Followers

Thursday, September 9, 2010

Baju raya oh baju raya


"Beb, cuba ko tengok baju aku? Lawa tak?" Sue menggayakan baju kebayanya yang berwarna garang.
"Walaweh, lawanya. Mana ko beli?"
"Eh, tak main la beli, kain je aku beli RM20 semeter. Ni aku tempah khas dekat Hatta Dolmat".
"Wau, gila ah ko, aku tak mampu la nak tempah. Takat beli je dekat Jalan TAR sudah. Eh berapa pasang baju raya ko tahun ni?" Siti bertanya sambil membelek-belek majalah.
"5 pasang, semuanya aku tempah. Jatuhlah standard aku kalau pakai baju beli siap ni" katanya sombong.
"Amboi ko, ayat tak hengat...".
"Yelah, raya setahun sekali je kan. Mestilah aku nak nampak anggun, ayu dan glemer di pagi raya. Lagipun family aku ada peruntukan untuk persiapan raya masing-masing".
"Yelah...".

Tiba-tiba pintu bilik dikuak, seorang budak lelaki masuk ke dalam bilik.
"Along, mama panggil turun" kata budak lelaki tu.
"Timi, lain kali nak masuk bilik along ni ketuk la dulu. Mana tau along tengah berkemban ke, hey budak ni!!" balas Sue.

"Timi, meh sini duduk dekat Kak Siti, nak tanya something la".
"Nak tanya apa kak?" Timi menghampiri Siti.
"Tahun ni Timi ada berapa pasang baju raya?".
Timi hanya menggeleng.
"Berapa pasang? Akak tak dengar?" Siti mengulang kembali kerana tadi matanya melekap dekat majalah tu.
"Takde, Timi pakai baju tahun lepas je" balas Timi.
"Eh? Takde? Timi taknak raya ke?" Siti kehairanan.
"Raya. Ustaz cakap raya bukan bermakna baju perlu bertukar saban tahun. Seandainya baju tahun lepas masih elok, tidak lah sepatutnya kita membazir" kata-kata itu mengejutkan Siti dan Sue.
"Tapi Timi kan dapat bajet dari abah untuk beli baju?" Sue pula bertanya.
"Oh, Timi sedekah dekat makcik yang jual nasi lemak pagi-pagi depan sekolah tu. Kesian lak Timi tengok makcik tu, rumah dah la kecik, anak-anak pun ramai. Timi rasa tak adil jika Timi berbaju baru sedangkan ada insan lain yang tidak pernah merasa pun hari raya apatah lagi nak pakai baju raya".
"Errr... berapa Timi bagi dekat makcik tu?" Siti bertanya pula.
"RM700 semuanya sekali, bajet yang abah kasi tu. Ustaz kata setiap rezeki yang kita dapat, sebahagian daripadanya adalah untuk orang yang susah" balas Timi sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Dengan serta merta Sue merasakan bajunya kini seperti kain buruk sahaja. Dia malu dengan adiknya yang lebih memahami dan mengenal erti apa itu Hari Raya Aidilfitri lebih dari sekadar berapa pasang baju untuk tontonan dan kemegahan.

Lebaran itu bukanlah sekadar berapa pasang baju, berapa banyak duit raya, apa juadah raya, balik mana, tapi lebih kepada jika kita gembira, adakah saudara seislam kita yang lain pun turut bergembira bersama? dan jika kita makan makanan lazat-lazat, adakah mereka mampu untuk makan sesuap nasi pun? Bersamalah kita menyambut ianya dengan penuh rasa syukur kepada-Nya.

p.s: Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin, cerita ini sebagai pengajaran dan renungan bersama

2 comments:

kata kila said...

nice entry,thums up!

btw, selamat hari raya ye

Shukjessa said...

thanx, slamat ari raye too