Followers

Sunday, September 12, 2010

Panas: Kes bunuh, bakar dan buang bukti

Salam,

Mungkin ramai yang dah tahu berita paling hangat dan sensasi sekarang ni, pasal pembunuhan si usahawanita mekap, Datuk Sosilawati. 

Aku tau pun malam tadi, tapi sekadar tengok macam tu je la. Pagi ni bila abang ipar aku beli paper, barulah dapat tahu kisah selanjutnya.

Tapi banyak kemusykilan sebenarnya kalau dibaca dari laporan akhbar. Kalau korang nak yang lebih lanjut sila baca paper yeh.

Aku just nak highlightkan beberapa kesangsian.

1. Suspek begitu mudah mengaku membunuh empat orang ini dan memberitahu yang mereka berempat telah dibakar dan abu mayat dilepaskan di Pantai Morib.

2. Tiada pengecaman DNA lagi kerana dikatakan telah habis dibakar.

3. Kalo betol mangse telah dibakar, ini bermakna kes ni lagi hebat dari kes Altantuya yang mati dibom. 

4. Kalo betol mangse telah dibakar, ini bermakna ianya dibakar di dalam incinerator yakni tempat pembakaran mayat. So, orang yang terlibat sama pastilah tokei or pekerja di situ. Mereka takkan bakar di tempat sewenang-wenangnya kerana membakar sesuatu pasti menimbulkan asap dan bau.

5. Kalau betol la abu mayat ditabur or dilepaskan di Pantai Morib, bagaimana polis tahu ianya adalah milik si mangsa? Tiada laporan pasal barang-barang hak milik mereka ditemui sekali. Siapa yang pernah pergi Pantai Morib? Aku pernah pergi sana untuk tujuan field trip ke untuk kaji hidupan bakau. Tahu ada apa di sana selain pokok bakau? Dekat sana bersepah dengan bekas abu mayat yang baunya uhhhh busuk gila. So tindakan mereka menabur di sana, agak mengelirukan semua pihak tapi ada pula yang mengaku dengan senang-senang? Pelik?

Pembunuhan dirancang dengan rapi tapi tiba-tiba ada orang yang bersuara? Bukankah lebih senang kalau saksi-saksi ni dibunuh sama?

Tu je la yang aku sangsi sebab tu je yang so far laporan akhbar. Apa-apa pun sama-samalah ikuti perkembangan benda ni, agak menarik pada aku sebab kes Altantuya dulu pun melibatkan polis special ops pun punye lama nak selesai, yang ni senang-senang je dapat kisahnya. 
Entah la, dunia makin kejam... ish ish ish

9 comments:

kata kila said...

aku ayak, sosilawati tu hidup lagi.tapi die saje upah smeua org konon2 die ah mati.mesti ade plan

eh eh, mcm csi plak aku ni

Shukjessa said...

maybe, tp sape yg nak jadi si pembunuh tu?

hehe mungkin ada helah lain lagi rasenye selagi benda2 ni tidak menampakkan keraguannya

hans said...

alat make up dato sosilawati ditemui di tempat kejadian

harap maklum

Shukjessa said...

oh, tapi setakat alat make up or ape2 yg bukan dari badan beliau, ianya boleh diletak je begitu sahaja.

yg menjadi tanda tanya, pembunuhan ini dirancang dengan begitu teliti kalau diperhatikan dari laporan tetapi tibe2 ade orang beritahu rancangan pembunuhan?

p.s: kalau jari beliau ditemui ok juga la kan menunjukkan bukti beliau telah dibakar or ape2

cEro said...

forensik tgh seday upaya nk identify mayat..
kita blajar dlm bio, badan terdiri dari protein yg bina daging..
dan protein sng dirosakkan dgn haba..
dan DNA kena dikesan melalui protein..
maka, mayat dibakar mmg susah nk detect DNA..

mmg plan bunuh tu dah hampir smpurna, sbb hapuskan mangsa dalam bentuk bukan manusia..
tp masalahnya, salah satu suspect adalah org yg terakhir berjumpa mangsa...maka, dr awal, dia dah dlm suspek utama..
bila tiada alibi, dia akan disoal bertubi-tubi..
kalo ko pernah tgk dlm bilik siasatan polis, ko akan tau yg sesi soal jawab polis sgt menakutkan, bergantung kpd siapa yg bertanya..
(bapak aku polis, aku tau..)

mmg timbul keraguan dlm kes ni bila cebisan mayat dijumpai di tempat yg tak disangka, tp probability sosilawati masih hidup sgt tipis, pdahal dia tak ada sebab nak palsukan kematian..

p.s:
Kes Altantuya jadi profil tinggi sbb ada kaitan dgn hubungan 2 negara..
tahukah ko, pd aku, kes mona fandey adalah paling menarik dlm sejarah penjenayahan Malaysia..

Shukjessa said...

ok, yg dijumpai adalah abu mayat atau mayat yg dah rentung? kalo rentung aku rase masih boleh cari sedikit saki baki DNA yg ada.

Tp kalo dah jadi abu mayat macam upacara sesetengah agama tu, cane nak kaji ye tak? benda dah jadi carbon.

persoalan kedua, plan membunuh ni paling sempurna pada aku sebab tiada saksi, hanya kerana suspek orang terakhir yg diketahui berjumpa, so dia adalah suspek utama, tak semestinya dia adalah si pembunuh tersebut. even dalam kes altantuya melibatkan letupan which benda tu berkecai, meninggalkan bunyi dan tempat di mana ia diletupkan, so banyak orang akan alert.

kalau aku si perancang, pembunuhan yang melibatkan pembakaran dan jika tinggal abu mayat, yang kemudian dilepaskan ke pantai morib yang mmg menjadi tumpuan orang melepaskan abu mayat adalah benda yang paling sempurna. namun ianya melibatkan orang yang profesional la dalam bab-bab menipu dan menghilangkan jejak.

kes mona fandey mmg menarik cuma byk yg tak betol last-last, sebab dia sendiri yang mengaku dan tunjuk tempat dia bunuh dan kerat mangse.
dan dia tenang je walaupun hukuman bunuh dijatuhkan seolah-olah dia tak takut dan mmg dia tunggu benda alah tu. biaselah, bila orang dah belajar ilmu sesat nih...

apa-apa pun keraguan hanya based on laporan akhbar. aku pasti ade cerita disebaliknya, dan siasatan masih lagi berjalan

hentakbelipat said...

itu yang aku dok cakap..crime kat mlysia nih dah maju dah..setaraf dkt NY dah ni.

Shukjessa said...

hehe hampir2 la, tapi pada aku still bengong pembunuh tu

Syed Nizam Syed Omar said...

salam..boleh mencelah,salam aidil fitri dulu ye.
walau sangsi pun,kita yang membaca artikal aje.tak kan pihak polis nak bagi tahu semua kat media.Kan ada akta rahsia negara,so terima aje lah.Kat dunia diorang terlepas.kat sana nanti,lu pikir lah sendiri.Ingat malaysia xda team paranomal ke?FBI dan CIA ada..fikir2 lah.