Hari ni hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Aku terjaga dari tidur dan pergi mengambil wudhu. Selesai solat subuh, aku keluar dari sarang. Dinamakan sarang kerana pintu bilik perlu sentiasa ditutup kerana anak saudara aku ni buas sikit. Pantang nampak pintu bilik aku terbuka, pasti laju je dia nak masuk nak musnahkan segala-gala barang yang aku ada. So pintu bilik akan sentiasa ditutup ketika dia ada.
Jumaat, penghulu segala hari. Cepat betul masa berlalu semenjak aku keluar dari wad 2 Mawar. Aku insan yang ketiga keluar selepas Poyie. Sempat jugalah aku menghulurkan nombor handphone ku kepada mereka semua. Walau aku tahu ada yang duduk berjauhan namun jika takdir menentukan, kami akan berjumpa semula.
Pagi-pagi ni surf internet la, nak check Facebook. Tapi sebenarnya aku nak tengok samada Cik Dahlia tu ada ke tak online. Agak kecewa apabila emoticon sang kuning tersenyum itu tiada. Takpelah, teruskan je la niat asal tadi nak surfing internet.
Dekat 2 jam berlalu, masih tiada tanda-tanda Dahlia akan online. Lalu aku nekadkan diri untuk SMS aje dia. Namun SMS pun menemui jalan buntu. Masih tiada jawapan setelah setengah jam berlalu. Dan kali ni adalah usaha yang terakhir dapat aku lakukan untuk hari ini, iaitu call dia.
"What kind of man that you are? If you're a man at all, well I figure this one out, on my own" kedengaran caller ringtonenya disetkan kepada lagu Decode oleh Paramore. Tiada jawapan yang diangkat. Aku cuba 2-3 kali lagi, namun masih lagu yang kedengaran. Mungkin dia tengah mandi kot? Ke dia keluar terlupa bawa handphone kot? Aku cuba bersangka baik.
"Ai shiteru sayang sizuka!" handphone ku pula yang berbunyi. Terus ku sambar dan jawap panggilan itu
"Dahlia, awak ke mana? Puas saya cari awak lepas keluar dari wad, tapi awak macam hilangkan diri je".
"Dahlia?? Oh maaf la Sham, Huda ni, anak Dato' Rahmat, masih ingat lagi?" suara yang cukup manis kedengaran di corong handphone ku.
"Oh, Cik Huda. Maaf la, saya ingatkan kawan saya tadi yang call. Ye Cik Huda, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" ku cuba mengingati wajahnya ketika di hospital tempoh hari.
"Ayahanda suruh saya call awak. Minta awak datang ke rumah. Ada hal katanya. And one more thing, tak payah la bercik-cik dengan saya, panggil Huda cukup" balasnya dengan cukup santun.
Dari jauh kedengaran suara Wak menjerit "Sham, engkau datang jangan lupa bawakkan coklat Cadbery tau! Anak aku ni tak bagi aku makan la!!".
"Ayahanda!! Huda tak bagi sebab tak nak ayahanda masuk wad lagi tau" kedengaran jelas suara mereka berdua.
Aku hanya mampu tersenyum mendengar keletah mereka berdua. "Bila tu Dato' nak saya datang? tanyaku.
"Oh esok pagi boleh? Awak tak ke mana-mana kan? balas Huda semula.
"Esok...emm..." aku rasa tiada apa-apa aktiviti esok. Boleh la kot? "Em baiklah, pukul 10 boleh? Em tapi dekat mana ya rumahnya?".
"Rumah dekat area TTDI, nanti awak dah sampai dekat situ, awak call ayahanda saya".
"Em ok" balasku pendek.
"Sham? Jumpa esok eh?" girang suara Huda.
Sedang aku tengah buka google map, aku dikejutkan dengan mesej dari Dahlia.
"Sham, awak free x?".
"Free aje, awak ke mana menghilang selama hari ni? Puas saya cari..." balasku.
"Saya...saya nak jumpa awak esok boleh?" alamak satu kata-kata yang amat membuatkan aku serba salah.
Macam mana ni, esok dah janji dengan Wak nak datang rumah. Tapi kalau aku tolak permintaan Dahlia, dia macam ada masalah je.
Think Sham! Think!!.
"Macam ni lah, esok awak ikut saya pergi rumah kawan saya, boleh?" balasku pula.
"Tapi... adakah saya akan mengganggu?" Dahlia membalas mesej.
"InsyaAllah tak, sebab insan yang awak nak jumpa ni mungkin boleh tolong masalah awak" aku cuba menyakinkan Dahlia.
Setelah habis ber SMS dengan Dahlia, aku cuba call Wak semula untuk meminta kebenaran padanya membawa seorang teman yang ada masalah. Alhamdulillah, Wak bukan insan yang kedekut atau lokek dengan tetamu, malah dia amat berbesar hati kalau dapat tolong Dahlia.
Settle masalah untuk hari ni, esok tak tahu lah pula kan? Apa masalah Dahlia sampai menghilangkan diri sebegitu lama? Apa yang Wak nak sangat aku datang ke rumahnya? Yang pasti esok soalan akan bertukar dengan jawapan. Dan yang lebih pasti, masalah akan dapat diselesaikan.
Aku melabuhkan badan ke tilam sambil terpejam celik melihat kegelapan bilik ini. Tiba-tiba muka Dahlia muncul disebalik kegelapan. Rambutnya yang panjang, muka agak cute tetapi agak boyish dari segi caranya. Dan wajah Huda pun menggantikan wajah Dahlia, bertudung, ayu, memiliki ciri-ciri kewanitaan.
Di suatu ketika, aku perasan, Huda dan Dahlia memiliki aset yang kontra namun kedua-duanya sedap mata memandang. Dan aku pasti kedua-duanya pasti menjadi buruan lelaki, yang pasti bukan aku, kerana siapalah aku untuk dicintai. Hanya watak sampingan dalam pementasan dunia ini. Entah bila aku lelapkan mata pun aku tidak tahu, tapi yang aku tahu, subuh sudah memanggil. Astaghfirullah, aku termimpikan Ina lagi...
to be continue...
No comments:
Post a Comment