"Ke mana kita?" si gadis kecil molek ni mula bersuara setelah hampir 10 minit berada di dalam kereta Proton Persona yang ku pandu.
Aku hanya tersenyum sambil memandang ke arahnya. "You'll see". "Hish awak ni, dalam YM pun usik saya, real life pun nak still nak usik saya?" katanya sambil memuncungkan bibir. "Hehe janganlah marah, kita pergi ke suatu tempat yang tinggi, mahu? Awak tak takut tinggi kan?" tanyaku. "A little bit, kita nak pergi hiking ke?" dia bertanya.
30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. "La, KL tower ke? Mati-mati saya ingat awak nak bawa pergi hiking tadi" Dahlia memakai semula capnya namun rambutnya dibiarkan lepas terurai. Mukanya nampak sweet pakai cap, dari jauh kalau tidak perasankan rambutnya memang kelihatan agak boyish cuma bila diperhatikan betul-betul terserlah keperempuanan itu.
"Jom" kataku pendek. Aku berjalan membontoti Dahlia. Bukanlah aku ingin melihat belakangnya cuma aku lebih suka berjalan di belakang supaya aku boleh awasi apa-apa yang terjadi. Belum sempat aku ingin memanggilnya sebuah kereta dengan tiba-tiba membunyikan hon nya kuat kerana Dahlia menghalang laluannya. "Woi! Bodoh, nak mati ke? Tak nampak ke kereta lalu?" kata si pemandu itu dengan berang. "Kau la bodoh, ni bukan trek perlumbaan nak bawak laju-laju, consider la sikit sini ramai orang melintas dan jalan kaki. Akal letak dalam bonet ke?" jerkah Dahlia. Aku agak terkejut dengan caranya tapi hanya mampu melihat dan tersenyum. "Ganas juga minah ni" getus hatiku. Dek kerana marah yang teramat, Dahlia pun meninggalkan pemandu tersebut dan berdiri di hadapan kaunter teksi. Sambil aku berlalu, aku berkata kepada pemandu tersebut "Bro, Tuhan bagi mata, tengok, Tuhan bagi telinga, dengar, Tuhan bagi akal, fikir. Tak guna bawa kereta 5 siries tapi sikap macam orang takde akal". "Kurang ajar punya budak, berani betul kau nak sekolahkan aku?" jerit pemandu tersebut. Aku terus cabut sambil ketawa dan mengajak Dahlia untuk menaiki escalator ke atas.
Sesudah membeli tiket, kami berdua menaiki lif bersama dengan pengunjung yang lain. Rata-rata yang naik adalah tourist, adalah beberapa muka yang kami agak orang Malaysia. "Wow, tingginya..." perkataan yang terpacul dari mulut Dahlia. Aku membiarkan dia dengan perasan terujanya dan mengeluarkan kamera dari beg. Andainya suasana di waktu malam pasti lebih menarik untuk diambil gambar pemandangan. Dengan cahaya lampu dari segala bangunan yang ada di KL pasti dapat menghidupkan suasana yang lebih romantis. Tapi takpelah, suasana pagi pun ok since aku ada subjek iaitu Cik Dahlia.
"Hai orang tu kalau dah dengan kamera, saya ni pun awak lupa ye?" suara lembut itu menceroboh gegendang telinga aku. "Eh takdelah, saya tak nak la kacau mood awak tadi since saya tengok awak begitu teruja bila dah sampai tadi. Tengok teropong dan dengar explanation dari headphone tu" balasku.
"Awak lebih senyap di luar berbanding di alam maya eh encik Sham?" pertanyaan yang biasa ditanya oleh orang yang baru mengenaliku. "Heheh itulah saya, awak akan lebih faham by time nanti" kata ku sambil mengambil gambarnya yang masih melihat teropong.
"Kenapa awak suka tempat tinggi?" dia bertanya sambil merenung ku. "Banyak tempat saya suka, mostly tempat yang tak crowded sangat. Since tower ni tak ramai sangat dan scenery agak menarik, jadi saya agak berminat hendak ke sini" terangku.
