Hari ni pagi-pagi lagi aku dan my sis dah bertolak dari Shah Alam menuju ke tanah tumpahnya darahku, Bentong. Sebuah pekan kecil yang dah capai taraf Penbandaran yang juga merupakan daerah paling hampir dengan Gombak dan KL. Diibaratkan seperti pintu masuk dari barat nak ke timur, Bentong juga adalah pekan dan jalan yang paling femes di kalangan rakyat Kelantan yang berhijrah ke KL dan Selangor. Tatkala raya, pekan yang baru hendak naik ni akan BZ mengalahkan jam di Federal Highway.
Ok lupakan pasal info Bentong. Apa yang aku hendak ceritakan di sini adalah, baliknya aku ke Bentong untuk menyelongkar kenangan lama yang masih ada tersorok dan aku tak sedar. Dan oh ya, hari ni ada kenduri kawen di kawasan kejiranan rumah mak aku.
Agak kelakar sebab semalam time nak pergi shopping barang dapur, ada la seorang pakcik ni ajak pergi kenduri kawen dekat kawasan kejiranan rumah akak aku tu. "Salam. Adik ada dapat ke kad jemputan kawen?".
Aku agak blur "Eh takde lak pakcik". "Oh kalau macam tu pakcik nak jemput la adik sekeluarga pergi kenduri kawen anak pakcik esok".
"Oh tapi kitorg balik kampung esok".
"Oh ye ke? Balik bila tu?"
"Balik pagi-pagi".
"Ooo jadi boleh la datang malam ni tolong kupas-kupas bawang ke?"
"Err...insyaAllah lah ye".
Agak pelik sebenarnya bila kita berjumpa dengan seseorang yang kita tidak tanya nama pun, tiba-tiba kita ajak dia buat kerja. Paling tidak jemput je la datang esoknya kan. Tapi itulah, mungkin tak cukup orang la kot? Dan agak pelik bila duduk apartment tapi nak masak gotong royong, macamna tu???
Lupakan hal itu. Berbalik kepada kisah menyelongkar tadi. Lepas balik kenduri tadi, suppose pergi 2 kenduri tapi since mak aku stay lama lak dekat rumah kenduri tu tadi, dan my sis pun dah lelap tidur. Aku pun pergi la masuk bilik aku. Mak suruh kemas barang-barang yang taknak. So menyelongkar la segala almari yang ada simpan khazanah aku.
Selongkar punya selongkar jumpa la satu album. Eh? Ni album lama ni, ada lak gambar kenangan dengan si tutt. Takpelah, tengok je la bukan ada apa-apa pun. Belek punya belek, terjumpa lak gambar yang tidak kontroversi, iaitu gambar budak-budak kelas time diploma dulu. So aku keluarkan gambar mana yang patut dan aku pun scan kan masuk lappy aku ni.
Dan sementara masih ingat, aku pun cari balik novel Lagenda Budak Setan yang aku baca dulu. Rindu nak baca, aku nak bawa balik esok. Disertakan sekali 2 lagi novel yang aku selalu baca sebab jalan ceritanya best pada aku iaitu Kau untukku dan Sepi tanpa cinta.
Esok gak nak bawa balik buku French aku. Lama gila tak study, rasa sangat berkarat dah otak aku. Yang aku ingat, Oui, Non, J'mapple, Je suis, Je parle, il, elle, vous, merci, bonjour, dan beberapa lagi yang aku ingat sebutan tapi lupa ejaan. Arghh serius kena stadi, kalau tak rugi belajar 3 sem dengan Dr. Alex.
Dan malam ni seseorang bertanyakan khabar ku setelah sekian lama macam endah tak endah je. Aku? Malas je sebab orang tu dah berpunya, aku tak suka kacau hak orang. Biarlah, sampai satu masa equation M1V1 = M2V2 akan kena pada orangnya. Tapi V tu bukan halaju tapi lebih kepada derita dan sengsara.
Oklah, ni je yang mampu aku tuliskan setakat ni. Nanti lah aku sambung cerpen Dunia Kotakku. Thanx to bro hans sebab rajin komen, thanx utk semua yang masih setia menyokong dan melawat blog aku yang tak seberapa ni. Aku takkan lupa budi baik korang.
2 comments:
owh..
orang bentong rupenye..
hahah nape sha? pernah gi ke? ke pernah lalu?
Post a Comment