Followers

Thursday, June 10, 2010

Dunia kotakku V

Aku lihat laut semakin lama semakin surut airnya. Tanda waktu sudah hampir hendak senja. Dahlia sudah hilang dari pandangan aku, dia minta diri ke tandas. Aku masih lagi termenung melihat awan berarak pergi dan matahari yang semakin lama makin tenggelam meninggalkan hari. 

Aku masih ingat ketika ini di suatu masa dulu, aku pernah meluahkan janji dan ikrar akan sehidup semati bersama dengannya. Nya? Ya dia adalah seseorang yang sangat penting dalam hidup aku. Seseorang yang memberi aku harapan, memberi aku makna untuk terus hidup walaupun aku tahu nasib tidak selalu menyebelahi aku. Seseorang yang aku berikan sepenuh hati sehinggakan aku hanya mampu menyimpan kulitnya sahaja namun tidak berisi. Aku tak bisa hidup tanpa dia.

"Cantik lah Sham pantai ni, sunsetnya pun. Ina rasa macam baru jatuh cinta dengan Sham tau" ngomelnya dan aku hanya perhatikan dari jauh. "Ina, kalau Sham minta agar kita berikrar dan berjanji bahawa cinta kita adalah sejati dan tidak berubah selama-lamanya, mahukah Ina lakukan?" tanyaku padanya. "Err... Sham ni kelakar la, nak berikrar dan berjanji, macam nak pergi Biro Tata Negara lak" ketawanya. 

"Tapi Sham serius ni Ina, sanggupkah Ina setia bersama Sham walaupun di saat kejatuhan kita nanti?" pintaku serius. "Ina bergurau la sayang, of course I will my dear" tenung matanya kepada mataku. Aku rasakan akulah insan paling bahagia ketika itu. 

"Ina, tengok!" tunjukku sesuatu kepadanya di atas pasir pantai itu. "Hehe, wow ye ke Sham cintakan Ina?" katanya sambil menggenggam lenganku erat. "Ye sayang, Sham terlalu cintakan Ina sangat-sangat!" luahku jujur. "Tipu, banyak mana?" tanyanya sambil memandangku. "Seluas laut dan langit bersatu. Ina lak?" ku cuit hidung mancungnya. "Tak, haha" balasnya pendek sambil melarikan diri daripadaku. "Wek, kejar Ina dulu baru Ina cakap" katanya sambil menjelirkan lidahnya. "Ooo, nanti dia, Sham dapat, Sham ikat buat BBQ!" kataku sambil memulakan langkah mengejar dia.

Tapi takdir merubah segala-galanya. Tatkala aku jatuh, dan terus jatuh, di saat aku menyangkakan dia masih berdiri di sisiku, namun dia pergi. Pergi meninggalkan segala-galanya tanpa sebuah jawapan yang pasti. Di saat aku lebih memerlukan dia dari segalanya, dia secara senyap memusnahkan segala-galanya yang aku simpan selama hari ini. 

Tanpa jawapan, tanpa ihsan dan belas, aku tertanya-tanya apakah harga untuk sekeping hati aku yang telah hancur? Apakah makna jika hati hanya ibarat kelonsong peluru kosong? Bertaburan dibiarkan.

Dan yang lebih mengecewakan, ada insan baru pengganti aku. Terasa diriku begitu mudah untuk datang dan pergi. Apakah dengan semudah itu cinta juga datang dan pergi? Angin membuai laju mengenai tubuh ku, sedikit suram cuaca namun masih cantik di sebalik mentari yang kian hilang ditelan laut. Tak sedar Dahlia sudah berada di sebelahku.

"Tabahkan diri awak Sham, mungkin ada hikmahnya. Hidup ni tak pernah adil" katanya kepadaku. Aku hanya mampu melihat awan. Terasa air mata jantan ini bergenang. Ku cuba tahan semungkin boleh untuk tidak nampak lemah di hadapan sesiapa pun. "Tapi awak kena bersyukur sebab ada orang yang lebih teruk nasibnya berbanding awak" Dahlia cuba memberi kata-kata semangat. "Saya tahu, cuma saya kesal, adakah cinta semudah itu? Hari ini kita membubarkan suatu hubungan, dan keesokan harinya kita mengisytiharkan suatu hubungan baru? Dan apakah cinta semurah itu untuk begitu senang ditukar ganti? Apakah erti kesetiaan itu sendiri?" tanyaku kepadanya.

"Tak guna setia pada orang yang tidak mahu turut serta. Ibarat menunggu ayam jantan bertelur" balasnya serius. "Saya faham perasaan awak, sebab saya pernah merasai apa yang awak rasa. Cuma awak lebih bernasib baik sebab gender" sambungnya lagi. "Gender?" aku mengerutkan dahi tak paham.

"Saya ditinggalkan, dikhianati dan ditipu. Apabila saya sudah menerima dan ingin pergi jauh, saya diekori, diganggu, dipujuk rayu" balasnya geram. "Oh..." kataku pendek. 

"Dia masih mengganggu awak?" tanyaku kepadanya. "Emm..." nadanya sayu dan sedih. Ku lihat ada air mata yang menitis jatuh ke pasir yang peroi. Niatku untuk bertanya lebih lanjut terpaksa ku hentikan kerana tidak mahu dia lebih sedih. Hanya pelawaan yang aku tawarkan kepadanya "Kalau ada apa-apa awak nak cerita or mintak tolong, beritahu la saya ok?" aku cuba untuk membuatkan dia tidak rasa dia keseorangan. Kerana nasib kami berdua lebih kurang sama, ditinggalkan oleh seorang insan yang kami gelarkan kekasih. Namun mungkin hidupnya agak tertekan dengan gangguan yang masih wujud walaupun bukan dia yang minta perpisahan itu terjadi.

