Buat yang dah tengok, mesti teringat ayat tu.
Buat yang tak tengok lagi, boleh lah pergi tengok. Agak interesting filem ni sebenarnya. Oh ye, filem apa? Filem Devil arahan Shyamalan (betul ke aku eja?).
Aku tak terlintas pun nak tengok cerita ni sebab mula-mula nak tengok magika, tapi sebab ramai yang kata best, so aku jadi curiga.
Dan curiga tu membuatkan aku tak mengantuk sebab sepanjang filem ni ditayangkan, aku dok teka siapalah pembunuhnya.
Nampak sangat filem ni berjaya menipu aku bila aku sangkakan yang orang ni jadi pembunuh tapi...
nilai kejutan dalam filem ni memang sangat best. Korang takkan sangka langsung siapa yang membunuh siapa. Kalau nak difikirkan logik, korang memang takkan dapat teka.
Sebab itu lah yang aku cuba aplikasikan melalui penghayatan yang tinggi. Tapi sebab cerita ni ada unsur-unsur mistik, so serius korang takkan dapat teka. Kalau teka pun, mesti bukan based on logik tapi lebih kepada nasib semata-mata. Sebab setiap orang ada alibi dan sejarah silam masing-masing, so sesiapa pun boleh jadi.
Cerita yang mantap, agak bersahaja tetapi memang membuatkan korang tertanya-tanya. Even aku sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa begitu?
So overal aku bagi 4 bintang untuk filem ni.
Cuma buat yang perasan filem ni based on religious. Di mana Syaitan itu sendiri akan menyiksa mental dan fizikal sebelum mereka mencabut nyawa seseorang. Tapi dalam kepercayaan Islam kita sendiri, urusan takdir dan nyawa semuanya adalah kerja Allah yang memerintahkan malaikat. So janganlah percaya bulat-bulat cerita ni. Nanti ada lak yang takut naik lif sebab risau terjadi macam dalam filem. Sepatutnya kita lebih percayakan Allah, hanya Dia yang berkuasa dalam dunia ni.
Ok enough with review filem...
Aku nak sambung sedikit tentang luahan dan pendapat aku tentang satu cabang fotografi yang semakin nak naik dekat Malaysia.
sumber; Google |
Maaf aku tak tahu istilah, so aku guna istilah BM je la ye. Ramai photog memanggilnya seni tapi pada aku ianya tidak lebih dari sekeping gambar yang sekali pandang orang akan kata lucah.
Sejak dari aku mengenali apa itu dunia fotografi, aku tak berapa berkenan sangat untuk mengambil gambar-gambar model yang seksi. Sebab pada pandangan aku, boleh ke? Boleh ke dari sudut kita seorang muslim? Tapi sebab ramai yang masuk dalam bidang ni, aku tak boleh cakap apa la, lagipun ini hanya pendapat peribadi.
So kalau model seksi pun aku dah tak berapa berkenan, apatah lagi model yang tanpa seurat benang?
Apa bezanya gambar begini dengan gambar dalam majalah Playboy? Pada aku sama, cuma dalam majalah tiada elemen seni yang digarapkan seperti penggunaan tona, hidden message, penciptaan mood dan lain-lain. Tetapi...
Andainya kita memberi sekeping gambar satu susuk badan perempuan tanpa baju yang menampakkan segala jenis auratnya kepada orang ramai, cuba perhatikan komen mereka. Berap orang je yang akan teliti maksud disebalik? Rata-rata yang aku lihat lebih memberi komen lucah bermadah seperti "berdarah hidung", "geramnya", "superb!!!", "marvelous" dan lain-lain. Adakah ini yang kita nak sampaikan?
Aku bukan nak kondem, tapi andainya kita sebagai photog adalah lelaki tulen, tak ke terangsang nafsu melihat aurat wanita? Yang seksi pun boleh terangsang, ni kan pula yang hanya tutup itu dan ini dengan telapak tangan aje... Sekali dua boleh la tahan, bila dah lama-lama, agak-agak siapa yang kontrol? Kita atau syaitan?
Sepatutnya kita tak perlu nak terikut-ikut sangat style barat yang menggap bogel adalah seni, dan bogel itu indah. Kerana apa yang mereka eksploitasi adalah tubuh wanita. Ada ke orang nak berkarya seni guna lelaki bogel? Mungkin ada tapi boleh dibilang je la. Kalau tengok advertisement mereka pun banyak menggunakan elemen wanita untuk melariskan sesuatu.
Kita harus ingat, seandainya kita ingin menjadi photog, jadilah photog muslim. Banyak lagi cabang yang boleh diteroka yang tidak membabitkan penggunaan model wanita seksi. Landscape, still life, wild life, sports, photojournalism dan lain-lain. Pilihan telah diberi kenapa kita tidak pilih yang lebih memberikan manfaat?
Pendapat aku hanya satu nasihat, kerana kita mencari rezeki biarlah halal dan berkat. Kerja halal tapi rezeki tak berkat, tak guna. Sumber tu la yang kita nak beri anak-anak isteri makan?
p.s: perbetulkan niat kenapa pegang kamera? jangan jumudkan minda hanya kepada satu bidang yang sempit sedangkan pilihannya luas bak lautan
2 comments:
jgn spoil cite, aku nak gi tgk!!
psal nude photography tu, aku pon tak setuju..
ade photog pnah quote yg 'itu hanya kerjaya,carik makan, jgn diagamakan'..
aku pelik, sbb dlm hidup ni, boleh ke tolak ke tepi bab agama??
bukan agama dah bererti kehidupan ke??
sbg muslim, kalo tak amalkan hidup muslim sekalipon, at least respek, kan??
sbb kerjaya boleh dijadikan ibadat.
cuba kalau kerjaya dah haram, wangnya apatah lagi??
haha aku cite tu 5% je.
duit makan tu la nak berkat sebab nak jadi darah daging.
tugas kita la nak pastikan kita bergelar photog muslim, ada bezanya dengan photog barat
Post a Comment