Suatu ketika, mata kami saling merenung dan seperti magnet ianya terus kekal. Aku terpana melihat anak matanya yang berwarna perang itu, agak sweet sebenarnya. Tiba-tiba kami tersedar yang kami saling merenung dan masing-masing tersipu malu. Aku terus berpura-pura membersihkan habuk pada kamera sementara dia membetulkan cap dan memandang ke arah yang berbeza. Hish kantoi!.
Selesai bergambar dan melihat pemandangan dari atas menara, kami turun semula ke bahagian bawah. Masing-masing diam seribu bahasa. Aku pun jadi segan nak cakap lepas kantoi merenung mata Dahlia. Dia pun mungkin begitu juga.
Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba dia bersuara "Eh eh, flying fox la, jom tengok!" katanya tanpa sedar menarik lenganku menuju ke arah pelantar flying fox tu. Kelihatan ramai budak-budak beratur untuk merasai turun by flying fox. Dahlia kelihatan sangat teruja. Aku? Tengok budak-budak tu naik memang seronok tapi bila aku bayangkan orang macam aku naik benda alah tu, aku risau tali tu putus je haha.
"Nak naik? Jomlah!" tiba-tiba Dahlia mengajak aku. Dengan muka yang agak bercampur baur, aku berkata "Em, takpelah awak, awak je la naik. Saya ambil gambar awak nanti ok?". "Alah tak bestlah awak tak naik sekali. Jomlah" rengeknya seperti seorang anak kecil memujuk sang bapa untuk membelikan teddy bear padanya. "Hohoho tapi saya gayatlah benda alah ni" aku cuba memberikan alasan.
"Awak, please..." dia merayu sampaikan sedar atau tidak dia menggapai tanganku lalu digenggamnya erat. Agak terkejut dengan aksinya itu, aku memandang ke arah tanganku dan ya itu tangan comelnya. Mungkin dia baru tersedar yang dia dah menggenggam tangan aku, lalu dilepaskan serta merta dan berpaling muka daripadaku. Aku hanya mampu tersenyum kecil seraya berkata "Ok". Dia berpaling dan tersenyum lebar sambil menunjukkan isyarat bagus!
Dia mengambil gilirannya dahulu sementara aku mengambil gambarnya. Jelas di wajahnya tidak terpamer pun sedikit ketakutan akan tempat tinggi dan kelajuan. Amatlah kontra dengan apa yang dikatakannya awal tadi. Misteri, ada benda yang aku masih tak tahu tentang Dahlia. Takpelah, perlahan-lahan kita akan ketahui sifat seseorang itu samada sedar atau tidak.
Aku sempat mengambil beberapa aksinya ketika dia sedang laju turun sampai ke pelantar satu lagi. Memang dia sangat seronok. Dan lepas ni giliran aku pula. Jantung aku dah mula berdegup laju tapi aku masih maintain nampak cool dan selamba badak. Dahlia menghampiri aku "Ok, turn awak. Biar saya pula yang jadi cameraman. Buat pose yang menarik tau" katanya sambil mengambil kamera dari tanganku.
"Bro, ready ke? Kalau takut jangan pandang bawah ok? Takde apa-apanya" kata instruktor di situ untuk menenangkan aku yang dah mula nampak wajak cuak. "Sham! Chaiyokk!!" jerit Dahlia sambil tersenyum. Aku hanya mampu tersenyum kambing sebelum instruktor itu mula menolak badanku yang 2 kali ganda lebih besar dan berat dari Dahlia. "Aaaaa!!! Bodoh! Bodoh!! Aaaa!!!" suara ku jelas kedengaran di pelantar pelepasan. Kelihatan ramai orang tergelak melihat aksi macho aku, aduhai. Sesampainya di pelantar ketibaan, aku rasa lega dan seronok, tapi terasa sedikit sakit di bahagian sensitif, adui adakah aku dapat sambut hari bapa nanti?
