Followers

Sunday, September 26, 2010

Kenangan mee segera

Siapa yang tak kenal Maggi?

Mee segera, sebut je aku rasa mesti korang pernah makan. Kalau yang tak pernah makan tu, apa boleh buat kan.

Mee segera, makanan ruji untuk orang-orang yang tak berduit. Ye ke?

Dulu mungkinlah kot sebab sebungkus mee segera jenama Maggi baru 40-50sen je time aku sekolah menengah dulu. Tapi sekarang? Sebungkus dah dekat seringgit.

Persoalannya, larat ke nak melantak tiap-tiap hari mee segera? Dahlah dengan tekak orang melayu memang perlukan nasi, nak melantak mee hari-hari aku rasa mau muntah. Tapi kalau dah sengkek tak boleh nak buat apa la. Telan je la janji perut tak lapar.

Mee cawan, popular time sahur di 7E

Aku start kenal mee segera once diperkenalkan oleh mak aku. Ayah aku jenis tak makan mee segera, so kalau masak kami bertiga je la makan. Aku pun tak tahu kenapa, sampai sekarang aku tak pernah dapat buat the exact mee segera Maggi kari macam mak buat. Even benda yang sama tapi cara masak dan rasa tetap lain. Rindu gila nak makan mee macam dulu-dulu.

Masuk sekolah menengah, aku belajar masak mee segera dalam baldi la, dalam bekas kole la dan lain-lain melalui rakan-rakan asrama. Gila seronok walaupun rasa tak sedap mana pun. Pernah sekali member aku ajak makan Maggi kari macam makan keropok. Just bubuh perisa dalam plastik Maggi yang dah hancur mee nya, then goncang dan makan. Nikmat! Aku ingat lagi masa tu peperiksaan akhir tahun dah habis, kelas dah takde buat apa, tapi stil kena datang. Pergi kelas, bawak walkman melalak, main UNO, main pakau, merayau-rayau then bila nak waktu balik pergi kedai depan sekolah beli Maggi. Zaman sekolah tersangat best!

Masuk U, mee segera dah macam-macam jenis. Dah ada pula mee segera goreng. Mee segera tapi takde kuah. Boleh tahan juga la ikut brand. Ada la beberapa kali member puji aku masak mee segera goreng best la hape la, walhal aku tau tu trick diorang malas nak masak. Bukannya susah sangat pun, rendam mee dalam air panas, dah agak-agak lembut sikit tos je la. Kalau dah rendam mee lepas tu pergi main Need For Speed, memang la mee akan jadi besar-besar jari, confirm tak sedap.

Hati-hati membeli mee segera kurang ternama, takut non halal

Benda alah ni la juga teman paling setia kalau orang Islam nak melancong ke negara yang susah nak cari makanan halal. So ianya bukanlah makanan orang takde duit pun lagi, ianya adalah makanan optional. Tu belum masuk bab bulan puasa bila orang tak puasa dapat mee segera pun jadilah kan.

Dek kerana tu lah berlambak-lambak kemasukan mee segera yang halal and non halal. Dari Maggi sampailah ke Mee Udang Ho Liao! kalau pergi supermarket, ada section khas untuk mee segera je. 

Tapi janganlah makan banyak dan kerap sangat sebab benda ni still junk food. Banyak preservative dan MSG yang boleh memudaratkan kesihatan. Pernah dengar dulu-dulu orang kaitkan makan Maggi banyak sangat nanti rambut cepat gugur dan kepala boleh jadi botak?

p.s: Nak sedap makan mee segera goreng, mee yang direbus tu diangkat awal sedikit dari waktunya. Dan pada sosnya pula diletakkan sedikit minyak bijan, konpem sedap dan pejal.

3 comments:

cEro said...

"jangan ngaku ko student U kalo ko tak pnah makan megi..." kata abang aku...
mmg betol!!!

Cik Balqis said...

xjumpe lgi bdk U yg xmkn megi..haha~~

Shukjessa said...

tau xpe hahaha