-congak lebih kurang D5000 je (RM2.8k plus). Mungkin sedikit mahal atau kurang, entahlah tapi untuk yang berminat bolehlah masuk dalam perhatian. Oh ye, MP nya pun sudah dinaikkan, kepada 14MP.
Ok yang ni untuk level pertengahan walaupun sirinya agak pelik bagi kelasnya. Nikon D7000. Jangan tertipu dek siri ribu itu sebab ini bukan entry level. Malah katanya ianya akan menyaingi hebat D300s. Yang ni lagi hebat sebab bodynya sahaja dah cukup membuatkan orang ramai akan melupakan D90 dan D300s. Ianya diperbuat dari magnesium aloi untuk ketahanan dan ringan. Selain mempunyai 18MP, ia juga boleh mengambil video Full HD sama seperti D3100 cuma ianya tanpa limit (mengikut size kad memori). Yang lain-lain seperti ISO yang makin tinggi, titik fokus yang banyak, dan extra features. Cuma kit lensnya masih menggunakan kit lens D90 iaitu AFS 18-105 VR. Harganya dijangkakan dalam RM4k plus plus, sedikit mahal dari D90.
Panel meter yang lebih senang digunakan |
Yang ni pula, bukan kamera tetapi speed light atau external flash yang the latest dari Nikon. SB700 yang mempunyai bentuk seakan-akan SB900, jimat bateri, dan menyelesaikan masalah overheat. Mungkin akan jadi rebutan orang ramai kalau harganya jauh lebih rendah dari SB900.
Ok untuk Canon, hanya ada satu. Iaitu Canon EOS 60D. Ianya 18MP, boleh ambil video Full HD, grip yang lebih ergonomically, range ISO yang lebih tinggi dan LCD yang lebih terang. Harganya dijangkakan dalam RM5.6k. Apa yang menariknya tentang Canon adalah feel yang lebih best apabila menekan shutter, cuma bunyi shutter Canon aku tak berkenan sangat (still love the click sound from Nikon).
p.s: Tahun depanlah nampak gaya aku akan tukar body kamera, maybe akan beli body D90 if still jual. Kalau tak aku beli mana yang ada je la dengan bajet.
2 comments:
at least ko ada...
drpd aku berangan tak dpat2 lg..
hahaha
hehe dlm kitaran hidup manusia, pasti ada one day dia dapat memiliki something yg dia nak.
kalo dah keje, boleh je bro nak beli. antara hendak atau tidak je.
even kalo kerja gaji bawah rm2k sebulan pun bley beli. the key is kumpul duit je la kan, benda cani takkan larinya, sebulan kumpul rm200 pun, setahun dah dapat rm2.4k.
rm200 dari rm1.5k ke bukanlah besar sgt. ibarat investment utk beli kereta, beli laptop ke, beli handphone ke. yang penting ape yg kite nak?
p.s: ada orang boleh beli blackberry or iphone yg riban-riban tapi still kate tak mampu nak beli DSLR? poodah! kalo mmg tak minat, cakap tak minat je la, bukan tak mampu pun. kalo minat, duit bukan penghalang
Post a Comment