"Apalah awak ni, semuorang dengar tau awak mencarut, teruk betul" kata Dahlia sambil tertawa kecil padaku. "Itulah saya kalau awak nak tahu" balasku pula. "Yela tu, dah jom, ada satu round lagi" balasnya. Aaa? Satu round lagi? Aduhai... mampus aku.
Selesai trip ke KL Tower, kami bergerak menuju ke Segitiga Emas iaitu di Bukit Bintang. Dahlia ingin mencari sesuatu katanya. Since masa kami agak banyak, so aku setuju ajelah sebab aku dah biasa sangat ikut perempuan bershopping ni.
"Awak tak kisah temankan saya shopping?" tanyanya kepadaku. "Kenapa, pelik ke saya temankan awak shopping?" tanyaku pula pada dia. "Pelik tu tidaklah, tapi selalunya man ni cepat bosan ikut perempuan shopping" terangnya. "Saya dah biasa" balasku pendek. "Beruntunglah siapa yang jadi girlfriend awak" dia berpaling memandangku. Aku berpura-pura tidak mendengar sambil melihat-lihat pakaian di kedai itu. Sekali aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian, SPAGETI dan aku tunjukkan satu pada Dahlia. "Awak tak nak cuba?". "Keji!" katanya pendek sambil menunjukkan penumbuk kepadaku.
Shopping sudah, makan pun sudah, kini tibalah masanya kami berangkat ke destinasi utama kami iaitu ke pantai. Pada awalnya memang rancangan aku untuk ke sana tapi memandangkan tiada apa-apa yang menarik ketika pagi dan tengahari, maka aku lanjutkan ke waktu petang.
Destinasi kami seterusnya adalah di Pantai Jeram di Kapar. Perjalanan agak mengambil masa dan Dahlia yang kepenatan tertidur ketika aku sedang memandu kereta ke sana. Sesekali ku pandang wajah Dahlia yang masih ditutupi oleh truck capnya itu. Tertanya-tanya aku kenapa gadis secantik ini perlu kelihatan seperti lelaki? Bukankah lebih manis sekiranya dia berpakaian dress or anything that more feminine. Satu rahsia yang perlu aku selongkar suatu hari nanti.
Jam menunjukkan pukul 5.15 petang. Angin mendayu-dayu meniupkan sekelilingnya. Aku mengejutkan Dahlia. "Oh, maaf saya tertidur. Saya berdengkur ke tadi?". "Haah, kuat gila. Terkejut saya" bohongku padanya. "Hah? Ye ke? Alamak..." mukanya berkerut risau. "Takdelah, saya tipu je" kataku sambil tersenyum. "Keji!!! Sham! Jaga awak, saya dapat saya seligi kepala awak" marahnya. "Hahaha" aku hanya mampu tergelak melihat keletahnya.
"Cantik pantai ni, selalu ke awak ke sini?" Dahlia membetulkan capnya lagi. "Tak la selalu sangat, cuma kalau saya inginkan ketenangan dan mencari ilham, saya akan cari alam. Samada di hutan, sungai, air terjun atau di tepi pantai. Dan sebab di pantai ni ada kenangan yang sukar untuk saya lupakan..." balasku sedikit sayu. Dahlia memandang ke arahku "Boleh saya tahu apa kenangan tu kalau awak sudi berkongsi cerita" pintanya sambil menanggalkan capnya. Aku pandang wajahnya dan aku tersenyum, "Panjang ceritanya". "Saya sudi mendengar dan masa kita masih banyak" dia menyisir rambutnya yang berjuraian di mukanya sambil tersenyum indah.
"Di pantai inilah saya ditinggalkan dan dikecewakan cinta..." kataku sambil jari jemariku mula menulis sesuatu di atas pasir pantai "Sham & Ina".
to be continue...
4 comments:
interesting.. ;)))
thanx sudi lawat my blog and bace my cerpen, appreciate it =)
ada orang tu takut ketinggian
gayat rupanya
hahaha
hahaha hero tak semuanya berani kan? keh keh keh, bley je nak wat hero perfect tp mcm bosan la cerite tu wakakakak ;p
Post a Comment