Followers

Saturday, June 19, 2010

Dunia kotakku VIII

Sejak dari time aku ambil dia, sampai la sekarang Dahlia masih diam membisu. Aku curi-curi melihatnya. Samar-samar mukanya dek kerana cap dan cermin mata hitam yang dikenakannya hari ini. 

Pelik! Tiba-tiba berkaca mata pula hari ni? Selesa dengan jeans dan t-shirt Power Puff Girls, dia masih senyap. Mungkin perasan aku memandangnya, dia cuba mengalihkan mukanya ke arah tingkap.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Dahlia membetulkan cermin matanya.
"Pelik, awak tiba-tiba pakai spek mata hitam kenapa?".
"Erm... saya kena sakit mata" balasnya pendek.

Aku masih ragu-ragu dengan jawapannya tapi aku biarkan saja. Sesekali aku melihat jam, pukul 9.40 pagi. Awal lagi, kerana kami sudah pun berada di dalam kawasan TTDI. Aku membuat panggilan kepada Wak untuk mengetahui jalan. Lebih kurang 10 minit, kami pun berhenti di hadapan sebuah rumah yang sederhana besar, rumah kayu yang sangat tradisional namun mempunyai laman yang sangat luas. Kami keluar dari kereta dan disambut oleh Wak yang tengah berkebun.

"Lama tak jumpa engkau" kami bersalaman dan Wak turut memeluk aku. Aku hanya membiarkan sahaja sambil tersenyum.
"Macam mana tangan kiri engkau? Sakit lagi?" tanya Wak sambil memegang tangan kiriku.
"Ok dah Wak. Oh ya, ni la kawan saya tu. Namanya Dahlia. Dahlia kenalkan ni Dato' Rahmat".

Dahlia serta merta membuka topinya dan bersalaman sambil mencium tangan Dato' Rahmat.
"Apa khabar Dato'? Maaflah saya berpakaian begini je, si Sham tak beritahu apa-apa pun..." ngomelnya sambil memandang ke arahku.
"Oh, ni ke? Cantik, padanlah tangan engkau patah! Hahahaha!!! Tak usah berdato-dato' dengan saya. Panggil je pakcik atau Wak. Eh jemput la ke dalam" Wak menjemput kami ke dalam rumah.

"Huda! Huda!".
"Ye ayahanda, kejap. Huda dekat dapur ni" terdengar suara manis itu dari arah dapur.

"Jemputlah duduk dulu ye, rumah ni sunyi sikit pagi-pagi hari. Petang sikit baru meriah dengan cucu-cucu" kata Wak kepada Dahlia seolah-olah aku tidak wujud.
"Terima kasih Wak" balas Dahlia pendek.

Kelihatan dari jauh Huda datang dengan membawa dulang yang diisi air dan sedikit kuih. Aku agak terkesima melihat Huda hari ini. Jauh berbeza dengan apa yang aku lihat tempoh hari di wad 2 Mawar. Mukanya putih berseri-seri tanpa mekap, pakaiannya simple berbaju kurung biasa berwarna ungu lembut. Dan terlihat lengannya yang putih itu dek kerana dia menyensengkan lengan, mungkin membasuh sesuatu di dapur.

Huda agak terkejut pada mulanya apabila melihat Dahlia, mungkin tidak menyangkakan bahawa teman yang ingin ku bawa itu seorang perempuan. Namun dengan segera dia kembali tersenyum dan menuangkan air ke dalam cawan antik itu.

"Jemput minum Sham, cik..." Huda mempelawa kami untuk minum.
"Dahlia. Sepatutnya saya yang patut panggil cik dekat cik Huda" Dahlia merendah diri.
"Ish tak usah lah bercik-cik dengan saya, saya pun sama je dengan awak, darah sama merah, kita sama-sama keturunan cucu cicit Nabi Adam" balas Huda.

Perbualan kami dimulakan dengan tawaran Wak bekerja di syarikatnya. Aku agak segan memandangkan resultku tidaklah hebat mana.
"Engkau ni, nak segan apanya. Aku yakin engkau boleh pegang jawatan tu" Wak meninggikan suaranya.
"Bukan apa Wak, saya ni bukanlah best student pun, nak pegang jawatan macam tu memang saya tak layak" aku menolak cara baik.
"Habis tu engkau nak kerja dari bawah lah macam yang engkau selalu ceritakan dekat aku dulu?" tanya Wak.
"Saya rela bermula dari bawah, Wak sendiri nilai dan hakimi cara saya bekerja" balasku semula.
"Baiklah, kalau itu yang engkau mahukan, eh mana Dahlia?" Wak tercari-cari ke mana hilangnya Dahlia.
"Dekat luar kot? Tadi saya nampak dia berborak-borak dengan Huda" terangku.

"Yang kawan kau tu, apa masalahnya? Kalau boleh tolong, aku tolongkan" tanya Wak sambil membuka bungkusan coklat yang aku berikan padanya secara senyap-senyap tadi. Aku hanya menggelengkan kepala kerana Dahlia memang tak beritahu apa-apa pun tadi.

"Perempuan, mesti ada benda yang secret kalau dia nak beritahu kita. Engkau try la pujuk or tanya dia dulu. Kalau tak dapat tahu hari ni, later engkau beritahu je lah. Nak singgah selalu rumah ni pun ok je".
"InsyaAllah lah Wak".

