Followers

Thursday, September 2, 2010

Kampung oh kampung


Ho Ho Ho balik kampungg~~

Sekarang ni aku rasa kebanyakan bloggers tengah demam nak balik raya. Buat yang nak balik tu aku wish selamat berangkat, pastikan anda sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Buat yang tak balik lagi, ada masa lagi tu. Buat yang tak dapat balik...err...sambut je lah hari raya walau di mana kita berada. Kalau rindu call la omak kek kampung.

Ok la sempena musim nak raya ni, aku nak tulis sikit la pasal persediaan balik kampung.

Udah ready ke nak balik kampung? 

Meh tengok peringatan dari den ni aaa..

Oklah untuk yang balik kampung menaiki public transport seperti bas, lrt ke, kapal terbang ke, keretapi ke or apa-apa je lah yang melibatkan tiket, pastikan bebetul tarikh tiket korang tu, pastikan bebetul masanya. Jangan jadi macam aku dulu salah beli tiket.

Barang-barang biarlah kemas awal-awal, pastikan bawak benda yang patut je, ie; baju raya, kerepek, kuih raya sikit ke. Janganlah sampai 2 atau lebih bag bawak balik kampung. Bukan tak boleh, nanti berat kan susah je. 

Yang ni paling penting, duit. Duit kalau boleh jangan letak setempat la. Especially jangan letak semuanya dalam wallet. Ni kalau hilang wallet naya. Lagi satu wallet jangan letak di bontot anda ye (khas untuk lelaki). Kalo letak di bontot pastikan ada safety macam zip seluar, klip ke ape kejadah lagi. Kalau tak alihakan wallet di tempat yang lebih selamat. Macam aku, wallet sentiasa di poket kiri di tepi kepala lutut. Tak paham? Aku suka pakai cargo pants (seluar poket tepi) so wallet dan handphone aku semua aku letak di tepi. Ini boleh menyukarkan orang nak mencopet wallet korang la. Bagi perempuan, tas tangan tu jaga-jaga la sikit, jangan la berlenggang sangat. Time nak raya macam-macam boleh jadi, duitlah paling penting.

Masa itu emas, so kalau dah tahu emas, janganlah lambat-lambat sampai ke tempat yang korang nak naik macam bas. Biarlah awal sejam ke setengah jam ke, anything happend korang tahu.

Bestnye kampung ada sawah padi

Lagi satu pakaian. Nak balik kampung toksah la pakai pakaian yang menyukarkan untuk berjalan ke berlari ke hapa ke. NI khas untuk wanita. Kalau tahu nak balik kampung, toksah la pakai baju kebaya nyonya. Buatnya kena kejar bas, tak ke naya? Pakai la seluar yang tak ketat dan selesa untuk perjalanan jauh. Seelok-eloknya pakai kasut yang comfort bukan heels bukan yeh.

Yang ni untuk yang memandu. Tak kira la kereta ke, motor ke, bas ke, van ke, kapal terbang ke. Benda paling penting adalah rancang perjalanan. Bila korang start cuti? Bila korang nak bertolak? Larat ke tak? Selalu tengok berita untuk lalulintas punya trafik. Pilih jalan yang sesuai. Elakkan guna jalan lama. Berkorban la sikit guna highway tu. Pilih waktu yang sesuai untuk pulang ke kampung.

Ok next adalah persediaan kenderaan. Dah pergi hantar servis ke belum? Tayar dah check? Minyak hitam? Radiator? Air bateri? Semua jadah tu la. Paling elok hantar servis la. Biar kopak duit asal selamat dan tidak tersadai di tepi jalanan. Pastikan tayar anda ok, check pressure angin, buat yang tak tahu sila buka manual kenderaan. Jangan lupa bawak la kaset ke CD ke apa ke or buka la radio untuk tidak mengganggu mood korang ketika memandu.

Yang seterusnya adalah persediaan badan. Pastikan korang benar-benar segar ketika memandu. Memandu dalam keadaan penat or mengantuk memang amat merbahaya, sebab aku sendiri pernah eksiden pasal mengantuk. Untuk yang memandu malam, pastikan ada co pilot yang boleh diajak berbual or tolong ketika diperlukan. Tapi kalo sorang-sorang tu nasibla. 

Ok yang ni pun antara yang terpenting yang patut korang ambil kira jika memandu. TOLONG LAH! Aku minta TOLONG! TOLONG jangan bawa laju-laju jika korang bawak orang lain sama dalam kenderaan tu. Aku cukup tak paham bila suami bawa laju dimana isteri dan anak-anak ada di dalam kereta. Ni bukan soal siapa pakar, siapa hebat dan pengalaman lebih. Ini soal malang tidak berbau, nak race or bawa laju sila pergi Sepang. Or kalau nak bawa laju sangat, jangan bawa orang. 

Aku sendiri akui aku suka bawa laju motor sampai kadang-kadang 130kmj. Tapi itu aku sorang je la. Bila aku bawa orang or ada pembonceng, kebiasaannya aku akan bawa bawah 100kmj, kadang-kadang 60kmj je. Satu sebab, kalau aku mati, ada satu keluarga yang akan menangisi. Tapi kalau kedua-dua nya mati, akan ada dua pihak keluarga yang menangisi. So jangan susahkan orang lain. Nak mati, mati sorang-sorang!

Dan yang tak kurang pentingnya, sebelum bertolak call or SMS la orang di kampung. Beritahu mereka pukul berapa bertolak dan anggaran pukul berapa sampai. 

Salam lebaran dari Shukjessa sekeluarga

Jangan dilupakan sebelum melangkah keluar bacalah doa "Bismillahi tawakkal tu a`lallah", surah 4 qul dan ayatul Qursi, semoga perjalanan dilindungi dari segala macam bala dan bencana.

Semoga raya kali ni lebih bermakna dengan rakan-rakan bloggersku selamat pulang dan selamat kembali menulis blog masing-masing. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Jangan lupa ambil gambar dan update blog, raya-raya gak blog tetap kena udpate!
Sekian...

9 comments:

soffea said...

wah.. tips yg bagus. n suke bab2 nak drive jauh tu ;)
will take that into account. sgt tak sbr nak balik.. sume org dh balik esok.. wuhuuu~

anyway, selamat ari raye =)

Shukjessa said...

hehe saling ingat mengingati rakan-rakan bloggers.

jgn jadikan raya ini santapan air mata kesedihan, biarlah ianya menjadi medan air mata kegembiraan dan bermaaf-maafan

cEro said...

tp shuk, knape aku tak rase mcam nak raya ek??
tak puas puasa lg arr...

ke aku sorg je camtu???

Shukjessa said...

maybe waktu skang makin cepat, kalo korg perasan. dari pagi membawa ke berbuka sangat cepat. compare dengan dulu2 mase kite sume masih kecik, nak tunggu berbuka tu aku rasa berapa kali mandi, btol x?

aku pun rasa macam baru je minggu lepas start pose...cepat tol mase berlalu

hans said...

bagus tipsnya
memberi ingatan
apa2pun aku dah sampai umah
yehaaaaaaaaaaa

P/S : Nak Buat Kejutan Tapi Tiba - Tiba....Hahaha!

Shukjessa said...

hehe tips ni bukan sekadar nak balik umah je, hatta pergi pekan naik motor ke hape still kena hati-hati, musim raye2 ni bukan boleh kira sgt sikap pemandu

hans said...

betul2

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

hans said...

dah sampai kampung ker?

P/S : Aku Maluuu

kata kila said...

saling mengingati ye :) balik kg jangan seronok sangat.doa byk2 ye:)