Pernah tertanya tak kenapa gambar korang selalu sangat blur? Adakah kerana tangan korang shaky? Atau sebab kamera tu tak hebat? Atau perlukah korang tukar kepada DSLR so gambar akan senantiasa hebat dan tidak blur langsung?
Salah satunya mungkin sebab kamera, yang tiada sistem penstabilan imej seperti IS di dalam Canon dan VR dalam Nikon. Sebab lain mungkin sebab korang menggunakan setting yang salah sekiranya menggunakan manual mode. Atau mungkin kamera korang mempunyai range ISO yang rendah, dan apabila environment kurang cahaya seperti pada waktu malam, ISO yang sedia ada masih tidak boleh membolehkan gambar untuk menerima cahaya yang cukup dan disebabkan itu, kamera terpaksa merendahkan shutter speed yang mengakibatkan gambar akan jadi blur.
Tak paham?
S.speed (1/125), Aperture (F5.6), ISO 100 |
Ambil contoh begini. Di dalam kamera DSLR terdapat penerangan mengenai shutter speed, bukaan aperture dan ISO (sekiranya menggunakan manual, jika auto ISO akan terpapar AUTO) pada skrin LCD nya. Ia mungkin ada pada kamera kompak dan mungkin tiada, bergantung kepada jenis model. Sehubungan dengan itu jika hendak membeli kamera pastikan kamera tersebut boleh ditukar settingnya paling tidak kepada tiga bahagian utama ini di dalam Manual mode. Yang pertama adalah ISO, yang kedua adalah shutter speed 1/? dan ketiga adalah bukaan aperture (f).
Gambar ni still blur even nampak mcm sharp, setting aku shutter speed 1/10 (kira slow boleh sebabkan gegaran tangan) on D60 |
Setting yg sgt tinggi tp still blur on my kompak FujiFilm. Sila perhatikan ISO 1600 noise (bintik-bintik) sudah terbit. |
Sekiranya kamera korang ada setting begini yang boleh ditukar secara manual, maka korang boleh setkan shutter speed supaya tidak terlalu rendah. Mengikut seorang guru fotografi, untuk mengambil sebuah gambar yang sharp memerlukan shutter speed tidak di bawah daripada 1/125.
Abg iparku punya Canon 550D, lebih MP, dan boleh coop dalam ISO yg sgt tinggi, gambar still lawa. |
Tapi bila korang lajukan shutter, ia akan effect pada penerimaan cahaya pula. Di sini ISO dan bukaan aperture memainkan peranan. Semakin rendah ISO semakin tinggi kualiti gambar dan kurang noise tetapi gambar akan semakin gelap dan vice versa. Begitu juga dengan bukaan aperture, sekiranya semakin kecil nombor, bukaan menjadi semakin besar maka lebih banyak cahaya boleh masuk, namun semakin besar nombor, bukaan menjadi semakin kecil maka sedikit sahaja cahaya boleh masuk menerusi lens.
Menukar kamera kompak kepada DSLR mungkin tidak berguna jika korang tak paham basic tentang ISO, Shutter speed dan juga aperture. Gambar boleh jadi blur dan tidak menarik jika tidak tahu mengenai asas fotografi. Tetapi dalam dunia DSLR diberi banyak mode yang memudahkan untuk korang memahaminya, dan itu adalah salah satu kelebihan DSLR disamping boleh menukar lens.
Nasihat aku, kalau nak invest dalam kamera beli kompak yang berkualiti, jangan beli kompak sebab ianya murah. Beli sebab ada banyak kelebihan. Kalau tak, simpan duit invest dalam entry level DSLR dan belajar asas fotografi supaya setiap gambar yang korang ambil tak mengecewakan, paling tidak boleh dipandang dan boleh diprintkan untuk beri dekat orang.
next time, kenapa DLSR adanya external flash?
4 comments:
nice info.. :)
thanx bro, lupe nak tambah....
untuk gambar lebih sharp, guna la kaki retort fotografi yang dipanggil tripod.
jgn segan jgn silu bawak menatang ni lebih2 jika korg nak tangkap gambar landscape, amat2 lah perlu.
cume ape yg aku tak gemor sikit tripod ni leceh nak setup je la hehe
huhu. serius x mahir lagi setting2. haha. yup nak set up tripod mmang leceh. hee. :)
kalo faham basic, senang nak setting kamera. kalo kamera hebat lagi senang, sebab tak byk benda leceh kena ambil berat sgt mcm ISO
Post a Comment