Aku hanya memerhatikan gelagat Dahlia di beranda rumah bersama Huda. Nampak seperti mereka rancak berbual. Hal wanita lah agaknya.

Aku gerakkan langkah kaki ku ke arah mereka, dan apabila Huda tersedar yang aku menghampiri, diajaknya berbual sama.

"Eh korang sambung la berbual ye, Huda nak tolong Mak Jah di dapur" bingkas bangun dan berlalu dengan senyuman manis.
"Rancak korang berbual, bercerita pasal apa?" tanyaku kepada Dahlia.
"Hal-hal biasa, cerita perempuan, awak mana boleh tahu" katanya.

Sedang dia menyisir rambutnya, dia terkuis cermin mata hitamnya sehingga hampir terjatuh. Aku yang merenungnya sejak dari tadi terkejut dengan satu corak di kawasan mata sebelah kanan tu. Nampak macam lebam kena tumbuk!

"Dahlia, mata awak kenapa?" aku cuba mendekatinya.
"Em... sakit mata lah, macam yang saya cakapkan tadi" balasnya sambil membetulkan semula cermin mata hitamnya itu.
"Don't lie to me please" perlahan aku angkat cermin mata hitam itu dari mukanya. Dia hanya diam membisu sambil kelihatan air mata yang kian gugur membasahi pipi.
"Boy tumbuk awak?" aku bertanya lagi dalam nada perlahan.
Perlahan dan sayu dia menganggukkan kepalanya. Mukanya terlindung dek rambut panjangnya itu.

Serentak dengan itu, aku kuiskan sedikit rambutnya agar dapat ku lihat kesan lebam di mata itu. Boy, kau memang binatang!! Kau tak puas hati marahkan aku, kau lepaskan pada insan yang sepatutnya kau lindungi ini. 

Aku hanya mampu menahan sabar, dan dalam masa yang sama amat kasihankan Dahlia. Lupa dengan apa yang dah terjadi kepadaku sebulan yang lepas, aku lebih kasihankan nasib wanita di hadapanku ini. Apalah salahnya sampai kena tumbuk begini rupa.

"Kita buat report polis nak?" tanyaku.
Dia masih lagi menangis, angguk pun tidak geleng pun tidak.
"Dahlia, awak kena report polis, sebab ni dah melampau sangat ni" tegasku kepadanya.
"Tapi... dia... anak... somebody" keluhnya.
"Somebody or not, dia harus menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan pada awak" pujukku.

"Eh kenapa ni Sham? Dahlia? Kenapa awak menangis? Sham?" tak sedar Huda telah datang menghampiri kami.

Huda cuba mententeramkan Dahlia sambil aku berbincang dengan Wak. Wak menasihati aku agar berhati-hati sebab nampak gaya Boy ni bukan calang-calang orangnya. Bapanya seorang yang agak berpengaruh. Jika mahu diseret ke muka pengadilan harus punyai bukti-bukti yang cukup. Paling penting, Dahlia harus sanggup.

"Takpelah, sikit je kot ni. Kalau saya buat report lagi teruk saya kena nanti" ujar Dahlia selepas ditenangkan Huda.
"Em, Wak harap Dahlia fikir la masak-masak dulu tau. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan datang rumah Wak, atau Dahlia boleh call Huda" nasihat Wak.
"InsyaAllah Wak, terima kasih sangat-sangat atas layanan baik Wak dan Huda. Terima kasih juga atas juadah makan tengahari tadi. Sedap sangat!" Dahlia cuba ukir senyuman.
"Biasa je Dahlia, nanti senang-senang datang la lagi ye?" Huda membalas senyuman.

Dari kejauhan aku memandang mereka bersalaman dan seketika kemudian Dahlia sudah memasuki ke dalam kereta. Aku lihat sedikit sugul di wajah Huda, tak tahulah sedih sebab kami nak pulang atau sedih  pada Dahlia. Selepas memberikan salam, kami pun meninggalkan rumah kecil itu dan menuju ke lebuhraya. Hajat ingin terus pulang terbantut apabila Dahlia bersuara

"Sham, kita ke pantai jeram boleh?" Dahlia memandangku.
"Awak tak nak balik terus ke?" tanyaku kehairanan.
"Saya... ada sesuatu yang perlu diceritakan pada awak. Hanya awak je yang saya rasa faham masalah saya ni" katanya dengan nada yang sayu.

Ah sudah. Aku ingatkan dah habis dah masalah tadi dekat rumah Wak. Ada lagi? Macam berat je problem ni. Dia suka dekat aku ke? Takkanlah... Tiba-tiba aku teringatkan pesan Wak tadi sebelum berangkat pulang. 

"Sham, setakat ni engkau je la tempat Dahlia tu nak luah masalah or harapkan. Aku harap, engkau jaga la dia elok-elok. Walaupun aku tahu korang just kawan biasa, tapi yelah dia tinggal dengan mak dia je. Takde lelaki yang boleh jaga. Kasihan aku tengok budak tu. Ada apa-apa masalah berat, kalau engkau tak boleh nak settlekan, jangan segan-segan beritahu Wak, ok? Kita dah macam satu family dah sekarang ni"

"Erm ok" balas ku pendek sambil terus memecut menuju ke pantai yang penuh dengan kenangan itu.

to be continue...

No comments: