Lama rasanya aku tak update blog lepas aku review filem RE. Rindu lak nak tulis, ada idea tapi malas betul nak tekan papan kekunci ni.
Tapi macam tak best lak lame tak update, rasa macam kubur yang dah lama tak ziarah. Semak samun.
Kepala kuning tu aku haha |
Oh ya, semalam merupakan hari yang penat. Hari ni pun penat. Tapi hari semalam penat yang menggembirakan. 2 buah rumah yang mengadakan open house dari ex degree Biology dulu.
Rumah pertama iaitu rumah Pak Neal, bukan Aznil Nawani tau, ni Azneal gak tapi dok Putrajaya. Dia ni menjemput by PM dekat Facebook. Mula-mula aku ingat malas nak gi sebab fikir-fikir jauh gak tu, tapi bila kenangkan balik, kawan dah ajak, pergi je la kan. Gamble je la sesape yang ada pun. Takde orang nak borak, aku ambil gambar, apa susah.
Dalam 10.15 am aku dah terpacak betul-betul dekat dengan rumah dia ni. Katanya majlis start pukul 10.30 am. Aku bukanlah hebat sangat, cuma aku salah catur waktu dan maybe aku bawa motor laju sangat. Yes, aku merempit dari Shah Alam ke Presint 14, Putrajaya. Bila dah terawal ni, aku gi round dulu Putrajaya naik motor, dekat-dekat 10.30 baru aku ke rumah dia balik.
Ch@ Ch@, Futbolmaster, theSkycrapper dan PenUltimate dan rakan-rakan yang lain |
Dan nasib aku baik, dia baru balik dengan diiringi di belakang Mr. theSkycrapper, kawan degree merangkap bloggers di dunia maya. So ada la teman jap. Tapi kejap je la sebab lepas tu dia gi ambil kawan. Selang 5 minit lepas tu, yang lain-lain turut menyusul. Futbolmaster, teman satu group degree dan juga blogger, PenUltimate, serta sorang lagi Ch@ Ch@, juga teman sekuliah dan blogger.
Diorang ni pantang jumpa, ada je benda yang nak diborakkan dan usik mengusik. Aku sebab tak rapat sangat, just ikut flow je la, orang gelak, kita pun gelak. Orang makan, kita makan, orang berbual pasal kes Sosilawati, join. Pendek kata jangan jadi kera sumbang.
Dan open house dihangatkan lagi dengan sesi karaoke. Tapi sesi ni tak lama sebab microphone low batt or apa masalah tah aku pun tak tahu. Sempat juga la aku ambil gambar diorang buat kenangan. Dan bila dah mula ambil gambar ni, sesi photoshoot pun bermula. Since ada dua kamera, so bersilih ganti la flash yang keluar. Dah la aku ni fail sikit ambil portrait dengan group photo, hehe tapi layan je la janji gambar cukup sifat sudah (tak blur dan boleh dilihat dan diedit).
Dekat-dekat pukul 1, kitorang mula gerak untuk pergi ke rumah yang kedua iaitu rumah Ch@ Ch@ dekat SS26, Shah Alam. Aku yang pada mula nak ikut highway KLIA, tah macamna sesat boleh ikut LDP. Nak dijadikan cerita lagi, aku main layan je pulas throttle sampai tak sedar yang aku boleh pintas tuan rumah. Dan terjadilah al kisah aku berteduh di bawah pokok sementara nak tunggu tuan rumah @ Ch@ Ch@ sampai (aku nak tunggu konvoi group yang gerak dengan aku sebenarnya, sebab aku ingat Ch@ Ch@ dah sampai).
Haha, segan gak la bila aku orang first sampai, dah la dengan t-shirt round neck, sampai dengan tuan rumah ish ish ish. Mujurlah lepas tu group konvoi tadi dah sampai, kira ok la juga takde la aku mati kutu sangat.
Dekat sini, group dah makin kecil since ada yang tak dapat datang sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Aku macam biasa je la, layan. Dah habis makan, aku melantak spageti dengan bestnya hehe, apa lagi sambung borak la pasal kes Sosilawati. On the same time, kawan-kawan adik Ch@ Ch@ pun dah makin ramai, kitorang lepak luar sebab nak bagi group diorang ni space nak makan lak. Bila dah lama borak, kitorang pun sambung la sesi bergambar di luar rumah. Macam-macam gaya dan pose, hehe takpelah janji diorang happy sudah.
Balik tu, sampai rumah aku sempat upload 2-3 gambar je sebab lepas tu aku dah ZzZZzzZzzz...
p.s: walaupun penat, tapi aku gembira, dapat ambil gambar, dapat simpan kenangan dan dapat buat orang lain tumpang gembira. Harap tahun depan, dapat buat lagi dengan lebih ramai kawan-kawan.
bersambung...
3 comments:
smapai skang aku tak abes dakit ati sbb tak dpat pergi...
arrgghh!!!!
kena tunggu setahun lagi..
tu pon kalo ade,
or kalo aku masih ada...
takpo, next year lagi best. kalo xde sape buat, aku buatkan.
next year sume dah kerja, ada yg nak kawen or btunang ke hapa ke, time tu mesti lagi rancak.
harap2 bukan aku sorg je lg yg pegang kamera next year, harap2 makin ramai la hehe
best nye... ;)
Post a Comment