Dia menyeka saki baki air mata yang ada sambil berkata "Eh matahari ditelan laut lah awak" katanya sambil menggenggam tanganku. Mungkin dia teruja melihat matahari terbenam tanpa sedar dia tergenggam tangan aku. "Sorry, tak sengaja" dengan cepat dia menarik kembali tangannya sambil tersenyum. Aku pun turut tersenyum sambil bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar sunset di sini. "Jom, saya ambil gambar awak" pintaku. Dia berposing sakan depan kamera di sebalik mentari yang kian hilang. Seolah-olah dia telah melupakan terus kisah sedihnya tadi. Mungkin dia berpura-pura nampak ok di hadapan orang lain tetapi jiwanya tersiksa. Aku pun begitu, sebab kadang-kadang itu saja caranya untuk mengubat hati yang lara.

Selesai solat, kami ke sebuah restoran makanan laut di situ. Terdapat pelbagai jenis makanan laut yang boleh dimasak dengan pelbagai resipi. Pokok pangkalnya, ada ongkos semua bisa diatur. Suasana malam makin menampakkan diri, kelibat pengunjung restoran juga semakin ramai. Mujurlah kami sempat mendapat meja, kalau tidak kena menunggu la jawapnya.

Jam menunjukkan pukul 8.45 malam, kami telah selesai makan. Menu simple sotong goreng tepung dan ikan kerapu 3 rasa menjadi juadah kami. Kami beredar kerna aku harus hantarnya pulang, takut ibunya risau pula. Lagipun dah malam, tak elok pula aku bawak anak dara orang keluar sampai lewat malam.

Sepanjang perjalanan, Dahlia lebih banyak melihat gambar-gambar yang aku dan dia ambil sepanjang hari ni. "Eh, ni time bila pula awak ambil ni? Keji! Tangkap candid, tak senonoh la awak ni" satu cubitan mengenai lengan kiriku. "Adoi sakitnya awak cubit, candid la best sebab time tu la ekspresi muka adalah sejujur-jujurnya" kataku. "Tu la buat benda tak senonoh lagi, awak tak tahu ke saya ni suka mencubit orang. Adik-adik saya kalau nakal sangat saya cubit je" katanya sambil ketawa kecil. "Padanlah garang rupanya cik akak kita ni" ejekku kepadanya.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Ada orang call tapi dia macam serba salah nak jawap. Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last dia jawap juga "Hello...Boy! Its over ok? Please leave me alone! Awak kan dah ada girlfriend, kenapa masih nak ganggu saya? Saya di mana? It's none of your concern!! Bitch?!! You are the son of the bitch! Awak dah dapat apa yang awak nak kan so jangan ganggu saya lagi!!" bentak Dahlia dan panggilan diputuskan. Dia turut mematikan handphonenya. Aku? Terkejut juga, tapi takpelah since aku dah faham situasi dia.

Aku cuba beranikan diri bertanya sejak aku lihat dia seperti stress "Awak ok?". "Emm..." balasnya pendek. "Kalau awak tak ok, kita boleh singgah kedai kejap, minum ke..." ayatku tergantung. "Sham, I'm ok! Can we just go home please!!" suaranya meninggi. Aku terkedu lagi, tapi aku akui salahku sebab sibuk nak membetulkan keadaan. 

Keretaku meluncur laju di sebalik malam bertemankan sinaran lampu jalan dan kenderaan lain. Kami tiba di rumahnya lebih kurang pukul 10 malam. Dia keluar dari kereta ku selepas mengucapkan terima kasih dan tersenyum tawar. Aku dijemput masuk oleh ibunya namun terpaksa ku tolak kerana ingin segera pulang bimbang akak ku pula yang berleter panjang. Sebelum Dahlia keluar dari kereta, aku sempat memberikannya memori kad kamera ku. "Awak save la dulu, nanti awak bagi saya" kataku. "Sham, takpelah, ni kan kamera awak, gambar tu hak awak..." balasnya. "Takpe, I'm insist. Ambillah dulu" balasku sambil tersenyum. Dia mengambilnya dengan muka yang agak serba salah.

Dahlia hilang dari pandangan bersama ibunya. Aku pun bersiap sedia untuk pulang dan tiba-tiba handphone ku berbunyi mesej masuk "Sham...sorry... :( " from Miss Dahlia. Tersenyum aku dengan mesej itu lantas ku balas "It's ok, dun be sad k my lady ;)". Beberapa saat kemudian dia membalas "Thanx coz paham, awak mmg baik, hati-hati drive". Ku hidupkan enjin kereta sambil membalas "Okie dokie miss".

Baru beberapa meter kereta ku bergerak, laluanku dihalang oleh 2 biji kereta. Dari jauh dan kegelapan malam, kelihatan seseorang keluar dari kereta dan menuju ke kereta ku. Dia memberi isyarat supaya menurunkan cermin "Kau Sham?". Kelihatan lagi 3-4 orang keluar dari kereta yang menghalang laluan ku. Ah sudah! Siapa pula ni? Masak aku...

to be continue...

2 comments:

hans said...

wah
sweet gila diorang dua nih

adess...keta sapa lak halang tu
suspen aku
sambung cepat

Shukjessa said...

hahaha rilek2 =)